Tuesday, December 28, 2010

Pakatan perlu buktikan di Tenang

Misi penting Pakatan Rakyat di Tenang

NONE
Keputusan beberapa pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas, menunjukkan bahawa BN telah dapat memulihkan sokongan rakyat di kawasan berkenaan. Maka, Pakatan Rakyat perlu membuktikan dalam pilihan raya kecil DUN Tenang bahawa ia bukanlah satu trend nasional.

Pilihan raya kecil DUN Tenang - yang ke-14 selepas pilihanraya umum lalu, akan berlangsung pada 30 Januari ini. Keputusannya tidak akan menjejaskan struktur kuasa di DUN Johor kerana BN menguasai 49 daripada 56 kerusi, manakala DAP dan PAS masing-masing mempunyai empat dan dua kerusi.

Pemenang pilihan raya kecil itu mungkin tidak akan berkhidmat lebih daripada satu tahun, memandangkan BN sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang lebih awal, yang dijangka tahun depan.

Namun, dari segi impak politik, Tenang adalah Normandy untuk Pakatan yang boleh mengubah senario politik semasa dan mengembalikan barisan pembangkang ke landasan menuju ke Putrajaya.

Pakatan kini terjebak dalam situasi terburuk sejak pilihan raya umum lalu. Kekecohan sewaktu pemilihan langsung PKR telah diperbesar-besarkan oleh media arus perdan pro-BN, dan diparahkan lagi dengan tindakan Datuk Seri Zaid Ibrahim keluar dari PKR, telah mengikis keyakinan umum terhadap parti itu dan Pakatan Rakyat.

Kemenangan BN di tiga pilihan raya kecil - Batu Sapi, Galas dan Hulu Selangor - dengan dua daripadanya menunjukkan aliran pengundi luar bandar kembali menyokong BN, merupakan satu lagi penyebab yang membimbangkan gabungan pembangkang.

Walaupun Pakatan dengan cepat memulihakn momentumnya dan membina semula imejnya dengan menunjukan perpaduan serta mengumumkan 10 janji pembaharuannya dalam konvensyen Pakatan kedua di Pulau Pinang - suka atau tidak - Tenang akan dilihat sebagai penunjuk sama ada Pakatan akan mampu keluar daripada kemurungan sekarang.

Kesempatan keemasan


mca 140910 chua soi lekSecara positifnya, pilihan raya kecil ini juga merupakan satu kesempatan keemasan bagi Pakatan untuk membuktikan sebaliknya.

Pertama, meskipun secara tradisinya ditandingi oleh Umno, Tenang merupakan satu daripada dua DUN dalam kawasan parlimen Labis yang diwakili oleh MCA.

Labis pernah diwakili oleh bekas presiden MCA Ling Liong Sik selama
empat penggal sejak 1986. Ia kemudiannya diwakili orang kuat MCA Johor, Datuk Seri Chua Soi Lek (kanan) dalam pilihan raya 2004. Kerusi itu kemudiannya diwakili anaknya Tee Yong pada 2008 selepas tercetusnya skandal seks membabitkan Chua.

Namun, Chua kembali semula untuk menerajui MCA selepas memenangi pertandingan bagi jawatan presiden awal tahun ini. Anaknya pula, selepas menang kerusi Labis, telah dilantik sebagai timbalan menteri walaupun dia merupakan seorang muka baru dalam politik MCA.

Sebagai kubu kuat dua presiden MCA dan menjadi batu loncatan untuk pemimpin parti itu dalam kerajaan, maka tidak dinafikan bahawa kerusi Tenang sangat penting kepada MCA.

Keduanya, berdasarkan kepada komposisi dan lokaliti pengundi, Tenang merupakn sebuah konstitusi campuran pedesaan. Menurut daftar pemilih yang dikeluarkan Jun tahun ini, ia mempunyai sejumlah 14,592 pengundi dengan 7,042 atau 48.26 peratus Melayu, 5,635 atau 38.62 peratus Cina dan 1,754 atau 12.02 peratus India.

Konstitusi seumpama ini menjadi 'pelambung penyelamat' untuk BN
terus 'terapung' sewaktu tsunami politik 2008 tetapi undi majoriti, termasuk di Tenang, berkurangan secara signifikan.

Bagaimanapun, keputusan beberapa pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas dilihat sebagai menunjukkan bahawa BN sokongan rakyat kepada BN telah pulih. Pakatan perlu membuktikan di Tenang bahawa ia bukanlah sebuah trend nasional.

No comments: