Kenyataan Umum SAMM
Pada 27 Okt.kira kira jam 8.45mlm saya hadir ke MARKAS PAS Bandar Seri Alam,Masai. Program Ceramah Umum PR anjuran DAP-PR
Ketika saya sampai dan duduk dikawasan yg dijadikan Pentas seorang yg
saya pasti anggota Polis datang memasang kamera di depan rostrum.
Sebaik sahaja prog hendak dimulakan jam 9mlm dari Balai Raya berdekatan
(50meter) mereka yg dikenali oleh penduduk tempatan sebagai orang Umno
memasang speaker besar dgn kuat memainkan rakaman ceramah. Dengan jelas
cuba ganggu ceramah.
Menurut penganjur mereka telah memaklumkan kpd polis dua minggu awal
secara bertulis dan program PR mendapat kebenaran pihak polis.
Jelas tindakan memasang speaker dgn nada amat kuat utk ganggu ceramah PR
dan membuat provokasi. Kami cuba berbincang,namun malangnya hanya ada
sekitar 10-12 org remaja termasuk seorang perempuan menguncikan diri
mereka dalam balai raya membalas dengan teriakan dan perkataan lucah.
Penganjur membuat panggilan kpd polis, saya sendiri cuba menelefon polis
tp jaminan utk datang tidak ditunai. Malah anggota polis dicari
dikawasan ceramah yg beruniform semua hilang, ada yg tidak beruniform
hanya membatukan diri. Tiba masa saya berucap,umno tinggikan lagi
volume suara.
Keadaan mula tegang..saya bertanya kepada anggota polis sila muncul kita
perlu bincang. Ada org yg menunjukkan kamera dengan mengatakan mesti
ada polis dia pasang kamera ini tadi.
Saya tanya 3 kali dan waktu jarak untuk minta polis tampil ke depan. Org
ramai sahut dan turut teriak panggil polis. Seorang pun tak muncul. Ada
yg mula rapat dgn kamera polis dlm keadaan marah.
Saya minta semua petugas SAMM kedepan kawal keadaan. Provokasi umno
berterusan tp saya kawal kerana jika bergaduh tentu remaja yg dibuat
umpan oleh Umno itu teruk dipukul malah kamera polis juga mungkin
dirosakkan.
Saya minta kamera polis itu ditutup/lipat dan diselamatkan. Saya
meninggalkan lokasi ceramah awal utk ke satu lagi lokasi di Taman
Dahlia.
Saya akan menyerahkan kamera tersebut melalui satu laporan polis siang
nanti. Dalam perjalanan pulang ke Seremban saya dihubungi perbagai
anggota Polis dari Pegawai bertugas, Timbalan OCPD, Datuk Ramli (KCK
Johor). Meminta saya memulangkan kamera.
Mereka kebanyakan tidak ada di
lapangan keliru. Isunya bukan saya curi tp semalamatkan. Mereka kata ada
anggota lihat saya yg bawa kamera pergi. Ini bermakna ada anggota polis
yg sengaja biar dan diamkan provokasi umno maka bila termakan provokasi
PR akan dipersalahkan.
Saya rakam simpati dgn anggota polis yg kena bertugas ikut telunjuk
Umno. Ramai yg hadir dan semua rasa kecewa Umno diberi peluang dan
dilindungi untuk membuat kecoh.
Laporan polis saya menyerahkan kamera video tersebut akan membuktikan
anggota polis hadir ttp diam saja melihat provokasi Umno...
Saya simpati dan InsyaAllah dibawah PR nanti institusi polis akan dibebaskan dari tekanan politik.
Sekian
cheGuBard
Dalam perjalanan pulang melepasi ayer keroh. 2.10pg
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment