Gambar ini bukan di negeri Kelantan, Sabah atau pun Pahang dan bukan juga dipedalaman Sarawak. Tetapi gambar ini terletak lokasinya dekat dengan Bandar Merlimau. Merlimau itu di mana ye? Melaka Maju 2010 atau di Kampung Baru? Ini wajah Melaka Maju 2010 untuk DUN MERLIMAU yang bakal diadakan penamaan calon pada 26 Feb 2011 dan pengundian pada 6 Mac 2011.
Tidak kisah rumah macam reban ayam atau kandang kambing dan yang paling penting adalah menyokong hasrat kerajaan UMNO/BN dengan slogan "Rakyat Didahulukan". Mungkin tuan rumah ini tidak sedar bahawa Melaka telah diisytiharkan "Melaka Maju 2010" tetapi rumah ini bagaikan reban ayam yang tidak melambangkan Melaka Maju 2010.
Adakah tuan rumah ini telah kenyang dengan pemberian RM200-RM500 dari pihak UMNO/BN supaya menyokong parti yang kononnya memperjuangkan melayu ini. Tuan rumah ini boleh diklasifikasikan sebagai murahan kerana harga seekor kambing pun mencecah harga RM350-RM500 seekor setiap kali untuk dikorbankan.
Bukan setakat itu sahaja, harga diri dan maruah mereka yang disogok oleh UMNO/BN ini seperti pelacur murahan. Apa tidaknya dan cuba kita buat perkiraan untuk tempoh 5 tahun pilihanraya. Harga RM200-RM500 telah dibayar kepada pengundi BN untuk pilihan raya tetapi pilihan raya itu tempohnya 5 tahun. Maka untuk setiap tahun pengundi itu dapat sekitar RM40-RM100 setahun.
Begitu murah harga orang melayu khususnya yang mengundi UMNO/BN. Sedangkan harga seekor lembu setiap kali korban adalah RM2000-RM3000 seekor. Lembu kalo UMNO/BN mahu bayar RM200 pun mereka sanggup lari dan sebab itu bila masa raya korban, lembu yang dibeli oleh orang UMNO/BN selalu jadi liar dan sukar untuk disembelih.
Selain itu juga, kalau diikutkan daripada perkiraan tadi bagi pendapatan yang diterima oleh pengundi UMNO/BN dengan berbekalkan RM40-RM100 setahun, ia tidak mencukupi kerana tahun lepas sahaja harga bahan bakar naik 3-4 kali dalam setahun. Cukupkah dengan pemberian oleh UMNO/BN itu? Maka melayu selalu ditipu oleh melayu sendiri kerana mentaliti orang melayu yang menyokong UMNO/BN ini masih buta dan tuli.
4 comments:
TU LAH HANG. TAK MAU MASUK KAMPUNG MELAYU. ASYIK MASUK BAGAN CINA.
HANG TENGOKLAH RUMAH DI KAMPUNG NELAYAN TANJUNG PIANDANG, KAMPUNG NELAYAN BAGAN TIANG, RUMAH MACAM YANG
HANG KATALAH.( AKU TAK GAMAK).
PENUH BENDERA PAS. GAMBAR YB HANGPA PUN ADA.
HOI LUNCAI SAPA YANG PERINTAH PERAK. BODOH PUNYA UMNO. BN LA BODOH, BN YANG HANG DOK JILAT HARI2 TU LA PERINTAH PERAK .
ANON,
AKU TAK PANDAI MAKI ORANG. MAK AKU TAK AJAQ CAKAP KASAQ LAGU TU. MAK HANG LAIN LA..DAH DAPAT KUNCI SYURGA.
WAKIL RAKYAT HANG DI SITU MAIN TELOQ KOT. TAK GHETI KA NAK PI CARI IKHTIAQ TOLONG NELAYAN TU.
KALAU TAK TAU APA SATU, USAH CAKAP BANYAK. TAK PAYAH BERTANDING. BIAQ WAKIL RAKYAT BN SEMUA KAWASAN.
TAPI MASA SEBELAS BULAN DULU, DAN PULAK BAGI CINA TANAH 999 TAHUN. TOLONG MELAYU TAK DAN NO..
ALA LUNCAI DAH MARE, AKU TAK DOK PARIT BUNTAR TAPI DIA DOK CAKAP PASAI NELAYAN LA, PASAI TANAH . HOI ORANG PARIT BUNTAR BAGI LA KAT LUNCAI NAK JADI TOK WAKIL, DAH TAK TAHAN DAH TU. KESIAN AKU TENGOK
Post a Comment