LABIS 27 Jan.: Calon BN bagi pilihan raya kecil Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mengadakan dua sidang media yang eksklusif untuk beberapa media terpilih berbahasa Cina, namun kehadiran wartawan Malaysiakini versi bahasa Cina tidak dialu-alukan.
Sidang akhbar pertama diadakan pada jam 9 pagi di rumahnya dan Mohd Azahar dikatakan hanya memperuntukkan tujuh minit bagi menjawap soalan yang diajukan termasuk aspirasi politiknya sehingga khabar angin beliau mempunyai dua isteri.
Ia dikatakan anjuran MCA, dan wartawan dari beberapa akhbar terpilih berbahasa Cina sahaja dibenarkan masuk.
Namun atas sebab-sebab yang tidak diketahui, satu lagi sidang akhbar, kali ini pada jam 10.30 malam diadakan untuk akhbar-akhbar Cina yang sama.
Menurut sumber, isu yang dibangkit lebih berbentuk am dan diadakan secara berseloroh. Malah, Mohd Azahar turut mendendangkan lagu 'Gong Xi Gong Xi' ketika sesi wawancara itu lapor Malaysiakini.
Ia berlarutan kira-kira setengah jam dan juga diadakan di rumah bekas penolong pegawai daerah itu di Jalan Tenang.
Setakat ini, usaha portal berkenaan untuk mewawancara Mohd Azahar tidak berjaya. Semua permohonan ditolak dengan baik dan setiap kali kami tiba untuk sesi sidang akhbar eksklusifnya, wartawan kami diminta beredar juga secara terhormat.
Terdahulu Tv 3 dalam buletin utama menyerang calon PAS, Normala Sudirman dengan mengatakan pergerakan calon itu dikawal ketat dan usaha media berkenaan untuk menemubual calon tidak berhasil.
Thursday, January 27, 2011
Calon Umno takut jawab soalan
Malaysiakini Dilarang Sertai Sidang Media Calon BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment