Monday, July 4, 2011

UMNO, media putar belit isu Bersih

http://2.bp.blogspot.com/_aLYQfXHFubQ/TLPHsu6-8TI/AAAAAAAAD0w/1EurIf3UN2Y/s1600/ahmadyahya.jpgALOR SETAR - UMNO dan media arus perdana didakwa cuba memutarbelitkan isu Bersih 2.0 hingga timbul pelbagai spekulasi untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, pihaknya akur dan menyokong penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Katanya, titah itu antara lain mahu rakyat memelihara keharmonian dan kestabilan negara sedangkan matlamat asal himpunan berkenaan bukan bertujuan untuk menimbulkan sebarang kekecohan hingga boleh menggugat keamanan.

“Bagaimanapun keadaan menjadi bertambah serius apabila UMNO dan media dilihat sering memprovokasi isu Bersih hingga menimbulkan kebimbangan di segenap lapisan masyarakat.

“Himpunan Bersih 2.0 mula diharamkan, baju yang tertera logo Bersih dirampas termasuk himpunan ini dilihat akan mencetuskan kekacauan hingga menyebabkan segelintir pelabur bertindak lari daripada menanggung risiko melabur di sini,” katanya.

Ahmad berkata, sekiranya provokasi seumpama itu tidak ditimbulkan, beliau percaya himpunan berkenaan akan berlangsung dalam suasana aman dan mereka yang berhimpun berjalan beramai-ramai menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong seperti dirancang.SH

No comments: