Friday, March 26, 2010

Hina Nabi : Jenis manusia tiada tamadun

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/MakanMalamPenerangan%20037.jpg









KUALA TERENGGANU– PAS menyifatkan individu atau golongan yang menghina Nabi Muhammad SAW yang diiktiraf sebagai pemimpin agung, adalah golongan tidak bertamadun.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, mereka yang melakukan perkara sedemikian dilihat tidak menghormati agama yang ada di dunia.
Menurutnya, individu terbabit bukan sahaja tidak faham agama lain, malah mereka juga tidak memahami ajaran agama sendiri.

“Kita percaya agama dia pun mengajar yang baik, begitu juga Kristian, Buddha dan sebagainya. Tiada agama yang cuba mengajar untuk hina nabi atau agama lain.

“Orang Islam tidak pernah menghina Kristian, Nabi Musa dan Nabi Isa,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas salah satu lakaran karikatur Nabi Muhammad SAW yang dilukis dengan muka manusia dan berbadan anjing oleh pelukis Sweden, Lars Vilks.

Nik Muhammad Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat turut menyokong sekiranya umat Islam di negara ini memboikot membeli barangan negara itu.

Bagaimanapun, beliau khuatir sekiranya langkah memboikot barangan Sweeden itu tidak panjang kerana kebanyakan pengguna Melayu dan Islam di negara ini tidak tetap pendirian.

“Kita harap orang Islam boikot walaupun tidak tahu sampai bila kerana dahulu ada (kempen) boikot barangan Israel, Amerika dan Denmark tetapi hanya sekejap sahaja,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta agar kerajaan sensitif dan serius mengajar agama lain supaya lebih menghormati Islam, selain memastikan rakyat di negara ini berjaya memboikot barangan negara terbabit, bertujuan memberi kesan ekonomi kepada mereka
.RM

No comments: