Wednesday, May 4, 2011

Ro$mah habiskan duit rakyat lagi


Rosmah Hadiri Program Di Turki, Media Rasmi Diarah Beri Liputan Meluas

SHAH ALAM 4 MEI : Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kini berada di Turki untuk menghadiri sidang Kemuncak Global 2011 dengan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil hanya bertindak sebagai pengiring.

Turut serta dalam rombongan itu adalah isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan RTM turut diarah turun ke Ankara untuk memberi liputan kepada Rosmah.

Seperti lawatan beliau ke beberapa negara luar sebelum ini, penggunaan duit rakyat untuk membiayai krew media rasmi kerjaan bagi memberi liputan kepada ucapan Rosmah di Turki menerima kritikan.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin berkata lawatan-lawatan Rosmah ke luar negara menjadi “bisikan utama’ di Putrajaya kerana menelan belanja yang besar, walaupun isteri Perdana Menteri itu tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. .

Namun apabila isu itu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di Parlimen, Kementerian Kewangan berdolak dalik memberi jawapan terperinchi mengenai perbelanjaan yang terpaksa ditanggung.

"Sampai sekarang Perdana Menteri tidak bentangkan perbelanjaan Rosmah bila pergi ke luar negara,” kata Zuraida.

“Sampai sekarang perkara ini tidak dibuat walaupun sepatutnya dibentang di Parlimen. Nazri Aziz sebagai “budak suruhan” di Parlimen juga nampak takut dengan tuannya, dan tak berani bawa kebenaran,” tambah Zuraida.

Sejurus tiba di Turki, Bernama menemuramah penganjur persidangan yang dipetik sebagai berkata Rosmah adalah “contoh terbaik” bagi wanita khususnya kepada isteri-isteri pemimpin dunia.

"Saya melihat Wanita Pertama anda seorang tokoh yang baik untuk dicontohi, dan sebab itu, kami menjemput beliau untuk menyampaikan ucap utama," kata Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011.

Natividad berkata beliau amat gembira Rosmah menerima perlawaan untuk berucap di persidangan itu.

Natividad berkata Wanita Pertama seperti Rosmah harus memahami peranan penting mereka yang memberi impak besar terhadap kehidupan rakyat di negara masing-masing menerusi cara yang berbeza daripada kerajaan.

Di Malaysia, Rosmah sering dikritik kerana di lihat terlampau campurtangan dalam urusan politik dan bidang kerja kerajaan.

Beliau turut serta dengan suaminya berkempen di pilihanraya-pilihanraya dan lantang mengecam pembangkang.

Sebelum bertolak ke Turki, Rosmah mengarahkan isteri-isteri wail rakyat Barisan Nasional di Selangor bahawa mereka harus turun ke padang untuk membantu BN merampas kembali negeri itu pada pilihanraya umum akan dating.

Rosmah memberi “amanat” itu kepada Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) yang dipimpin oleh beliau sendiri.

Zuraida berkata Rosmah semakin ‘liar” melangkaui peranannya sebagai isteri Perdana Menteri yang akhirnya akan member kesan kepada suaminya sendiri.

Beliau menyifatkan arahan terbaru Rosmah kepada isteri-isteri wakil BN untuk turun padang menawan Selangor sebagai “bencana terbaru’ untuk Najib.

"Kesilapan-kesilapan yang kurang bijak yang dia (Rosmah) lakukan. Macam dulu, komen tsunami di Jepun , pergi kempen pada pilihan raya dan umumkan itu ini tetapi tidak tunaikan. Sekarang satu lagi bencana yang dibawa Rosmah kepada Najib,’ kata Zuraida.

No comments: