Saturday, January 15, 2011

Presiden NUJ dah macam 'penjenayah'

Anbalagan : Utusan Perlaku Presiden NUJ Umpama 'Penjenayah'

http://media1.malaysiakini.com/287/41daac6a5b3337a057fade8edfd2ebbe.gifSHAH ALAM 15 JAN : Akhbar Utusan Malaysia dilihat memperlakukan Presiden NUJ, Hatta Wahari sebagai penjenayah apabila memberikan arahan supaya tidak keluar dari lingkungan kediamannya sepanjang tempoh penggantungannya yang berkuatkuasa Isnin ini.

Setiausaha agung NUJ, V. Anbalagan berkata beliau tidak nampak dimana rasionalnya Utusan menggantung Hatta kerana setiap kenyataan media yang dikeluarkan Hatta adalah atas kapasitinya sebagai Presiden NUJ.

"Utusan buat hatta sebagai penjenayah, dia kongkong,dia yang tentukan dimana dia patut berada.Pada saya tidak masuk akal," katanya.

"Tapi yang peliknya dia kata dalam masa dia dalam..dia kena realese sampai 17 hb kan ,dia kata dia tidak boleh keluar mana- mana, dia mesti berada di kawasan rumah dia.Itu sesuatu diluar bidang kuasa Utusan,"katanya.

Hatta sebelum ini lantang menegur laporan Utusan yang dilihat gemar memainkan isu perkauman demi mendokong apa sahaja tindakan pemimpin Umno Barisan Nasional yang terdesak mengekalkan kuasa politik mereka.

Beliau kemudiannya diberikan surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Anbalagan menegaskan tindakan Hatta sebagai presiden NUJ tidak menyalahi akta kesatuan sekerja dan Hatta telah berperanan dengan baik dalam memperjuangkan kebebasan media di negara ini.

"Dia bertindak sebagai Presiden NUJ dan ini dibenarkan dalam akta kesatuan sekerja," katanya

Anbalagan menambah, jika dirujuk kembali semua kenyataan media yang dibuat Hatta, tidak ada sekalipun Hatta menggelarkan dirinya sebagai wartawan Utusan sebalik presiden NUJ.

"Padahal kalau awak baca kenyataan medianya, dia bercakap sebagai presiden NUJ bukan sebagai wartawan. Saya pun pelik macam mane mereka,nak buat keputusan,tapi utusan anggap Hatta bercakap sebagai wartawan, itu masalahnya," katanya.

Menyifatkan kes seumpama ini sebagai tidak pernah berlaku, Ambalagan berkata, Utusan sebenarnya segan kerana ditegur oleh Hatta.

"Gentar la. dia malu kerana ada sorang presiden NUJ tegur akhbar bahawa kalau hendak jual suratkhabar kena adil, sakama, jangan mainkan isu perkauman," katanya lagi.

No comments: