Wednesday, March 2, 2011

“Saya bangga jadi anak Pulau Pinang" - sebab kerajaan PR perintah, jika BN perintah jangan harap la

Pelajar Mesir syukur terima bantuan Kerajaan Negeri
http://www.penang.gov.my/view.php?dbIndex=0&website_id=1&id=431GEORGETOWN - Seorang pelajar yang menuntut di Mesir bersyukur dengan sumbangan RM2,000 daripada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan Pusat Urus Zakat (PUZ).

Sumbangan itu adalah bagi meringankan beban keluarga menampung kos tiket penerbangan 318 pelajar untuk pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian yang tertangguh berikutan krisis yang berlaku di negara itu, baru-baru ini.

Pelajar Tahun Satu jurusan perubatan di Universiti Iskandariah, Mas Adil Mas Rosemal Hakim, 18, terharu dengan sumbangan itu dan akan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk menyambung semula pengajian yang tertangguh sebelum ini.

“Saya bangga jadi anak Pulau Pinang kerana dihargai walaupun sumbangan yang diterima ini tidak banyak. Namun sekurang-kurangnya menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin terhadap kami yang dalam kesusahan.

“Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan menghabiskan pengajian saya selama lima setengah tahun ini dengan cemerlang,” katanya yang sedang menyiapkan sebuah buku mengenai kejadian yang menimpanya ketika krisis di Mesir dahulu.

Ibunya, Dr Hazariah Abu Hassan, 53, terharu dengan sumbangan itu dan menganggap Kerajaan Negeri, PUZ dan Maipp prihatin masalah yang dihadapi keluarga penuntut, terutama soal kewangan.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk memberi bantuan kepada penuntut dari Pulau Pinang bagi membolehkan mereka pulang ke Mesir untuk menyambung pelajaran yang tergendala.

“Kita mahu meringankan bebanan keluarga pelajar selain membantu pembelian tiket pulang ke Mesir,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada penuntut, semalam.

No comments: