KUALA NERUS - Walaupun projek tebatan banjir lebih enam juta ringgit telah di buat di kawasan Perumahan 'di bawah air' Pusu Tiga dekat Gomg Badak disini, namun 28 buah rumah di kawasan tersebut masih digenangi air banjir.
Seorang penduduk terbabit, Nazmi Ghazali, 42 berkata, projek yang doleh dianggap 'mega' itu tidak membawa apa-apa perubahan kepadanya.
"Setiap kali hujan lebat lebih empat jam, kami sekeluarga terpaksa bersiap sedia, mengemas rumah dan meletakkan peralatan elektrik ditempat yang tinggi,
"air hujan yang turun dari arah jalan raya umpama air terjun ke kawasan ini dan longkang yang terlalu kecil tidak dapat menampung,"ujarnya ketika ditemui sewaktu rumahnya dinaiki air sehingga 05 meter.
Menurutnya, beliau pernah memberitahu pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) disamping projek pam mega dibahagian bawah Taman Perumahan itu, longkang besar harus di buat di bahagian hadapan.
Namun, katanya, Pengerusi JKKK tidak boleh berbuat apa-apa kerana peruntukan yang besar sebanyak RM6 juta itu hanya untuk membinna benteng dan memasang pam mega berkenaan.
Disamping itu, beliau memberitahu, perlaksanaan 'projek tebatan segera; yang dipuruskan setelah Taman Perumahan itu hampir tenggalam beberapa tahun lalu mempunyai banyak kelemahan.
Antaranya, kata beliau, pada malam Khamis, 24 Mac, hujan lebat yang turun sejak petang menyebabkan air berkumpul dengan cepat dan 'penjaga pam' tiada dipersekitaran Taman itu.
"Akibatnya, air naik dan membanjiri rumah-rumah di bahagian belakang Taman itu sehingga 'betis' barulah penjaga pam datang dan bertindak,"jelasnya.
Seorang penduduk lain yang ditemui berkata, kerajaan wajib menyediakan, dengan apa jua cara, menyelesaikan masalah banjir yang sering dialami mereka.
Beliau yang enggan dikenali berkata, ia menjadi tanggungjawab kerajaan bukan tanggungjawab pemilik atau penyewa rumah di Taman tersebut.
"Walaupun tidak ada CF (sijil layak menduduki) dan mungkin kami akan terus menerus hidup begini, tapi persoalannya, siapa yang meluluskan pembinaan rumah-rumah di sini,
"pastinya pemaju tidak berani mendirikan lebih seratus buah rumah, kalau tidak mendapat kelulusan untuk membina daripada pihak kerajaan,"katanya.
Namun begitu, tambahnya, rakyat yang menjadi mangsa akibat 'salah urus tadbir' yang dilakukan khususnya kepada pegawai-pegawai kerajaan yang terbabit dengan pembinaan Taman tersebut suatu masa dahulu.
Buletinonline dimaklumkan, Taman perumahan tersebut di bina semasa kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu diterajui oleh Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.BO
No comments:
Post a Comment