Monday, February 7, 2011

PR akan letak calon PAS bertanding di Merlimau

PR Sepakat Letak Calon PAS Di Merlimau


KUALA LUMPUR 7 Feb.: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini bersetuju meletakkan calon PAS dalam Pilihanraya Kecil(PRK) Merlimau Mac depan.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hal itu diputuskan hari ini setelah mendapat persetujuan dan membincangkan pro dan kontra calon.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan Membantu," kata Anwar dalam Sidang Media di Ibu Pejabat DAP, selepas mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di sini hari ini.

PRK Merlimau akan dilangsungkan pada 6 Mac ini dengan 26 Februari diletakkan sebagai tarikh penamaan Calon.

Bagaimanapun menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS tidak lagi menetapkan siapa calon pilihan dan sedang menunggu cadangan negeri.

Namun beliau menggambarkan kemungkinan besar calon itu dari kalangan orang tempatan.

"Calon mungkin wanita, mungkin lelaki.

"Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah,"katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali kemudiannya menambah calon bakal diketahui selepas mesyuarat PAS 13 Februari depan.

" Selepas Mesyuarat 13 hari bulan ini, kita akan terima 'shortlist' dan buat keputusan untuk endorse,"katanya.

No comments: