" UMNO semakin terdesak takut kehilangan kuasa sehingga beberapa kali mempelawa PAS menyertai Barisan Nasional. Selepas pilihanraya Sarawak, ketakutan UMNO dan BN tidak dapat ditutup lagi.
" PAS tidak akan terima pelawaan UMNO ini kerana tidak ikhlas. Apabila UMNO kuat PAS ditendang, bila UMNO lemah hulur tangan kononya demi perpaduan Melayu" katanya
Muhamad Sabu berkata , BN terus gagal mendapat sokongan masyarakat Cina termasuk dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini manakala gagasan 1Malaysia yang digerakkan BN tidak mendapat sambutan.
" BN berkempen 1Malaysia tapi dalam masa yang sama UMNO sedang menggunakan sentimen perkauman Melayu untuk menarik sokongan.
" Saya ingatkan orang Melayu , jangan terpedaya dengan kempen perkauman UMNO kononya hanya UMNO yang membela Melayu . Hakikatnya , UMNO lah yang menjadikan orang Melayu terus berada dalam kesusahan kerana UMNO yang memegang kuasa sejak merdeka" katanya
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid yang ditemui berkata, kehadiran begitu ramai yang mendengar ceramah pimpinan PAS pada malam berkenaan membuktikan bahawa orang ramai tidak lagi janggal atau takut untuk hadir ke markas PAS.
" Polis hanya membenarkan ceramah di premis PAS dan kita tahu semua itu arahan dari musuh politik PAS. Mereka jangka ceramah PAS tidak akan dapat sambutan jika dibuat di markas PAS.
" Mereka silap, rakyat sekarang tidak lagi takut untuk bersama dalam program PAS . Rakyat sudah yakin dengan kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat. Lagi pun media massa kerajaan hanya menyajikan berita yang bukan sahaja fitnah tetapi lucah" katanya
1 comment:
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
Post a Comment