Tuesday, December 21, 2010

Umno pening dengan janji PR

Agenda 100 Hari PR ,Tambah Ketakutan Umno-BN


SHAH ALAM 21 Dis. : Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, program 100 hari Pakatan Rakyat (PR) semakin menyengat dan mendatangkan ketakutan kepada pemerintah dan kumpulan yang bersekongkol dengannya.

Idris yang diminta mengulas perancangan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan misi 100 hari gagasan itu terutama dalam merombak struktur subsidi di bawah pemerintahan gagasan itu berkata, belum pun reformasi menyeluruh dilakukan , ia sudah mendatangkan ketakutan kepada Umno-BN.

" Kita pelik apabila kes yang melibatkan kepentingan rakyat maka mereka anggap ini tindakan membazir seperti Selangor memberikan air 20 meter padu, maka ini dianggap satu pembaziran.

" Kita melihat janji 100 hari ini sudah pun menjadi satu kegerunan, ketakutan kepada pemimpin BN, Umno, NGO-NGO pro Umno dan pengampu-pengampu Umno bahawasanya ini akan merosakkan struktur ekonomi negara," kata Idris ketika dihubungi Tv Selangor di sini, hari ini.

Katanya, walaupun kerajaan Umno-Barisan Nasional cuba menyembunyikan ketakutan mereka terhadap urus tadbir PR yang lebih mendahulukan kepentingan rakyat namun ia terzahir melalui kritikan-kritikan mereka terhadap program yang di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Selain pemberian 20 meter padu air percuma dikritik kerajaan Umno-BN, sumbangan kepada warga emas di Pulau Pinang juga turut dimanipulasi oleh kerajaan Umno-BN dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat kepada mereka.

Namun menurut Idris, ia sama sekali tidak mematahkan semangat Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan telus.

Justeru gagasan itu akan memastikan dalam 100 hari pentadbirannya setelah mendapat mandat dari rakyat, beberapa dasar utama negara harus digariskan agar ia mendatangkan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

" Ini satu iltizam kita untuk rakyat memberikan keyakinan kepada kita supaya apabila kita mendapat mandat di peringkat pusat.

" Kita begitu berkeyakinan kerana kita menstruktur subsidi ini untuk kepentingan rakyat hampir 27 juta rakyat Malaysia kerana selama ini, kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, mereka hanya mementingakan subsidi ini diberikan kepada beberapa kerat kroni mereka," jelas Idris.

Mengulas bagaimana Pakatan Rakyat akan merealisasikan pengurangan subsidi ke atas syarikat swasta seperti subsidi gas kepada penjana bebas dan memindahkannya kepada subsidi rakyat,kata Idris, usaha itu akan berhasil dengan adanya pentadbiran yang bersih tanpa rasuah.

Kerajaan sebelum ini menaikkan harga barangan keperluan secara serentak.

Kenaikan 4 dalam 1 itu melibatkan petrol, diesel, gas dan gula mendapat bantahan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Pakatan Rakyat berpandangan kenaikan harga barangan keperluan ini menzalimi rakyat apabila dasar gaji minimum masih belum diperkenalkan di Malaysia.

Justeru, jika diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara, gagasan itu berjanji akan merombak semula struktur subsidi negara yang membebankan rakyat biasa namun menguntungkan kroni Umno-BN.

2 comments:

Tuan Guru Nik Aziz said...

gerun?? Kahkahkahkahkah.. Haktui.. Janji kosong.. Org bebal je pecaya

Anonymous said...

Ni sapa ngaku Tok Guru. Dia yg bebal, bagi komen bodo tak da hujah. Piirah pencuci najis Umno