Setelah hina Islam, Presiden MCA hina orang Islam pula
Melalui akhbarnya, Mingguan Malaysia, Umno hari ini (semalam) tampil sebagai pembela Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan liputannya yang bertajuk 'Kami hanya tentang hudud versi PAS'.
Sebelum ini, musuh Islam itu cerca dan hina Islam dengan kenyataan-kenyataannya mengenai hudud.
Kali ini, dia hina umat Islam pula apabila cuba membodoh-bodohkan kita kononnya parti kurang ajarnya hanya menentang hudud versi PAS.
Di bawah berita FMT "MCA hanya tentang hudud PAS, kata Chua", saya tulis:
Kalau tak suka hudud PAS, maknanya boleh terima hudud Umno la? Siapa yg tulis kat Twitter "The Johor Umno Adun must have run out of ideas and out of his mind to propose hudud in Johor for all. MCA will definitely object to it"?
Adakah Adun Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan hudud PAS sehingga Chua menuduhnya hilang akal? (Lihat Malaysiakini 2/7/12 "Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA")
Syaitan MCA itu menghina kita seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata.
Ketika perhimpunan agung MCA baru-baru ini, syaitan itu yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat (lihat Malaysiakini 23/10/12 "'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?'") Adakah negara-negara itu melaksanakan hudud PAS? Celaka sungguh syaitan itu!
MCA tolak hudud PAS sahaja?
Bukankah Chua sendiri yang menyatakan MCA sanggup berpisah dengan Umno jika parti itu mahu melaksanakan hudud? Adakah Umno mahu melaksanakan hudud PAS? (Lihat Malaysiakini 23/9/11 "Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno")
Jelaslah dakwaan terbaru si kutuk itu kononnya dia dan MCA yang dikepalainya hanya menentang hudud PAS adalah tindakan menghina umat Islam seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata.
Lebih jahat lagi, untuk menipu umat Islam, Umno memanjangkan penghinaan syaitan itu ke atas umat Islam dengan liputan prominent di muka depan Mingguan Malaysia hari ini kononnya musuh Islam itu hanya menentang hudud versi PAS.
Jangan lupa, Hata Wahari pernah menceritakan kepada kita bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat Malaysiakini 12/5/11 "Hata: Editor Utusan wajar dikenakan ISA"). -penarikbeca
Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.
Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam.
“Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.
“Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam,” ujarnya.
Sambungnya, sebagai contoh andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.
Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.
Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang mendakwa beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud PAS. -HD
Ulasan GB
Kata-kata Soi Lek bahawa "MCA hanya tentang hudud PAS" membawa pengertian bahawa yang beliau tentang hanyalah hudud versi PAS, jadi beliau terima hudud lain selain hudud PAS tetapi terima hudud Islam?
Hukum kebenaran dan keadilan telah memerangkap beliau melalui perkataannya sendiri!
Sedangkan sebelum ini Chua Soi Lek telah pergi jauh, bukan sahaja mengkrtitik hudud yang diperkenalkan oleh PAS, tetapi telah mengkritik Islam dan negara Islam dengan menyatakan negara Islam yang mengamalkan hudud antara yang paling korup di dunia, sekalipun tiada statistik atau bukti yang diketengahkan bagi menyokong dakwaannya itu.
Berita di bawah ini membuktikannya:
Sejak bila negara-negara Islam yang beliau maksudkan itu mengamalkan hudud PAS?
Dan hakikat yang nyata negara yang mengamalkan hudud adalah yang mempunyai kadar jenayah yang paling rendah terutama kes rogol. Bab ini yang Chua Soi Lek tidak suka agaknya kerana beliau pemimpin BN yang pernah mengakui terlibat di dalam video porno!
5 comments:
PLEASE... JANGAN SEBUT PASAL HUDUD OK! KORANG NI TAK TAU KE DAP ADA HANTAR SPY PANTAU BLOG NI. KITA KALAU NAK BERTANDING KAWASAN MELAYU, SUSAH SIKIT SBB DIAORANG DAH TAU PAS TAK LAGI PERJUANGKAN ISLAM. SEKARANG NI STRATERGI KITA IALAH MENDAPAT EHSAN DAP UNTUK BERTANDING KAWASAN CINA.
Anon mangkuk kat atas ni ingat dia tukar font org xleh cam la? Org sama je komen..boringgggg...
beruk bodoh
Anon ko ni bodoh bangang bahalul tongong samdul buta perut, ko ingat kami yg baca ni bodoh mcm org UMNO ker .... Pigi daaaaaa
Orang Umno memang Lembu..kira nak bodoh kan orang saja...
Post a Comment