KUALA LUMPUR: Ketua
Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan sikap anggotanya
yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM, Tyzo dan
berhasrat mengambil tindakan tegas.
Ismail berkata,
perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan
terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai
radio itu.
"Saya akan siasat.
Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau perlu, kita akan gugurkan
keanggotaannya jika benar didapati bersalah," katanya kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini pada Khamis.
mStar Online pada
Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris
telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu
kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu di sekitar jalan
Sunway dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira
pukul 12 tengah hari itu, anggota polis trafik tersebut telah memberi
dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan
cara membayar wang ataupun dikenakan saman.
Bagaimanapun anggota
polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia
adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada
pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.
Sementara itu Tyzo yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons terhadap aduan tersebut.
Malah kata Tyzo, dia
juga telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Bahagian Trafik dan
Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned yang mahu
mengambil tindakan terhadap perkara itu.
“Saya juga akan ke Bukit
Aman esok (Jumaat) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
yang mahu mengambil keterangan selepas berita mengenai kes ini disiarkan
di media.
"Insya-Allah, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya.
-Mstar
No comments:
Post a Comment