SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.
Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.
“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi) kemanusiaan. Mereka tidak boleh lepas tangan.
“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bapa saudara Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.
Seorang lagi bapa saudaranya, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.

“Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: “Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik dan mereka seharusnya telah diberikan latihan secukupnya.”
Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang.
“Bagaimanapun ia sudah terlewat...” katanya .
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik.
“Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik,” katanya.
“Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar,” kata beliau. - themalaysianinsider

2 comments:
YANG SUKA BUAT BUAT SAKIT NI NUAR BRAHIM.
HE!HE!HE!
UMNO DAH COMFIRM AKAN BANTU KELUARGA ALLAHYARHAM, PAS SETAKAT HASUT ORANG JER...
ala luncai dah salah tu tak payah la nk berdalih. nk cari populariti. putera umno tak fikiaq dah ciri keselamatan. akhirnya memakan korban
Post a Comment