Monday, October 22, 2007

PAS Ada Peluang Cerah Di Parit Buntar

PARIT BUNTAR : PAS berpeluang merampas ketiga-tiga kerusi di Parit Buntar berdasarkan gerak kerja PAS Kawasan Parit Buntar yang aktif dan tersusun. Demikian pandangan Sdr. Shamsul Kamal bin Hj. Idris Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan yang merupakan anak kepada AJK PAS Kawasan Parit Buntar.

Menurutnya sebagai anak perantau beliau sentiasa mengikuti perkembangan PAS Kawasan melalui maklumat bapanya yang memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha PAS Kawasan dan juga melalui laman web PAS Parit Buntar. Beliau juga membuat analisis berkenaan kedudukan pengundi Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN kuala Kurau.

“Saya yakin dengan gerak kerja pilihanraya yang aktif sejak pilihanraya 2004, kerjasama yang baik dengan orang-orang Cina dan program kebajikan yang melebar. Saya yakin kita akan berjaya memenangi ketiga-tiga kerusi ini”. Katanya yang juga ada menyediakan satu kertas biodata Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin yang akan beliau di bentangkan di Negeri Sembilan.

Majlis Anak Perantauan yang di adakan pada Hari Raya kedua ini mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun hujan lebat turun sejak petang hari. Lebih kurang 50 orang anak perantau dapat turun pada malam berkenaan dan ramai yang tersekat akibat hujan lebat.

Sementara itu, AJK DPP Parit Buntar Sdr. Halim Yahaya berharap anak perantau dapat bersama membantu PAS Kawasan mengerakkan jentera pilihanraya samada turun sendiri ataupun dengan sumbangan dana. Beliau juga mengharapkan agar anak perantau membantu memantau gerakkerja di kampung masing-masing. Beliau juga memaklumkan tentang penggunaan laman sementara web PAS Parit Buntar kerana laman asal telah diserang hackers.

Read more ...