Saturday, March 26, 2011

Jawapan kepada Blogger Umno Dr. Novandri

Di mana Anwar pada 21 Febuari 2011? Ini jawapannya

Sebelum ini blog MiLo SuaM sudah mendedahkan satu fakta alibi yang membuktikan bahawa pada malam 21 Febuari 2011 yang lalu, di saat video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dirakamkan sekitar pukul 22:23 sehingga 22:45, facebook Anwar menunjukkan bahawa beliau sedang rancak berborak dengan peminatnya, sila rujuk sini [Facebook Anwar].

Namun apa yang menariknya, Utusan Malaysia selaku akhbar rasmi yang suka memperbodohkan rakyat, hari ini mempersoalkan ke manakah menghilangnya Anwar Ibrahim selama dua jam? Iaitu dari pukul 9:20 hingga 11.38. Berbekalkan fakta songsang blogger pencacai gerombolan songkok tinggi, Utusan sanggup merendahkan kredibilitinya sebagai akhbar arus perdana. [Utusan]

Di bawah ini 10 rakaman bukti-bukti bahawa Anwar Ibrahim sedang berfacebook pada saat yang dikatakan oleh Utusan kononnya Anwar menghilangkan diri selama 2 jam. Jelas sekali Utusan Malaysia tanpa segan silu membuat fitnah.

Anwar Ibrahim dilihat ada mengemaskinikan akaun Facebooknya pada 21 Febuari 2011 pukul [10:40] ,[10:49], [10:50],[10:52],[10:58],[11:02],[11:03],[11:03],[11:05], dan [11:08]. (sila klik link-link yang diberikan untuk melihat sendiri bukti di Facebook Anwar Ibrahim). Jelas sekali Utusan Malaysia sengaja memfitnah untuk memperbodohkan rakyat.


ReJaM© "Utusan Malaysia dan Fitnah bagaikan aur dengan tebing"

2 comments:

Penditakainsingkat said...

Salam,

Eloklah TS Rahim and the geng secara sopan dan tertib sesuai dengan ajaran Islam dan etika budaya sejagat, berjumpa dan berbincang secara terhormat dengan Anuwar tanpa mengaibkannya.

Begitulah juga agaknya yang patut dilakukan oleh YB Dato' Seri Anuwar dengan nyanyian "altantuya" yang tidak ada asas dan bukti terhadap DS Najib, Rosmah.

Marilah kita berdoa untuk diri kita sendiri supaya tidak termasuk ke dalam golongan yang menganiaya diri sendiri dan orang lain.

Anonymous said...

Assalaam.

Saya orang Tiong Hwa, masuk Islam.

Cerita tentang video itu sangat malu orang kita. Sangat malu. Orang cina pun malu kes kes itu. Kenapa orang Islam kita malukan orang Islam lain? Tidak ada adap dan kasih sayang kah?

Tapi kalau mahu cakap jangan aibkan Dato' Anwar itu patutnya sudah lama fikir dulu. Bukan sekarang. BN sudah susun strategy, dia tuduh Dato Anwar homosexsual supaya lagi malu. Kalau tuduh dia kes bawa perempuan jahat, itu kurang malu. Kalau tuduh rasuah, buat benda benda jahat, kurang malu. Jahat orang orang BN!

Mereka banyak bertanggungjawab pada kes kes tertunggak dan mereka lari dari kes itu dan bawak kes lain bagi kita lupa. Ini semua Mind Control punya jahat! Rakyat saja JANGAN JADI DIPERBODOHKAN MACAM LEMBUT DITARIK KEMANA MANA!