Berikutan pendedahan ‘projek sakit’ kerajaan kedah semasa
pemerintahan UMNO/BN yang didedahkan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’Seri
DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat
laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Alor Setar, Kedah.
Pendedahan berkenaan telah diadakan pada 23
Oktober 2012, bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Oleh itu
memandangkan kecuaian yang dibuat oleh pemerintah Kedah terdahulu terhadap
amanah kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kepada rakyat untuk
memastikan penyelewengan tersebut disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, untuk
pertamanya akan memfailkan laporan berkenaan kerugian ternakan udang di Kerpan
yang melibatkan kehilangan RM6,156,397.00 juta dan didapati tidak dimasukkan ke dalam
akuan syarikat berkaitan.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz
Ahmad Yahaya, akibat kehilangan sejumlah wang berkenaan, kerajaan negeri
terpaksa menanggung RM 2.61 juta saman dari syarikat KASB ke atas KAIMB.
Projek ternakan udang di Kerpan dimulakan
sejak tahun 1990an semasa era pemerintahan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman
Aroff dan ekoran itu satu perjanjian pengurusan bertarikh 27 Disember 2012
dibuat antara KAIMB dan Kedah Aquaculture Sdn.Bhd (KASB). Pada tahun 2012 KASB
telah diambil alih oleh SKS Reality Sdn. Bhd.
Kata beliau lagi, laporan ini adalah
permulaan kepada beberapa lagi “ projek sakit“ kerajaan kedah dahulu dan selepas ini akan menyusul laporan untuk
seterusnya.
Hati Waja : kemana hilangnya RM6.15 juta
itu? Adakah ianya tenggelam bersama tong-tong udang dan dihayutkan ke laut,
adakah ia hilang bersama badai yang meniup sepoi-sepoi bahasa di kolam udang
berkenaan, adakah ianya hilang bersama deraian serta linangan air mata penduduk
Kerpan setelah tanah mereka diambil oleh kerajaan.
Jawapannya tentu ada..terutamanya di mantan
Menteri Besar dahulu, Dato’Mahdzir Khalid. Sekarang kita tunggu siasatan
SPRM..tapi apa yang kita harapkan SPRM
buat siasatan secara telus dan bertanggungjawab..kalau tidak SPRM jawab
di hadapan Allah kelak..kerana bersubahat melindungi orang yang makan harta
rakyat.
JADI...APA LAGI...TAKKAN LEPAS NIE..NAK
BAGI BALIK MALAUN-MALAUN TU..PERINTAH KEDAH LAGI...PERANYUT TERUS...SEPERTI MANA DUIT
UDANG KERPAN YANG DIPERANYUT DALAM TONG UDANG.... Kedah La
No comments:
Post a Comment