Monday, December 20, 2010

Anggaran 2000 hadir 3000


KEPALA BATAS 20 Dis. : Kali kedua diadakan konvensyen Pakatan Rakyat semalam dianggap berjaya mencapai matlamatnya, ujar Pengerusi Jawatankuasa konvensyen Dr Mujahid Yusof Rawa.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, keterlibatan peserta diluar jangkaan, setiap parti menghantar 600 perwakilan. Dicampur dengan pemerhati ia mencecah 3000 orang.

Lebih membanggakan, konvensyen ini berjaya menjawab isu dan tohmahan Umno-Barisan Nasional.

"Konvensyen ini berjaya menjawab persoalan penting seperti isu Melayu, agama Islam, Raja-raja Melayu telah banyak memberi jawapan dalam memahamkan dan menjawab tomahan. Secara rumusan kerjasama ketiga-tiga parti adalah yang perlu ambil kira sebagai penting dan baik. Ketiga-tiga parti pasukan Pulau Pinang berjaya melaksanakan konvensyen di Pualau Pinang baru-baru ini.

"Matlamat konvensyen berjaya dan semua berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir," katanya.

Turut menjadi kebanggaan pada kali ini ialah penyertaan pemimpin pelapis dari ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat sehingga mendapat pujian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengulung perbahasannya semalam.

"Kalau kita lihat yang membahas isu adalah kalangan anak muda. Pimpinan pelapis kita tunjukkan, kita tidak kekurangan pelapis. Pimpinan kita dari PAS, DAP dan PKR bukan sahaja banyak tetapi melimpah ruah, dari sudut keupayaan sumber kepimpinan Pakatan Rakyat, saya boleh katakan lebih berkualiti dari barisan nasional.

"Mereka(anak muda) mengambarkan kepada orang ramai bahawa telah bersedia untuk membuat perubahan besar bagi negara ini dan membawa rakyat untuk bersama-sama kita," jelasnya kepada Tv Selangor.

No comments: