Friday, July 6, 2012

TERDESAK NAK UNDI!!!Ahkhirnya MCA terkantoi, setelah UMNO tersembul

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua menerangkan bahawa kerajaan Selangor tidak membayar sebanyak RM 1 bilion kepada Talam Corporation seperti didakwa oleh Datuk Chua Tee Yong.

Menurutnya, kerajaan negeri telah menerima bayaran sebanyak RM12.7 juta dari Talam pada 12 Mac 2010 dalam bentuk tunai, kemudian Talam menyerahkan aset kepada syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI), yang berjumlah RM 676 juta yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM266.2 juta dan RM30.5 juta dalam kos tambahan.


“Kami membayar hutang dari cawangan syarikat MBI, iaitu Unisel, Kumpulan Hartanah Selangor dan Permodalan Negeri Selangor, bukannya Talam,” kata Setiausaha Publisiti DAP itu dalam sidang media pagi ini.


Menurut Pua lagi, Talam tidak menerima satu sen pun dari kerajaan negeri, bahkan memaksa Talam untuk membayar hutang lama dari kerajaan negeri yang terdahulu – berjumlah RM392 juta. Talam berhutang dengan Unisel sebanyak RM 255 juta, Hartanah Selangor RM 115 juta dan Permodalan Negeri Selangor RM 22 juta. Kerajaan negeri pada tahun 2008 telah menubuhkan Menteri Besar Incorporated (MBI) dan menyatukan semua syarikat ini di bawah MBI – menjadikan semua syarikat ini sebagai syarikat cawangan MBI.



“Kerajaan negeri telah memaksa Talam untuk membayar hutang tertunggaknya setelah tidak membayarnya semasa Selangor di bawah kerajaan Barisan Nasional.“Jadi bagaimana Datuk Chua Tee Yong boleh berkata yang kerajaan negeri menggunakan wang rakyat untuk membayar hutang-hutang Talam sedangkan Talam yang berhutang dengan kerajaan negeri?” katanya lagi.


Tony Pua menjelaskan bahawa aset-aset dari Talam yang diserahkan kepada kerajaan negeri adalah untuk menyelesaikan baki hutang selepas bayaran pertama yang berjumlah RM 12.7 juta dibuat.

Bayaran kedua dibayar melalui penyerahan aset berjumlah RM 44.7 juta dan aset ini adalah aset yang bebas dari hutang.

Tony Pua membidas kenyataan Chua yang mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menggunakan wang rakyat yang berjumlah RM 1 bilion untuk membayar hutang-hutang Talam.


Selasa lalu, Chua meminta kerajaan negeri menerangkan kenapa RM 1 billion digunakan untuk membayar hutang Talam kepada tiga syarikat terbabit.“Jelas sekali Chua tidak menyemak angka-angka ini dengan betul hingga melakukan kesilapan sebegini,” kata Ahli Parlimen PJ Utara itu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.


Gobind berkata MCA kini sudah semakin terdesak untuk mendapatkan undi dan ini bukan kali pertama parti komponen BN itu melakukan perkara sedemikian.“Serangan sebegini juga dilakukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan jelas sekali mereka semakin terdesak untuk mendapatkan undi,” kata Gobind merujuk kepada dakwaan tentang skandal seks Setiausaha Agung DAP itu.

No comments: