SHAH ALAM 21 Jan.: Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor perlu mengambil serius kritikan kerana perkara ini timbul selepas beliau menyalahgunakan kuasa sebagai isteri Perdana Menteri, kata Ketua Sri Kandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail.
Kritikan terhadap beliau dibuat berhubung lawatannya ke seberang laut bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh Menteri Kabinet dan pegawai kakitangan kerajaan.
"Kenapa kritikan itu timbul? Kerana dia (Rosmah) telah menyalahgunakan kuasa dan semua kemudahan yang ada dalam kerajaan, yang mana kita lihat dia tak kisah dengan kritikan-kritikan orang, saya kira dia harus ambil peduli tentang kritikan-kritikan ini kerana benda ini timbul adalah sikap dia yang menunjukkan bahawa seolah-olah dia adalah 1st Lady yang membenarkan penggunaan nama itu membolehkan dia menggunakan semua kemudahan kerajaan," kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu.
Beliau turut melihat kenyataan Rosmah ini seolah-olah mempertikaikan suara rakyat yang menolak dan tidak setuju dengan tindak-tanduknya yang melampaui tugas sebagai isteri Perdana Menteri sahaja.
"Kenyataan Rosmah itu seperti mencabar rakyat bahawa dia ini tak boleh dikritik, dicabar, atau dikata apa jua pun kerana rakyat perlu terima dia sebagai isteri Perdana Menteri."
"Sedangkan dia siapa? Kita mempersoalkan Rosmah ini siapa? yang kita tahu Rosmah ini hanyalah isteri kepada Perdana Menteri dan dia tak diberi apa-apa keistimewaan melainkan hanya bergelar isteri kepada seorang Perdana Menteri."
Bagi Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mengutuk keras dengan tindakan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berlagak seperti orang penting dalam negara ini.
Rosmah juga dilihat seolah-olah mahu menafikan hak mereka yang lebih layak berbicara soal dasar.
"Dia (Rosmah) tak layak, dia tak sesuai dan dia bukan orangnya. Untuk menjadi duta ini atau bicara soal dasar mestilah orang politik yang diamanahkan oleh rakyat atau diberi kuasa untuk berbicara yang meletakkan diri mereka itu sebagai suara rakyat, dia sebagai isteri perdana menteri tak cocok dia mewakili kerajaan sedangkan dia bukan, kalau begitu Labis suruh dia bertanding," katanya.
Semalam Rosmah menyatakan beliau tidak gusar dikritik dengan komen negatif yang dilemparkan berhubung lawatannya ke seberang laut, malah beliau hanya mengikuti lawatan yang diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.
Baru-baru ini Rosmah dikatakan telah membuat kunjungan selama empat hari di Oman, sebelum ini beliau telah membuat lawatan ke Arab Saudi bagi memberi ucapan dalam satu persidangan antarabangsa mengenai pengurusan kualiti menyeluruh dalam pendidikan.
No comments:
Post a Comment