Monday, December 20, 2010

PR berani akui kelemahan, BN tutup kelemahan takut kalah

Pengakuan Hadi bukti PR jujur

http://3.bp.blogspot.com/_0ynStjSqY7A/Sd8_rsNXzcI/AAAAAAAANYM/dubuRbo-630/s200/Roslan+Sms.jpg
SHAH ALAM, 21 Dis. : Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menegaskan keberanian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Pakatan Rakyat (PR) dibelenggu beberapa kelemahan membuktikan kejujuran kepimpinan parti itu.

Menurutnya, pihaknya mengakui kelemahan wujud dalam PR kerana penubuhannya yang baru beberapa tahun sahaja memerlukan masa untuk dimantapkan.

“Pengakuan presiden parti menunjukkan keterbukaan dan kesungguhan PR serta menggambarkan parti tidak gagal sebaliknya parti sentiasa bersedia untuk melakukan penambahbaikan parti untuk memantapkan PR.

“Saya rasa wakil PAS yang juga parti paling lama dalam PR matang dalam mengemukakan kelemahan parti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, secara keseluruhannya, teguran yang dibuat oleh Presiden PAS adalah teguran yang membina ke arah kebaikan PR.

Abdul Hadi pada Konvensyen PR kelmarin mengakui parti PR dibelenggu kelemahan apabila ada ahli parti yang mula hilang tumpuan apabila diserang dari segenap penjuru Barisan Nasional (BN).

Abdul Hadi berkata, PR juga berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah dan menganggap ia adalah cabaran terbesar yang perlu diatasi supaya PR menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.SH

No comments: