|
PARIT BUNTAR, 6 Julai :
Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin telah merasmikan Hari
Sukaneka Pasti Parit Buntar pada tanggal 23 Jun 2012 bersamaan 4
Syaaban 1433,
bertempat di Dataran Purnama Kampung Kedah, Parit Buntar.
Hari sukaneka ini merupakan
satu acara tahunan bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Parit Buntar. Seawal jam
8.00 pagi, Dataran Purnama telah dipenuhi dengan murid-murid PASTI, guru-guru
PASTI, dan waris-waris serta penduduk sekitar.
Program
bermula dengan Ucapan Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar, Wakil PASTI
Negeri Perak,
dan ucapan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain
yang telah diumumkan sebagai calon PAS bagi DUN Titi Serong dalam PRU 13
yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Upacara memotong belon telah dilakukan oleh Ustaz Abu Bakar sebagai simbolik
perasmian.
Tepat jam
9.30 pagi, bermulalah aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu acara Sukaneka. Sebanyak
39 acara telah berlangsung dengan dua acara melibatkan waris.
Manakala 1 acara
lagi dibuka kepada kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Bermakna, sebanyak 36
acara untuk murid-murid PASTI yang telah disusun. Antaranya Lari Pecut, Lari
Berhalangan, Isi air dalam botol, menyusun huruf dan banyak lagi.
Dengan
bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta Nisa’, Semua acara
berlangsung dengan baik. Acara sukaneka yang dipertandingkan telah berakhir
pada jam 12.40 petang.
Ucapan
Penutup telah disampaikan oleh Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar
seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tahniah
diucapkan kepada PASTI Al-Munir, Taman Murni kerana telah berjaya menjadi juara
keseluruhan. Malah, kejuaraan pada tahun ini merupakan kemenangan tahun ke tiga
berturut-turut bagi mereka.
Tahniah
juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya membawa pulang hadiah
kemenangan kali ini. Kepada yang tidak menang, insya-Allah boleh cuba lagi
tahun hadapan.
Terima
kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus
menjayakan program ini.BLOG PASTI PARIT BUNTAR
Barisan pengadil sudah bersedia.
YB Dr Mujahid sedang berucap
No comments:
Post a Comment