Setiausaha parti tersebut, Masrum Dayat, yang mengambil alih jawatan presiden itu berkata, Zaid telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Sabtu.
“Bagaimanapun, beliau masih seorang ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa KITA,” katanya kepada The Star Online, sambil menambah bahawa Zaid menyatakan masalah kesihatan sebagai punca peletakan jawatannya.
Zaid adalah menteri “De Facto” undang-undang semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi.
Beliau kemudiannya meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno selepas ahli parlimen DAP Teresa Kok ditahan ISA pada tahun 2008.
Beliau kemudiannya menyertai PKR akan tetapi keluar dari parti tersebut pada tahun 2010 kerana hilang keyakinan kepada kepimpinan penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4 comments:
mamat ni tak boleh pakai.baik jadi pelakun aje
mamat ni tak boleh pakai.baik jadi pelakun aje
Bukankah dia dah lama letak jawatan dalam parti KITA????
apa lagi zaid... aku cadangkan ko masuk pas. sebab kesian dekat orang pas, takde orang sanggup masuk parti diaorang. at least, dosa masa teguk arak dulu tok guru boleh kasi ampun.
maklumlah, ayatollah nik ajis lah katakan.
Post a Comment