Saturday, February 19, 2011

Penunjuk perasaan kembali berhimpun di Bahrain, 84 terkorban di Libya

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/bulatanmutiarabanhrain.jpgRibuan penunjuk perasaan memenuhi kembali Bulatan Mutiara di ibukota Manama, selepas tentera dan polis anti rusuhan berundur dari kawasan yang menjadi simbol pemberontakan anti-kerajaan Bahrain

Mereka membawa bendera negara Bahrain, bunga dan papan tanda serta kain rentang yang bertulis "aman, aman" bergerak ke Buletan (Mutiara) pada hari Sabtu, sambil berteriak, "Kita menang, kita menang".

Mereka sujud syukur kerana berasa sukacita dan mengambil gambar sekitar 60 kenderaan polis yang meninggalkan kawasan itu.

Terdahulu, Putera Mahkota, Sheikh Salman bin Hamad al-Khalifa memerintahkan tentera untuk menarik diri, mengatakan bahawa polis akan bertanggung jawab untuk menguatkuasa peraturan, sebagaimana di laporkan agensi berita Bahrain.

Dengan segera, setelah arahan putra mahkota itu dikeluarkan, penunjuk perasaan cuba kembali ke bundaran, tapi dipukul oleh pihak polis.

Menurut agensi berita Reuters, kira-kira 80 penunjuk perasaan dibawa ke hospital setelah terkena peluru getah atau gas pemedih mata.

Para penunjuk perasaan, bagaimanapun, berjaya kembali berhimpun di Bulatan tersebut, apabila polis anti rusuhan juga turut menarik diri

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/libyanshotdead.jpgSementara itu pemerhati Hak Asasi Manusia melaporkan 84 orang terbunuh dalam masa tiga hari selama himpunan anti Muammar Gaddafi.berlangsung.

Pasukan keselamatan Libya telah membunuh puluhan peserta himpunan pro-demokrasi dalam demonstrasi menuntut Muammar Gaddafi berundur.

Seorang doktor di bandar timur Benghazi berkata kepada Al Jazeera, ia melihat 70 mayat di hospital pada hari Jumaat,

"Saya telah melihat di mata saya sendiri: Sekurang-kurangnya 70 mayat di hospital," kata doktor Wuwufaq al-Zuwail, yang menambah, pasukan keselamatan juga turut menghalang ambulans untuk sampai ke lokasi protes.

Seorang lagi saksi yang mahu dikenali sebagai Ahmed, berkata hospital di Benghazi telah kehabisan bekalan darah dan dipenuhi ramai mangsa kekejaman dan korban yang meninggal dunia.

"Ini merupakan pembunuhan beramai-besar, sangat ramai Kami tidak pernah mendengar hal seperti ini sebelumnya. Ia mengerikan," katanya.

"Penembakan masih berlaku sekarang, Kami berada sekitar 3 kilometer jauhnya dari lokasi, dan kami melihat pasukan tentera pagi ini masuk ke bandar dan anda dapat mendengar bunyi tembakan sekarang .. Mereka tidak peduli dengan kita."katanya.-AJE

No comments: