Thursday, October 4, 2012

POLIS MALAYSIA!!! Dah la mabuk, bertengkar, lepaskan tiga das tembakan, cederakan pelayan pub

DI pub inilah seorang anggota polis melepaskan tiga das tembakan sehingga mencederakan seorang pelayan di Padungan, Kuching kelmarin.
KUCHING: Seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini semalam.

Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu operasi di Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun lalu.

2 comments:

Amuraria said...

tak pa bila pi mahkamah pakai tutup muka pakai mark of zollo & tak payah digari ,macam insp yang ketuk kepala orang dengan spitol ;)

Anonymous said...

Kes begini kalau tanya Rahim Nor mantan IGP mesti dia kata "Polis bertindak mengikut SOP".......