Pengarah program Fakhrurazi
Haji Khalid berkata, sebanyak sebelas ekor lembu telah dikorbankan pada hari
raya kedua di dua tempat berasingan iaitu di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan
Husin, Titi Serong dan Markas Tarbiyah Dun Kuala Kurau, Jalan Pantai.
“ Bilangan lembu
untuk dikorbankan bertambah berbanding tahun lalu kerana semakin ramai yang
menyertai ibadah korban anjuran PAS Parit Buntar.
“ Memandangkan ibadah
korban ini di adakan di dua tempat berasingan , maka kerja-kerja melapah dan memotong daging dapat
dijalankan dengan lebih cepat dan lancar “ Katanya
Fakhrurrazi berkata, daging-daging lembu diagihkan kepada fakir
miskin dan orang ramai dalam kawasan Dun Titi Serong dan Kuala Kurau
“ Selain
lembu yang dikorbankan pada hari ini , terdapat beberapa ekor lembu lagi telah
diagihkan kepada cawangan PAS untuk dikorbankan di tempat mereka” katanya
Beliau mengucapkan
terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban PAS Kawasan
Parit Buntar pada tahun ini
“ Petugas-petugas yang terlibat tanpa mengira penat
lelah dan habuan, mereka bekerjasama dan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah
yang amat dituntut ini.
“ Program ibadah korban ini juga merapatkan ukhwah
islamiah, program ini juga mampu membangunkan kehidupan masyarakat yang harmoni
dan mematuhi arahan agama.
“ PAS Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan oleh PAS Cawangan di tempat masing-masing.
““ Kegigihan ahli
dan penyokong PAS di cawangan patut dipuji. Ini salah satu daripada sumbangan
khidmat kebajikan kepada umat Islam setempat” katanya
Turut hadir ialah Pesuruhjaya
PAS Perak Abu Bakar Husin yang turut menyembelih dua ekor lembu yang
dikorbankan.
Program Ibadah Korban di Titi Serong
Program Ibadah Korban di Kuala Kurau
No comments:
Post a Comment