ADUN
Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan satu lagi dakwaan urusniaga tanah
yang menurutnya tidak wajar, melibatkan Umno bahagian Tanjung Karang di
Selangor, yang membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh bahagian tersebut
pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.
Umno bahagian berkenaan hanya membayar premium sebanyak RM130,244 untuk
tanah komersial sewaktu pentadbiran BN sebelumnya, walaupun harganya
pada awalnya telah ditetapkan pada RM3.3 juta, berdasarkan nilai
pasaran.
Ng (kanan dalam gambar) berkata Umno Bahagian Tanjung Karang pada
mulanya memohon untuk membeli tanah kerajaan negeri berdekatan Jalan
Sungai Kajang pada 31 Mac 2001, dan ADUN Sungai Burong pada masa ini,
dari Umno, Datuk Mohd Aini Taib merupakan orang utama dalam urusniaga
tersebut.
Kerajaan negeri Selangor, melalui majlis tindakan ekonominya, meluluskan
permohonan itu pada 3 Julai 2001 dan satu penilaian pasaran dibuat oleh
jabatan berkaitan, yang meletakkan harga tanah itu pada RM3.3 juta.
Bagaimanapun, bahagian Umno tersebut merayu supaya harganya dikurangkan dan kerajaan negeri meluluskannya pada bulan April 2002.
"Akhirnya, kerajaan negeri membenarkan premium bagi tanah itu
dikurangkan kepada RM1 satu kaki persegi, dan Umno bahagian hanya perlu
membayar sejumlah RM130,244," kata Ng hari ini.
Ng menggesa ketua Umno bahagian Tanjung Karang sekarang, yang juga
Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Noh Omar, supaya menjelaskan
mengenai urusniaga tanah tersebut
Malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment