Saturday, March 26, 2011

Lawak menteri dan lawak polis

Kabinet Malaysia dan polis macam Raja Lawak

Masyarakat dunia sedang tertawakan Menteri Kabinet Malaysia dan juga pihak berkuasa polis kerana mengamalkan pendakwaan terpilih.

Malah Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz jadi bahan kritikan dan ditertawakan orang kerana bercakap macam orang yang tak reti undang-undang.

Perdana Menteri pun sama ketika mengulas isu video seks lucah yang jadi kontroversi katanya babitkan pemimpin politik


Komen Najib isu video seks lucah“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi. “..-Video seks:Najib Pertahan Umno tidak terlibat-Themalaysianinsider.

Komen Datuk Nazri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.Baca di sini.

Komen Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara,

Tan Sri Ismail Omar juga mengelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap.

NONE"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama.

Sehingga berita ini ditulis, tiada pengesahan mengenai sebarang tangkapan.

Malah ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga ditunjukkan video lucah berkenaan berkata dia tidak ditangkap.

Kes video seks itu kini diklasifikasikan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah.

Anwar
: Apa tangkapan?


Pada ceramahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, malam semalam, Anwar membidas sikap dwi standard yang diamalkan oleh polis.

NONE"The Star kata ada tangkapan. Semua ini tipu. Apa tangkapan? Mereka dibawa sekejap, kemudian dibebaskan.

"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat.

“Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar kepada lebih 1,500 hadirin.-Video seks;Ada tangkapan atau tidak?-Malaysiakini

Pelakon dalam video belum diketahui siapa yang terlibat sebenarnya tapi dalang-dalang yang terdiri daripada Rahim Thamby Chik, Datuk Eskay dan Bendahari Perkasa dah mengaku jadi dalang simpan dan tayang video lucah kenapa tak ditahan dan didakwa?Siapa nak gelak siapa sebenarnya?

Menteri Kabinet Malaysia boleh masuk bertanding Raja Lawak lagi baik .Kata orang Kedah 'jangan nak kuyu(pusing) rakyat , rakyat dah tahu tembelang pemimpin Umno-Bn dan penguasa polis'.


Umno boleh tipu orang Umno yang tidak tahu apa-apa yang kerjanya hanya dengar dan jadi pak angguk tapi rakyat yang celik IT dan cerdik tidak mudah ditipu Umno.

1 comment:

Anonymous said...

ITULAH STND MENTERI DAN PEMIMPIM MELAYU UMNOAPCO MENTAFSIRKAN UNDANG2 WALAUPUN BERKELULUSAN UNDANG2.. ITU PASAL TUN M LEBIH PERCAYA 'LINGAM KOREK' DAN LAWYER YG SAMA KETURUNAN DGN NYA JADI PEGUAMBELA BILA ADE KES.. HAPRAK SGT ILMU PERUNDANGAN, KALAU YG BOLEH SIKIT PUN SUKA MEMIHAK KPD PEMERINTAH.... Tpi jgn lupa peguam tersohor melayu ialah ZUL KULIM......