PARIT BUNTAR :
Usaha Lujnah Penerangan PAS Kawasan Parit Buntar menjemput tokoh-tokoh
hebat menyampaikan ceramah di Parit Buntar menaikkan suhu politik
semakin hampir dengan pilihanraya umum ke 13.
Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji
Khalid berkata, Sebelum ini PAS Parit Buntar membawa turun Bekas Menteri
Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berceramah di Parit Buntar.
" Kali ini PAS Parit Buntar menjemput seorang lagi tokoh ternama iaitu Dato' Seri Abdul Rahman Maidin ,
seorang ahli korporat terkemuka yang menyertai PAS baru-baru ini.
Menurut Fakhrurrazi Haji
Khalid, Dato' Seri Abdul Rahman Maidin seorang ahli korporat yang telah
terlibat dalam bidang pelaburan, kewangan, infrastruktur, teknologi, media dan
komunikasi selama 32 tahun.
" Beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang semasa berlangsungnya Himpunan
Kebangkitan Rakyat Negeri Johor.
“ Lebih 1500 orang tidak berganjak dari Dataran
Purnama Kampung Kedah mendengar ceramah beliau yang pertama kali berceramah di Parit Buntar”
katanya
Pada sebelah petangnya , Dato' Seri Abdul Rahman
Maidin menghadiri Majlis Minum Petang di Simpang Tiga, Kuala Kurau.
Majlis Minum Petang anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar itu turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr
Mujahid Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin dan Adun Kuala
Kurau Abdul Yunus Jamhari.
Sementara itu, Dato' Seri Abdul Rahman Maidin dalam
ucapannya memberitahu beliau menyertai PAS didorong oleh prinsip perjuangan
parti itu yang konsisten menekankan kebajikan dan keadilan rakyat.
"PAS memastikan semua rakyat di negara ini dibela
berteraskan Negara Berkebajikan yang selari dengan prinsip dan azam saya untuk
Malaysia pada masa depan,"katanya
Beliau kesal dengan isu-isu berkaitan hak dan
kebajikan rakyat dalam pelaksanaan dasar di bawah kerajaan Umno-BN yang lebih
banyak memusnahkan masyarakat sama ada di luar bandar mahupun di bandar.
"Saya yakin segala polisi yang menindas rakyat
perlu dihapuskan dan diganti dengan satu reformasi sistem dan dasar yang lebih
mengutamakan kebajikan rakyat dalam penggubalan dan pelaksanaannya,"katanya
No comments:
Post a Comment