Tuesday, October 2, 2012

TARIF LETRIK NAIK!!! Tak dapat dielak , mungkin bermula November ini

Eletrik naik bulan depan? Hotak kaw. Dah lama naik dah kot. Naik senyap2. Tak caya g check bil masing2. Ada sesuatu yang tak kena pada bil aku. Dan bila aku share benda tu kat facebook rupanya ramai yang merunggut atas hal yang sama.

Itu belum diumumkan kenaikan nya lagi oke. Belum umum. Naik sorok2. Senyap. Kalau dah umum, terang2 bagitau tarif elektrik naik lagi la mahal aku rasa. Gila babeng betul la bn neh. Bagi sikit je tapi bila amek kemain banyak. 


Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.


Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Hint bahawa tarif elektrik akan dinaikkan.



Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.

Hint bahawa ia mungkin akan berlaku pada november ini.


Sudah la bien. Aku ada banyak tanggungan. Aku dah penat dengan segala macam kenaikan. Nak mencekik pun payah. Nak kumpul duit bayar hutang lagi. Kenapa nak tambahkan beban orang? Dari ko bagi brim sampai orang2 kaya pun bleh dapat baik ko gunakan wang tersebut untuk memantainkan kadar elektrik di malaysia. 


Sambil2 tu juga ubah segala pembaziran yang berlaku di tnb termasuklah ipp. Aku malas nak cakap. Aku tahu juga serba sedikit apa yang berlaku di tnb. Sebelum seseorang yang aku kenal accident dalam kemalangan tahun lepas, ada la juga beberapa kepincangan dan benda yang tak sedap di dengar mengenai amalan di tnb. 


Yang tu ko betulkan dulu. Kalau dah habis segala ruang dan usaha untuk mempertahankan kadar elektrik ko boleh la naikkan kadar tersebut. Cuba la berfikir begini. Kenaikkan kadar adalah jalan terakhir yang akan diambil oleh kerajaan.. bukan jalan pertama bila berlaku apa2.. tnb bukan rugi pun. 


Untung bertambah saban tahun. Takan tak cukup2 lagi. Nak dedahkan ke gaya hidup ketua2 tnb tu? Lue jangan sampai rakyat dedah lue meraung plak. Fikirkan.Amenoworld


No comments: