Thursday, October 4, 2012

BN ANGKUH!!! Gantung bendera tiada permit, lebih tinggi dari Jalur Gemilang

PIHAK pembangkang di Pulau Pinang, dilihat memasang bendera parti lebih tinggi daripada bendera kebanggaan negara, jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang. Kejadian ini berlaku di depan salah sebuah pasar raya di Island Plaza, Pulau Pinang.

Perkara ini didedahkan oleh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau menunjukkan gambar yang
dirakamkan melalui telefon bimbitnya.

Rujuk gambar di bawah, bendera parti pembangkang Pulau Pinang, Barisan Nasional
digantung jauh lebih tinggi daripada jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang.



Sumber gambar
: Faqar

Ahli majlis itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian ini selepas didapati ada bendera-bendera  dikatakan digantung di atas lampu-lampu jalan menggunakan kren jentera secara haram 
tanpa permit majlis (MPPP) dan permit polis, namun pihak Barisan Nasional tidak mahu mengaku bertanggungjawab.

Cuba anda bayangkan jika bendera yang dipasang itu adalah bendera Parti Islam, PAS, KEADILAN, ataupun DAP. Sudah tentu isu ini akan
diputarkan siang malam pagi dan petang di media-media arus perdana.

Lihat di sini jelas sekali menunjukkan bahawa Barisan Nasional lebih mengutamakan parti berbanding negara dan negeri. Parti lebih diutamakan berbanding rakyat. Biarlah rakyat mati asalkan parti selamat.


ReJaM© "
Barisan Nasional nak buat apa semua boleh, semua betul... "

2 comments:

rakab said...

Yang puak pakatan kibarkan bendera haram bagi menggantikan jalur gemilang tu bukan angkuh ke ??

Anonymous said...

mengganti????....apa lawak bodoh lembu UMNO ni cakap.....bila masa PR nak ganti jalur gemilang.....tak habis2 nak kencing pemikiran org ramai dgn lawak bodoh korang nie.......korang yg angkuh dgn pendirian fitnah korang tu......bangang betul.....