Monday, July 4, 2011

Katak - Katak belaan UMNO kaya raya, ahli setia UMNO ramai yang papa

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Keghairahan Umno BN "membeli" ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mula memberi padah kepada parti pemerintah itu berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, perkara itu terbukti apabila seperti diakui sendiri oleh presidennya, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan kelmarin.

Najib dalam ucapannya itu menyeru ahlinya di cawangan dan bahagian mengelakkan berpuak-puak dan bersifat jatuh-menjatuhkan sesama sendiri jika mahu menang pada pilihan raya akan datang.

Beliau melahirkan kebimbangan jika perkara itu berlaku, sejarah sama kekalahan teruk pada PRU 2008 bakal berulang.

Namun kata Riduan, perdana menteri itu perlu sedar dengan satu lagi kelompok yang telah keluar dari Pakatan Rakyat dan kini berada dalam Umno, yang tentunya akan juga menuntut habuan khususnya sebagai calon pilihan raya.

"Orang bermasalah ini memainkan peranan penting dalam mengucar kacirkan umno dengan menuntut jawatan lebih tinggi dan melobi menjadi calon pilihanraya.

"Malah ada kalangan mereka yang masuk Umno selepas dibayar dengan wang jutaan ringgit hingga mampu membina rumah banglo, selesaikan hutang dan lain-lain, sedangkan ahli Umno seumur hidup masih ramai hidup susah dengan hutang keliling pinggang.

"Kini mereka sudah dalam Umno, perlu teruskan survival. Maka apa sahaja peluang mereka akan ambil walau sampai mengucar kacirkan Umno," kata Riduan.

Kelompok ini ujarnya, akan bertarung habis-habisan dalam melobi pemimpin parti itu untuk menjadi calon kerana mahu "cepat kaya" dan mengaut projek manakala ahli umno lain pula akan berpecah mengikut pemimpin yang mampu memberi mereka duit dan kemewahan.

Sehubungan itu, Umno kini katanya terpaksa menanggung padah akibat tindakan mereka sebelum ini.

4 comments:

Hamdan Rukun said...

YA ALLAH !

KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT...

PEMIKIRAN PUNYALAH KOMAN. PATUTLAH TAK ADA WAKIL PAS DIBENARKAN BERTEMU AGUNG !

Anonymous said...

Luncai marah sebab dia pun tak dapat banyak dari umporno. katak yang lompat dah kaya, tapi luncai dok berharap hasil bini, macam la kami tak tahu luncai . orang kuala kenai hang luncai, nak lari mana. kawan baik umporno hang dah tersembur cakap nama hang yng punya blog luncai

Hamdan Rukun said...

HE ! HE ! HE !,

JADI... APA HUJAHNYA ?

APA MASALAHNYA ?

Anonymous said...

marah ka luncai, masalahnya hang yang dok pencacai umporno teruk2 tak dapat apa2. kah kah kah tak pa demi agama , bangsa dan tanahair UMPORNO. Makan hasil bini la jawabnya hang luncai