Sesuatu perkara atau sesuatu benda mestilah ada puncanya. Ini berhubung dengan kematian Sdr Noramfaizul 39 tahun jurukamera Bernama.
Menurut maklumat dalam media kerajaan Somalia telahpun, mentaklimatkan secara terperinci kepada Misi Keamanan Kelab Putera 1Malaysia di bawah kelolaaan Aziz Trauma berhubung kondisi situasi bumi panas Somalia.
Antaranya, Malaysia adalah sebuah negara yg tidak dikenali oleh kumpulan pejuang-pejuang di Somalia. Kedua, senteimen ati AS teramat tinggi di kalangan penduduk negara berkenaan. Ketiga, masalah bendera malaysia yang hampir menyerupai bendera AS.
Mungkinlah selepas ini Najib 1 Malaysia akan mengeluarkan Slogan 1Malaysia 1 Amerika pulak. Sebab Malaysia teramat gila dengan 1 belaka.
Kedegilan pihak Malaysia, masalahnya adalah kedegilan Aziz Truma yang gilakan projek luar yang berprestij. Dengan menggadai nyawa petugas media yang teruja dengan kerja-kerja kesukarelawaan.
Seperti kata NUJ kepada wartawan, rata-rata wartawan kita tidak dilindungi dengan SOP. Tiada taklimat, tiada baju kalis peluru, tiada insuran dan semua tiada. Yang ada pada mereka adalah 1 niat dan 1 tekad.
Apa pun kita bersimpati dengan tugasan wartawan spt Noramfaizul dan rakan-rakan yang lain. ikhlas dan jujur dengan tugasan mereka.
Maka, menjadi ketua misi kemanusiaan dalam hal ini. Perlulah mengambil tanggungjawab. Ini adalah usaha dan ikhtiar beliau.
Masih banyak lagi kawasan kebuluran yang perlu dibantu, umat Islam Kemboja.
Justeru itu, akan datang kita minta Aziz Trauma ambil alih Program Bersamamu slot TV3. Kerana Kelab Putra Gila Publisiti.
Minta PM cepat-cepat ambil dan angkat Aziz, beliau orang yg teramat istimewa banyak idea. dan banyaklah juga duit negara yang habis dikerjakan olehnya.
Ada koporat taja kot misi kemanusiaan kali ini.....PERaNTaUKITE90
Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia, Noramfaizul Mohd Nor yang diserang hendap.
Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan-kumpulan pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.
“Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.
Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka.” Jelas jurucakap kerajaan Somalia.
Kematian jurukamera Bernama Noramfaizul 39 tahun di Somalia kelmarin amat mengejutkan Umat islam di malaysia. Dan yang paling menyediahkan adalah keluarga beliau. Kematian adalah sesuatu yang pasti dan ia adalah takdir ALlah SWT belaka. Semua yang hidup akan mati.
Namun demikian, langkah berani dan gila publisiti Putera IMalaysia bawah Naina ini haruslah dilihat kembali. Dengan mengambil pengalaman di mana-mana kawasan 'panas' dan kritikal dan risiko bahaya ketua Delegasi PUTERA 1MALAYSIA ini gagal mendapat pandangan pakar tentang situasi dan kondisi zon mogadhisu.
Justeru beliau kenalah bertanggungjawab, kerajaan Umno bawah PM1 Malaysia kena bertanggungjawab. Saraan dan masa depan 2 anak allahyarham perlu dibantu. jangan difikirkan, mereka kini menjadi anak yatim.
Aziz bertindak menjadi pelancong misi kemanusiaan. Ini semua menjadi iktibar. Kita tabik dengan niat dan usaha murni Putera 1Malaysia. tetapi niat mereka ini Allah sahaja yang mengetahuinya.
Membantu dan meringankan penderitaan umat sedunia, saudara seagama amat dimuliakan. anda ada;ah insan terpilih yang melakukan misi yang berbahaya ini. tahniah atas usaha gigih anda. tetapi adalah lebih baik tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak mengetahuinya.
Teruskan niat murni anda, tetapi hati-hati...
No comments:
Post a Comment