Tuesday, December 14, 2010

Helikopter terhempas : Seorang pegawai polis terbunuh












KAMPAR, 14 Dis. : Seorang pegawai polis terbunuh apabila helikopter jenis Robinson 44 (R-44) yang dipandunya ketika dalam latihan terhempas dan terbakar di kawasan lombong, Malim Nawar di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang tadi ketika mangsa Inspektor Mohd Shukri Othman, 31 yang bertugas di Bahagian Latihan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang menjalani latihan memandu solo dari sebuah pusat latihan penerbangan swasta di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata Insp Mohd Shukri yang mengendalikan helikopter R-44, dengan empat tempat duduk itu, dipercayai hilang kawalan ketika berada di ruang udara lalu terhempas dan terbakar.

Mangsa yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang mengalami kecederaan dengan kesan kebakaran di bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata mayat mangsa di hantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Shukri yang telah beristeri dan mempunyai seorang anak dikatakan menjalani latihan memandu helikopter sejak pertengahan tahun ini. Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran.

No comments: