Wednesday, March 2, 2011

Umno hina pengundi setiap kali pilihanraya

Pas tidak hina pengundi Kerdau: Zulkefly

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbNpa-WXfJkGxpF9KJXxSwDIlOkqmyZ9owSd1z6o8rAEVBI_fjSLBHEDpDTokZpW7nq_KTSs2osI3ZXExj4vkxu0Lf1L0vr4u5bQ9Y5gECjgz7UTzH7-5mK53T4ru-oCcMcNHcjWHYKdc/s320/sgsok1.jpgSEREMBAN – Pas tidak menghina pengundi Kerdau, sebaliknya UMNO melakukannya melalui sumbangan diberikan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) sahaja.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, UMNO bersikap prihatin hanya pada pilihan raya untuk meraih undi.

“Kenapa baru sekarang orang UMNO nampak bumbung rumah bocor, jalan berlubang, rakyat miskin dan baru mahu beri bantuan, sedangkan sebelum ini tiada tindakan yang menampakkan sumbangan dihulurkan kepada penduduk.

“Kami mengutuk sikap pemimpin sebegini. Bukan sahaja Pas, tetapi parti pembangkang yang lain turut mengutuk pemimpin Barisan Nasional (BN) atas sikap menjelikkan ini,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, Pas turut mengutuk tindakan BN yang menggunakan wang kerajaan untuk memberi bantuan ketika kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

“PRK ini melibatkan parti yang bertanding. Berikutan itu, BN tidak sepatutnya menggunakan duit kerajaan.

“Segala bantuan dan kerjasama daripada agensi kerajaan ternyata mahu meraih undi penduduk Kerdau,” katanya.

Zulkefly berkata, salah guna kuasa dilakukan BN apabila menggunakan jentera kerajaan ternyata menggambarkan negara tidak mengamalkan sistem demokrasi.

“Demokrasi negara akan tempang sekiranya BN masih berterusan mengamalkan sikap seperti ini setiap kali PRK.

"Sekiranya BN menggunakan kaedah betul ketika berkempen, pasti pihak pembangkang tidak menghina parti berkenaan terutama pemimpinnya," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa Pas menghina pengundi Kerdau berikutan tindakan Pas melabelkan projek pembangunan dilaksanakan kerajaan BN sebagai rasuah kepada rak-yat dalam kempen PRK DUN Kerdau.

Sharizat berkata, tindakan Pas itu adalah penghinaan kepada pengundi kerana mereka rasa seolah-olah pengundi tidak boleh berfikir.

2 comments:

Anonymous said...

PASPB kau jgn buat fitnah la weh...rakyat dah muak dengan dakyah puak2 pembangkang.buat isu hanya semata-mata nk raih sokongan undi..,,PAS PANDAI MEMPERALATKAN AGAMA UTK KEPENTINGAN POLITIK..sedar la wahai penyokong PAS,
APa perjuangan mu sebenar??..HUDUT??..NAGARA ISLAM..??.
Yg aku tahu PAS nk berkuasa di PUTRAJAYA adalah lah..kahkah.

Anonymous said...

sapa yang buat fitnah, dah kenyataan puak umno dok rasuah pengundi di kerdau dan merlimau.

anon umno tak akan tak tau