Wednesday, March 2, 2011

Umno dan Perkasam tak mahu siasatkah sumber mana kerajaan P.Pinang bagi RM 2000 kepada pelajar kembali ke Mesir

P Pinang bagi RM2,000 pelajar kembali ke Mesir

GEORGETOWN, 2 Mac: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyerahkan RM2,000 kepada 318 pelajar Mesir dari negeri ini termasuk anak kepada Yang bekas Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp), Shabudin Yahya.

Sumbangan tersebut adalah pembuka tirai negeri pertama menyerahkan sumbangan berbanding negeri lain di Malaysia.

Sebelum ini Pulau Pinang juga mendahului mengumumkan peruntukan dan mengadakan perjumpaan antara pelajar dan waris pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri yang diadakan di Dewan Sri Pinang baru-baru ini.

Pada peringkat awal Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria telah bertekad memberi keringanan kepada ibu bapa dengan mengeluarkan wang menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sekurang-kurangnya RM1,000 seorang.

Tetapi, setelah perbincangan dalam mesyuarat Exco semua sepakat menambah RM1,000 lagi daripada kerajaan negeri menjadikan RM2,000 semuanya.

Pada program yang dimulai meraikan pelajar dan ibu bapa dengan makan tengah hari itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hasil penjimatan akhirnya banyak perkara boleh Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya termasuk bantuan berkenaan sebagai meringankan tanggungan ibu bapa.

Slogan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) membawa kebaikan walaupun pada awal pemerintahan terpaksa berhadapan cercaan dan hutang peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selepas mempekenalkan dasar CAT pada umum ia terus melonjak terutamanya para pelabur yang bertambah sejak kebelakangan ini.

"Tentu pelajar tertanya-tanya apakah CAT. Ia bukan kucing sepertimana yang selalu dihebohkan oleh Umno sebaliknya pentadbiran yang menjurus kepada kebebasan, keadilan dan jauh daripada sikap rasuah," ujar Guan Eng.

Sementara itu, Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, Muhamad Hilmi Mohd Yusuf menyifatkan, bantuan itu sebagai galakan terhadap pelajar untuk teruskan belajar di serata univesiti di Mesir.

"Saya mewakili keseluruhan pelajar ucap terima kasih yang tidak terhingga dan berharap kerajaan negeri dapat pula ke sana menziarahi kami sebab sampai saat ini belum ada seorang pun kepimpinan negeri yang berbuat demikian," katanya.

1 comment:

ABG MAT TANJONG said...

BETUL BETUL BETUL... SIASATLAH REZAL MERICAN, MANE TAU KOT2 DUIT JUDI DEPA BAGI KAT PELAJAR MESIR NI. HARAM HUKUMNYA.. INI DH KIRA HINA ISLAM... NAK HARAP UMNOAPCO BAGI HENTAH BILA BARU DAPAT.... KATA KETUANAN MELAYU BILA NAK TOLONG PELAJAR MELAYU ? MANA TAU KOT HANGPA NAK BAGI LEBIH SIKIT 3 4K PULAK.. APCO YG YAHUDI HANGPA BYR 70J TAKAN MELAYU TAK LEH TLG KOT...