Saturday, January 26, 2013

PANAS!!! UMNO/BN Johor bercempera, Pakatan semakin mara


PAKATAN RAKYAT SEMAKIN MANTAP, BN JOHOR KUCAR KACIR?

Kebersamaan komponen BN dalam majlis2 resmi kian dingin. UMNO, MCA dan MIC selaku parti utama dilihat membawa diri masing2.

Umno sahaja yang menonjol dalam mempertahankan BN dan menyelamatkan kuasa politik di Putrajaya. Bekas2 pemimpin utama MCA semakin berjinak dengan Pakatan Rakyat. Pimpinan PAS menemui mereka dan perkembangannya sangat positif.


Komponen BN marah kerana UMNO digambarkan tamak dan sangat perkauman. Terhiris perasaan mereka bila dituduh cina nak perintah Malaysia, Cina nak jadi Perdana Menteri, Cina rampas tanah orang melayu dan lain2 tuduhan yg tidak berasas sama sekali.

Lebih berat lagi provokasi melalui risalah haram yg disebarkan di kampung2, kononnya kalau Pakatan Rakyat menang dlm PRU 13 ini, pemimpin melayu hanya 3 bulan sahaja jadi PM, lepas itu Lim Kit Siang diangkat jadi PM. Maka ditakut2kan, habislah orang melayu.

Bahkan lebih teruk lagi fitnah yg bertebaran, Malaysia akan jadi negara Kristian. Ramai anak2 melayu akan murtad. Islam bukan lagi agama resmi. Tiada azan lagi di masjid dan surau....

Pembohongan dan propaganda ini terlalu jahat. Orang melayu khususnya golongan tua ada yang percaya. Api perkauman dan kebencian sesama kaum dikembangkan melalui majlis2 resmi. Hasutan dilakukan secara terbuka!


Poster warna gambar pemimpin utama Pakatan Rakyat dalam keadaan mengaibkan di edar merata tempat hingga beranda masjid. Serangan peribadi paling keji yg tidak berasas samasekali dijadikan cerita dan topik utama. Tiada lagi pertimbangan dosa pahala. Yang penting rakyat mesti dijauhkan dari menyokong PR.

Alhamdulillah, usaha terdesak Umno gagal dan tersasar......
' Mereka merancang, Allah juga merancang; Allah adalah sebaik2 perancang '- maksud Firman Allah

Perbuatan keji mereka memakan diri mereka sendiri. Umno Johor contohnya, bergolak sesama sendiri. Pergerakan Pemuda Umno tidak berhenti2 krisis mereka. Diceritakan sendiri oleh beberapa exco pemuda mereka kpd pemuda PAS.

Bilik Gerakan di sembilan cawangan Umno Pasir Gudang ditutup kerana isu hak milik. Pertembungan pemilihan jawatan utama di Kota Tinggi antara kem Syed Hamid Albar dengan kem Timbalannya sampai hari ini dilihat lesu gerak kerja mereka. Saya sendiri menerima salinan risalah2 memburukkan sesama mereka.

Umno Bahagian Tenggara, Umno Bahagian Kulaijaya, Umno bahagian Pulai dan lain2 sedang berentap melalui banyak kem. Melobi menjadi calon praya. Ada kawan2 Umno yang makan umpan kem2 tertentu beritahu saya, kalau pemimpin kem dia tak jadi calon, kami akan boikot! 
 
Isu2 rakyat tidak dipedulikan pemimpin Umno. Projek pelupusan sampah di daerah Batu Pahat menimbulkan kemarahan penduduk. Dalam majlis resmi, rakyat maki wakil rakyat mereka sendiri!
Beberapa ketua Umno cawangan di situ, isytihar sokongan secara terbuka kpd PR. Ada cawangan Umno di bubarkan!

Ini belum lagi mengambil kira isu Pengerang, Iskandar Malaysia dll.

Hampir keseluruhan 26 Umno Bahagian dilanda krisis, sesetengahnya amat buruk. 
 

"Saya kata ini sabotaj parti. Mana kesetiaan pada parti. Muhyiddin kan dah beri amaran siapa yg sabotaj parti akan di kenakan tindakan disiplin. Kata mereka, kena gantung ke, pecat ke, kami tak peduli...
Lagipun, belum tentu BN berkuasa lagi lepas PRU ini, dakwa mereka.... "


Syukur Alhamdulillah, perpaduan Pakatan Rakyat tetap utuh dan kuat. Usaha melaga2kan tidak berjaya. Rakyat kian yakin. Kesatuan PR, hormat menghormati dan bertolak ansur menjadi rahsia kekuatan PR.

Rakyat memberi harapan tinggi kepada PR. Jangan sia2kan. Fokus utama tumbangkan BN. Jangan buat kenyataan yg mengundang keresahan rakyat.

Bagi PAS, ini peluang terbaik. Tingkatkan munajat pada Allah. Majlis Usrah, Kuliah, Tamrin dan kerohanian adalah medan tarbiyyah kita yg tidak boleh diabaikan. Turun padang habis2an jumpa rakyat khususnya pengundi melayu.

PAS sedia ganti Umno, tidak akan jadi kuda tunggangan DAP!

Insyaallah, Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya! ~ MA

No comments: