Thursday, January 27, 2011

Hosni Mubarak masih bertahan, anak dah cabut lari

Tunjuk Perasaan Kaherah:Anak Hosni Lari ke London


Gamal sebelum ini disebut sebut oleh rejim mubarak akan menggantikan bapanya sebagai presiden Mesir.

Cita citanya tak kesampaian kerana sekarang ini akibat tunjuk perasaan yang seolah olah ‘revolusi’ di bandar Kaherah,beliau terpaksa melarikan diri seperti bekas presiden Tunisia Ben Ali.

Hari ini dari beberapa sumber berita menyatakan,selepas selesai solat jumaat tunjuk perasaan hari ke3 akan disambung lagi dengan sempena kepulangan al Baradei ke Mesir.

Gamal Hosni al Mubarak telah lari ke London membawa 1oo beg

KAHERAH – Seorang anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Anak lelaki Hosni itu, Gamal berusia 48 tahun melarikan diri selepas sjeumlah para penunjuk perasaan yang mendapat ilham dari kejadian di Tunisia menuntut peletakan jawatan bapanya.

Bapanya telah memerintah Mesir selama 30 tahun selepas kematian Anwar Sadat yang mati ditembak dalam satu majlis ketenteraan.

Gamal kerap dikatakan akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Mesir.

Sementara itu, para penunjuk perasaan melakukan protes pada hari ketiga semalam bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.

Mereka menuntut peletakan jawatan itu kerana menganggap pemerintahan Hosni dicemari rasuah, penindasan dan masalah penggangguran.

Ekoran perkembangan itu, Parti Demokratik Kebangsaan yang dianggotai Hosni mengadakan mesyuarat semalam untuk menilai situasi di negara tersebut.

Anggota-anggota prodemokrasi yang dikenali sebagai Pergerakan 6 mendesak tunjuk perasaan akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

Menurut seorang pegawai keselamatan Mesir, sekurang-kurangnya 1,000 orang ditahan sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Selasa lalu.

Sementara itu, pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed al Baradei semalam berkata, beliau bersedia untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta.

Al Baradei telah pulang ke Kaherah dari Vienna, Austria semalam.

Kepulangan al Baradei ke Mesir akan memberikan semangat baru ke atas para penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan Hosni.

Agensi

No comments: