Kenapa guna duit rakyat tarik sokongan PSSLM
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan oleh sebuah tabloid berbahasa Melayu pada 28 November lalu akan menyampaikan sumbangan RM7.5 juta bagi pihak kerajaan Malaysia kepada Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada kos keseluruhan RM10 juta untuk melengkapkan kompleks persatuan seni silat tersebut yang terletak Batu Caves, Gombak.
Namun, berita tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi. Hal ini kerana jumlah tersebut terlalu banyak untuk diberikan kepada sebuah pertubuhan seni silat.
Bagaimana pula dengan persatuan seni silat lain? Adakah mereka juga berpeluang mendapat sumbangan seperti ini? Atau adakah sumbangan ini mempunyai motif di sebaliknya.
Menurut sumber, beliau mengesahkan laporan tabloid tersebut bahawa kompleks persatuan ini mengandungi banglo, asrama, dewan surau, dan gelanggang sukan.
“Saya mendapat maklumat bahawa kos untuk banglo itu sahaja dianggarkan RM1 juta.
“Wang tersebut adalah wang rakyat dan tidak sepatutnya dengan begitu mudah diberikan kepada pihak terbabit,” ujarnya.
Beliau berharap Muhyiddin berhati-hati kerana dibimbangi pemberian itu disalah tafsir oleh pihak lain sebagai umpan pilihan raya yang akan datang.
No comments:
Post a Comment