KUALA LUMPUR: Seorang pelakon sebuah drama bersiri popular ditahan kerana disyaki mengugut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cuba mendapatkan keterangan lelaki itu berhubung dakwaan pernikahannya dipercayai menggunakan khidmat sindiket nikah palsu.
Pelakon berusia 43 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan sebaik menyerah diri di Balai Polis Kepong, di sini kira-kira jam 10 pagi semalam selepas mendapat tahu pegawai SPRM membuat laporan polis berhubung ugutan diterima mereka.
Terdahulu, dua pegawai SPRM itu dikata mengadakan pertemuan dengan pelakon terbabit kira-kira jam 11 malam Isnin lalu di sebuah kedai makan di Danau Kota, di sini untuk mendapatkan maklumat berhubung kes berkenaan.
Pelakon itu tiba bersama tiga rakannya, termasuk seorang bertindak sebagai jurucakap yang kemudian didakwa meminta pegawai SPRM menutup kes terbabit sambil memaklumkan kononnya beliau mempunyai hubungan rapat dengan pegawai atasan suruhanjaya berkenaan dan polis.
Malah, rakan pelakon itu dikatakan turut mengugut melakukan apa saja dan tidak teragak-agak menembak pegawai SPRM terbabit, selain mengugut mereka akan dibuang kerja jika enggan bekerjasama.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata dua pegawai SPRM terbabit membuat laporan berhubung ugutan berkenaan di Balai Polis Wangsa Maju sejurus selepas kejadian.
Akhbar semalam melaporkan, tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara 500 pelanggan menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar SPRM, Ahad lalu selepas menahan empat anggotanya termasuk seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz ketika dihubungi, berkata Lembaga Tata Tertib jabatan itu yang bersidang semalam membuat keputusan menggantung kerja kakitangan terbabit selama 59 hari berkuatkuasa semalam.
Bernama
Berita berkaitan :
PEGAWAI SPRM menunjukkan sijil nikah palsu yang didalangi kakitangan JAKIM, di Putrajaya, semalam.
Sudah 500 orang terlibat termasuk Tan Sri dan artis guna sindiket nikah palsu.
SPRM tahan 4 orang termasuk pegawai JAKIM
KUALA LUMPUR: Tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara lebih 500 pelanggan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu. Kebanyakan pelanggan sindiket yang dianggotai empat orang itu dipercayai mereka yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.
Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas SPRM menahan empat anggota sindiket terbabit, termasuk dipercayai dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bernama
Nota: bila ada kuasa dan digoyangkan wang ringgit depan mata..alahai pegawai agama pun naik cerah bijik mata.
Kena pulak time tengah bulan,lepas tu road tax/insurans kereta nak mati,tayar pulak 4 bijik botak,instalment bank pun dah nak masuk 3 bulan..air cond kereta pulak sekejap sejuk sekejap tidak…emmmmmm
1 comment:
serban,ketayap boleh lipat sat simpan dalam poket!
Post a Comment