EXCO mendesak ketua pembangkan Selangor Dato’ Satim Diman agar menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Tuan Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).
Beliau juga harus mengumumkan kepada rakyat apakah bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan Ph.D tersebut.
Situasi hari ini amat membimbangkan kerana ramai masyarakat hari ini sanggup membeli Ph.D melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah dalam mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan menpercambahkan nilai keilmuan.
Dr Yaakob Sapari yang juga EXCO Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor beranggapan bahawa membeli Ph.D merupakan satu jenayah,merendahkan martabat universiti dan merupakan satu penghinaan kepada dunia akademik .
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penyelidikan Parti Keadilan Rakyat(PKR) Pusat menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus pengajian dengan berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.
Dr Yaakob Sapari meragui ijazah sarjana doktor falsafah Dato’ Satim Diman yang juga Ketua Pembangkang Negeri Selangor. Beliau menggesa agar Dato’ Satim mengishtiharkan taraf pendidikan beliau bermula daripada ijazah pertama,sarjana sehingga doktor falsafah. Dato’ Satim Diman telah menggunaan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar DUN Sri Serdang.
YB DR HJ YAAKOB SAPARI
EXCO Pemodenan Pertanian,Pembangunan Sumber Alam dan Luar Bandar
No comments:
Post a Comment