Thursday, January 6, 2011

Umno terdesak, PAS tidak ada keinginan

Umno-BN Terus Terdesak Untuk Pecah-Belahkan PR


SHAH ALAM 7 Jan. : Umno-Barisan Nasional(BN) terdesak apabila menjadikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Dalam majlis santapan Diraja yang dianjur Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 24 November lalu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Turut dilaporkan hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khalid berkata pertemuan yang dihadiri Nik Aziz itu adalah atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku Agung dan bukannya menerima tawaran Umno-BN untuk sama-sama dalam Kerajaan Perpaduan.

"Maklumat yang kita dapat, ianya adalah atas jemputan Agong, majlis tersebut selain Tok Guru terdapat juga pemimpin yang lain, bila ditanya berhubung pertemuan tersebut, Tok Guru tidak mahu menceritakan kerana menghormati permintaan pertemuan itu dan dan menghormati Seri Paduka Baginda maka Tok Guru tidak mendedahkan.

"Apa sekalipun usaha disebalik pertemuan itu, yang penting pemimpin-pemimpin PAS memahami bahawa soal kerajaan perpaduan atau kerjasama dengan Umno adalah perkara yang ditolak oleh ahli-ahlinya dan apapun niat disebalik pertemuan itu, kesimpulannya adalah begitu.

"Tidak ada keinginan sama sekali daripada pihak PAS untuk melayani tawaran dan ajakan untuk bekerjasama,"jelasnya.

Menurut Khalid, situasi ini harus dijelaskan untuk pemahaman semua pihak dan tujuan asal perkara ini diadakan adalah untuk menimbulkan pertikaian dikalangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Tambahnya lagi, pertemuan tersebut yang diadakan seminggu selepas kovensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang tidak menjejaskan hubungan dalam Pakatan Rakyat dan apa yang harus dibanggakan ialah sambutan hangat pemimpin-pemimpin Pakatan pada kovensyen tempoh hari dengan kemunculan buku jingga yang merupakan harapan baru untuk rakyat.

"Kebersamaan kita bersama Pakatan Rakyat tidak terjejas walau sedikit sekali pun kerana sambutan di kovensyen tempoh hari begitu hebat dengan kemunculan manifesto tawaran kepada rakyat dalam bentuk buku jingga,"katanya.

Khalid menjelaskan tawaran yang digariskan dalam buku jingga itu tetap akan dilaksanakan walaupun berlaku pertemuan di Istana Terengganu kerana jelas kehadiran Pemimpin PAS adalah atas jemputan Agong.

"Ini menunjukkan bertapa terdesaknya Umno-BN untuk berhadapan dengan pemimpin kita dalam pilihanraya yang akan datang sehingga meminta dan memberi idea kepada Agong untuk jemput pemimpin PAS untuk datang makan bersama pemimpin Umno dan ini jelas menunjukkan bertapa takutnya Umno dengan pembinaan sokongan terhadap Pakatan dan penolakkan terhadap Umno," jelasnya.

No comments: