Sunday, January 23, 2011

Umno gagal : Chua Soi Lek harus dilatih dan dididik

Umno Gagal "Dakwah" MCA


SHAH ALAM 23 Jan : Kedangkalan ilmu agama pimpinan Umno-Barisan Nasional, menjadikan isu bersalaman calon PAS, Normala Sudirman terus digunakan sebagai kempen parti komponennya pada pilihan raya kecil Tenang.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, walaupun sekian lama MCA menjadi parti komponen BN yang diterajui oleh kepimpinan beragama Islam, parti itu masih gagal mendidik perkara asas dalam Islam.

" Kalau yang sudah mengaku Islam pun tidak faham, di kalangan sahabat-sahabat MCA jauh tidak faham tentang isu-isu keIslaman.Mereka tidak dapat didik dengan Umno sebab Umno sendiri tidak mengarah kepada mendidik tentang Islam kepada parti-parti yang bersama dengannya," kata Ustaz Ghani kepada Tv Selangor.

Malah menurut Ustaz Ghani, tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek mempertikai tindakan Normala yang enggan bersalaman dengan pengundi Cina menunjukkan sikap perkauman sempit yang dibawanya.

" Jelaslah bahawa Chua Soi Lek adalah seorang politikus yang agak cenderung kepada perkauman dan oleh kerana itu hujah-hujah mereka dalam memenangi hati rakyat adalah hujah perkudaan.

" Jadi Chua Soi Lek harus dilatih dan dididik agar memahami politik yang mengatasi kaum, politik yang menggunakan alasan-alasan yang lebih logik, lebih bertamadun, lebih beretika, dan lebih bermoral," tambah Ustaz Ghani.

Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini turut menyelar pendirian Normala sambil menyifatkan tindakan tidak bersalam dengan bukan muhrim sebagai tidak mesra.

Walaupun penjelasan telah diberikan oleh calon PAS di Tenang namun ia nampaknya tidak dihiraukan oleh pimpinan BN dan parti komponennya dalam cubaan meraih undi masyarakat Cina di DUN tersebut.

" Saya fikir itu bukan isu yang boleh menenggelamkan pengaruh PAS di Labis.

" Yang jelas Umno bukanlah parti yang cuba memenuhi kehendak-kehendak Islam sepertimana yang dituntut oleh agama walaupun barangkali mereka mendakwa mereka juga membela agama tetapi keagamaan yang mereka bawa itu adalah dalam batas yang dangkal. Walaupun ada ustaz-ustaz di situ tetapi hanya sebagai pengikut dan bukan yang membuat polisi dan dasar," tambahnya lagi.

No comments: