Friday, September 3, 2010

Badan sukarela pastikan pemilihan PKR bersih


SHAH ALAM , 4 Sept. : Badan sukarela Mydemocracy Watch diwujudkan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas inisiatif mahu pemilihan parti November ini benar-benar bersih serta anggotanya tidak terpilih untuk bertanding.

Penyelarasnya, Yusmadi Yusoff berkata, keputusan pucuk pimpinan yang mahu anggota badan sukarela ini terdiri dari mereka yang tidak bertanding adalah satu keputusan tepat kerana parti tidak mahu ada sebarang pihak mempengaruhi pemantauan, aduan dan penyiasatan yang dijalankan.


Menurutnya, tugas utama badan sukarela tersebut adalah membendung ‘cakap-cakap kedai kopi’ sebelum ianya melarat menjadi fitnah selain tidak menggunakan wang dan memanipulasi nama Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya menjadi penyelaras Mydemocracy Watch kerana nama saya belum terpilih atau dicalonkan untuk mana-mana jawatan, jika nama saya terlibat, secara automatik saya akan menarik diri dari menjadi penyelaras badan sukarela ini

:“Setakat ini kita mendapat maklum balas yang amat baik sekali, ini adalah satu usaha menghalang mana-mana pihak yang mahu salah guna kuasa selain meratakan padang permainan antara semua pihak,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian,: semalam.

Ditanya sama ada badan sukarela ini akan bekerjasama dengan pihak polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yusmadi menjelaskan badan ini tidak akan mengambil tindakan sejauh itu kerana PKR masih mempunyai saluran seperti melaporkan ke Lembaga Disiplin Parti untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang penting, kita akan mengutamakan bukti-bukti yang diberikan, bukannya sekadar tohmahan semata-mata kerana kita ada sistem sokongan yang melengkapi badan pemantau pemilihan sedia ada yang terdiri dari 150 orang,” katanya.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, pada pemilihan kali ini, Mydemocracy Watch dan badan pemantau pemilihan turut dibantu anggota sukarela yang terdiri dari bloggers, ahli Facebook dan ahli-ahli biasa parti.

“Kita mempunyai ramai sukarelawan kerana kita mempunyai satu matlamat sahaja iaitu mahu menyelamatkan parti PKR daripada terjebak dalam unsur-unsur negatif seperti yang dialami oleh parti-parti lain, kita perlukan sukarelawan yang ramai kerana kita ada lebih dari 200 cabang seluruh negara,” katanya.SH

Read more ...

Berita Umno tindas peniaga Melayu tidak disiar























KUALA LUMPUR, 3 Sep. :
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal langkah berdiam diri media-media arus berhubung protes peniaga kecil Melayu di ibu negara.


Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Wilayah Persekutuan hari ini bertindak membantah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) gara-gara tidak berpuas hati dengan agihan tapak bazar Ramadhan di sekitar Jalan Masjid India.

"Kalau dulu, media-media ini menggambarkan yang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) pinggir peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang dari berniaga di Komtar, kenapa diam dalam isu protes peniaga Melayu hari ini," soalnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jangan disebabkan insiden protes tersebut berlaku di negeri yang diperintah Umno BN, maka media-media propaganda Umo sanggup menggelapkan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat, khususnya Melayu sendiri.

Sambil menganggap langkah berdiam diri media arus perdana sebagai usaha memperbodoh orang-orang Melayu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat berkata, ianya menyerlahkan sifat munafik Umno dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.

Mewakili PAS, beliau menyuarakan sokongan kepada PPPKM kerana berani mempertikai kaedah agihan gerai-gerai bazar Ramadhan yang mungkin berpunca oleh amalan kronisme dan rasuah.

"Sepatutnya diagihkan pada ahli-ahli persatuan terbabit tetapi nampaknya DBKL beri pada syarikat-syarikat besar yang mungkin sebab kroni atau rasuah," ujarnya lagi.

Beliau mendakwa Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno) sebagai melampau kerana sanggup melihat sahaja DBKL menafikan hak Orang Kurang Upaya (OKU) dari mendapat 20 tapak yang sepatutnya dikhaskan pada golongan istimewa.

Kelmarin, Yang Dipertua PPPKM, Bahrim A. Razak dilaporkan mendakwa sebanyak 109 tapak perniagaan sepatutnya diperuntukan pada peniaga-peniaga Melayu.

Manakala, DBKL pula dilaporkan meluluskan hanya 380 tapak perniagaan dari 580 tapak perniagaan keseluruhannya sempena musim Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini.

Lanjutan itu, mereka yang terbabit bertindak menghantar suatu memorandum protes kepada Perdana Menteri.

Read more ...

Rakyat tidak percaya media utama kerana suka berbohong





























KUALA LUMPUR, 4 Sept. :
Presiden UMNO merayu rakyat Malaysia supaya memberi kepercayaan kepada media-media utama yang dimiliki UMNO seperti
Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku, NST dan sebagainya.

Najib terpaksa merayu sedemikian kerana mengikut kajian MERDEKA CENTER, 60% rakyat Malaysia sudah tidak mempercayai Media-media utama milik UMNO ini. Mereka yang memberi kepercayaan 100% kepada media milik UMNO ini hanya sekitar 10-20% sahaja. Dengan kata lain, hanya penyokong UMNO totok sahaja yang memberi kepercayaan bulat kepada media-media milik UMNO ini.

Rakyat yang bukan UMNO totok menolak berita-berita yang bersumber dari media milik UMNO.

Syukur saya kepada Allah SWT. Semenjak Merdeka, UMNO menguasai aliran berita dan maklumat yang berkaitan politik. Parti2 selain UMNO tidak mempunyai kuasa dan sumber untuk mengadakan stesen radio dan TV. UMNO mampu menguasai pemikiran Melayu kerana sumber berita pada waktu itu hanya satu, yakni media-media milik UMNO seperti Radio Malaysia dan stesen TV RTM.

Apabila UMNO melihat akhbar Utusan Melayu tidak mengikut agenda UMNO, akhbar tersebut diambil alih secara paksa oleh UMNO dan akhirnya akhbar tersebut dilacurkan untuk kepentingan UMNO.

Mahazalim pula meluluskan undang-undang Akta Cetak dan Media pada tahun 80an untuk memastikan tiada media utama boleh dioperasi di Malaysia tanpa kelulusan UMNO.

Apabila dilihat ceramah-ceramah dan rapat-rapat umum anjuran pembangkang mendapat sambutan rakyat umum, mereka perketatkan Akta Polis dan akhirnya pembangkang tidak dapat mengajurkan ceramah dengan mudah lagi.

Dengan kata lain, sepanjang selepas Merdeka, UMNO menguasai pemikiran MElayu kerana rakyat Melayu hanya mendapat maklumat dari satu sumber, yakni, media-media milik UMNO.

Namun, dengan zaman internetan, penguasaan UMNO terhadap maklumat semakin lemah dan longgar. Segala penipuan dan pembohongan mereka mudah sahaja dipatahkan. Misalnya, yang terbaru apabila barua mereka, Rozali Ismail, menuduh Kerajaan Selangor meminggirkan kontraktor Melayu, dalam beberapa hari sahaja keluar rekod kehadziran Rozali dalam mesyuarat2 bersama Kerajaan NEgeri Selangor (yakni kosong).

Terdedah juga Rozali rupanya dapat gaji RM5.1 juta setahun yakni lebih tinggi dari CEO BAnk of CHina( Bank ketiga terbesar di dunia).

Kes peniaga KOMTAR juga amat menarik. Apabila dituduh Kerajaan NEgeri menindas orang Melayu, melalui internet kita dapat rupanya kes itu adalah berkaitan persatuan peniaga yang tidak bayar sewa. Segala tuduhan UMNO itu rupanya fitnah semata-mata.

Dari trend di atas jelas UMNO bergantung dengan pembohongan dan penipuan untuk mengekalkan sokongan mereka. Namun, penipuan mereka hanya akan berjaya sekiranya mereka menguasai media 100%. Namun, perkara itu sudah tidak terjadi lagi.

UMNO sudah hilang penguasaan terhadap aliran maklumat kepada rakyat Malaysia. Blog dan internet telah menyebabkan segala tindakan UMNO mandul dan usang. Penipuan yang mereka taja memakan diri. PAda waktu yang sama media-media milik mereka semakin hilang kepercayaan dari rakyat.

Akhirnya, 60% rakyat Malaysia tidak percaya lagi dengan media-media milik UMNO. Penjualan Utusan Malaysia dan Berita HAiran semakin menurun. Maklumat saya dapat, mereka amat takut sekiranya PAkatan Rakyat melancarkan kempen boikot. Sekiranya jatuh lagi, nescaya akhbar2 milik UMNO akan tutup kedai.

Read more ...

Kerajaan Umno bakal roboh bangunan Pasti dan surau
















BUKIT KATIL, 3 Sept:
Penduduk Kampung Bukit Katil membantah pembinaan jalan baru yang menghubung jalan utama ke beberapa buah taman melalui Lorong Datuk Demang Hussein, di sini.

Lorong tersebut akan dibesarkan saiznya dan pembesaran itu akan menyebabkan bangunan Pasti Jaya Insan dan surau akan dirobohkan.

Tindakan pihak berkuasa dilihat tidak logik kerana jika benar lorong tersebut hendak dibesarkan mengapa ianya tidak menggunakan tanah kosong di sebelahnya yang tidak membabitkan perobohan Pasti dan Surau.

Malah jika benar jalan baru itu hendak dibina adalah lebih baik ianya dibina di atas tanah berhadapan dengan Klinik Desa Kampung Bukit Katil kerana ianya tidak akan melibatkan rumah dan bangunan-bangunan lain.

Perancangan itu seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan bangunan Pasti dan surau yang telah lama dibina.

Pasti Jaya Insan amat berjasa kepada masyarakat setempat kerana ia menjadi pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah manakala surau menjadi tempat menimba ilmu agama yang sentiasa mendapat sambutan penduduk setempat.

Kelas-kelas pengajian agama hampir setiap malam diadakan di samping kuliah subuh dan juga lain-lain program kemasyarakatan.

Tindakan pihak berkuasa yang dilihat sengaja memasukkan bangunan Pasti dan surau mengundang bantahan hebat dari penduduk setempat.

Mereka berpendapat jika jalan tersebut dibina dengan tidak melalui tapak Pasti dan surau jalan tersebut akan lebih lurus.

Mengapa pula pihak berkuasa sengaja ingin membina jalan yang bengkok sedangkan jalan lurus lebih baik dan mudah.

Bantahan awal telah dizahirkan oleh penduduk setempat pada 31 Ogos lalu apabila kira-kira 150 orang penduduk berkumpul beramai-ramai di seberang jalan berhadapan Masjid Bukit Katil menyatakan rasa tidak puas hati di samping mereka menyambut Hari Merdeka.

Mereka menurunkan tandatangan masing-masing pada sebuah kain pemidang menyatakan rasa tidak puas hati tentang cadangan pihak berkuasa itu.

Sementara itu, PAS Cawangan Bukit Katil dan Bukit Bayan telah membentuk Jawatankuasa Bertindak menentang projek tersebut di mana Ketua PAS Cawangan Bukit Katil, Mohd Yassin Abdul Ghani telah dilantik menjadi pengerusinya.

Jawatankuasa itu telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam beberapa hari lepas bagi menyampaikan bantahan awal.

Dalam perjumpaan tersebut Ketua Menteri telah memberikan pelbagai alasan yang tidak logik tentang pembinaan jalan tersebut. Jawatankuasa tersebut akan bermesyuarat secepat mungkin bagi merangka tindakan seterusnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan pihak berkuasa itu sebenarnya berniat jahat dan mereka menghalalkannya atas nama pembangunan.

"Mengapa mereka sengaja membuat jalan di kawasan itu sedangkan banyak tanah kosong lain yang tidak melibatkan bangunan dan ianya lebih lurus boleh diambil.

"Jelas mereka sebenarnya busuk hati dan berdendam dengan kita, mereka sakit hati melihat surau dan Pasti ini diimarahkan oleh penduduk setempat.

"Kita akan menentang projek ini dengan pelbagai cara dan saluran," jelas Yusof yang juga Penyelia Dun Bukit Baru.

Read more ...

Polis diminta siasat cybertrooper Umno


GEORGETOWN, 3 Sept : Tindakan cybertrooper Umno mengubah suai gambar yang menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyembelih lembu korban bukan sahaja dianggap biadab keterlaluan malah sengaja dirancang dengan motif untuk mencetus sentimen kaum dan agama selain mencemar kesucian bulan Ramadan Al Mubarak.

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bermoral itu, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Faruk Abdul Rahman berkata Umno-Baridsan Nasional sudah ketandusan idea politik dan cuba memalingkan perhatian rakyat daripada kelemahan mereka.

Malah tindakan Umno-BN terus giat melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah dengan tujuan memburukan imej PAS dan Pakatan Rakyat dalam bulan Ramadhan walaupun umat Islam di ajak untuk membuat amalan dan kebaikan pada bulan ini yang mulia ini.

“Kita lihat kebelakangan ini, mereka (Umno-BN) cuba membawa pelbagai isu dalam usaha memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan tujuan menyemai perasaan benci rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

“Walaupun pelbagai cubaan dilakukan untuk menjatuhkan maruah kepimpinan kerajaan negeri namun saya percaya rakyat mampu menilai siapa di pihak yang benar dan saya yakin rakyat masih teguh bersama kami,” kata Mohd Faruk setelah mengiringi Ketua Pemuda Sosialis DAP Negeri, Wei Eik membuat laporan polis petang semalam di Balai Polis Jalan Pattani terhadap tindakan cybertrooper Umno tersebut.

Beliau percaya perbuatan menyebarkan fitnah dan memburuk-burukan kerajaan negeri oleh Umno-BN tidak akan terhenti di sini dan pihaknya bersedia menghadapi sebarang usaha jahat parti itu di masa depan.

Cybertrooper Umno yang mengunakan nama samaran “PAS Beruk” menyebarkan gambar bertindih yang telah diubahsuai kononnya Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan komen “Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?”

Sementara itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP Negeri, Ng Wei Eik berkata pihak polis harus menyiasat secara terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang sengaja menaikkan api kemarahan masyarakat Islam dan menimbulkan ketegangan agama.

Wei Eik berkata, Ketua Menteri sememangnya seorang yang prihatin dan mesra dengan semua lapisan kaum malah pada bulan Ramadhan ini, jadualnya begitu padat dengan pelbagai majlis berbuka puasa.

Namun begitu, beliau berkata, Guan Eng masih lagi tahu batas serta perkara yang dibenarkan dan perkara yang ditegah dalam majlis keagamaan.

“Tuduhan dan tohmahan yang dilakukan mereka semuanya tidak berasas. Mereka nampaknya beriya-iya mahu memburukkan kepimpinan kerajaan negeri. Selepas isu kononnya kerajaan tidak mengizinkan peniaga beroperasi di aras tiga Komtar, kini mereka bawa pula isu nama Ketua Menteri dalam doa khutbah solat Jumaat dan terkini mereka sengaja membuat gambar yang mahu menaikan kemarahan orang Melayu terhadap beliau.

“Mereka sudah semakin melampau kerana dengan sewenang-wenangnya memainkan isu yang sangat sensitif ini. Ini berbahaya kerana ia boleh memecah belahkan kaum serta keamanan yang lama dikecapi negara,” kata beliau.

Read more ...

Umno tunjuk pandai tapi jahil ilmu Islam

BESUT, 3 Sept: Meski pun Barisan Nasional (BN), khususnya Umno begitu beriya-iya menjatuhkan imej dan kredibiliti PAS menerusi manipulasi isu-isu berkaitan agama dan sentimen Melayu kebelakangan ini, kegelojohannya berbuat demikian sebaliknya lebih mendedahkan kejahilan parti itu terhadap ilmu Islam sebenarnya.

Di masa sama, kebijaksanaan dan keikhlasan PAS menerangkan kedudukan sesuatu isu berlandaskan ilmu Islam yang sebenar akhirnya berjaya menambat hati rakyat negara ini menjadikan parti itu sebagai alternatif kepada Umno/BN.

“Rakyat seluruh negara menunggu dengan penuh harapan agar PAS menerajui dan mendidik mereka dengan ilmu Islam, yang sentiasa membawa sinar kebenaran yang tak boleh dipertikaikan,” tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau menyatakan demikian di dalam ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, dekat sini malam tadi.

Turut berucap di majlis ceramah itu ialah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Menurutnya, para pemimpin PAS telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan yang amat mengagumkan masyarakat, terutama kalangan bukan Islam, dalam menangani beberapa isu berkaitan Islam dan Melayu kebelakangan ini.

“Kita tidak mudah melatah, bukan macam para pemimpin Umno yang bagaikan hilang akal, dibantu surat-suratkhabar yang dikuasai mereka memainkan isu-isu agama secara ekstrem dan mengapikan isu perkauman yang sempit secara tidak bertanggungjawab,” katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian merujuk manipulasi yang terlampau oleh para pemimpin Umno dan media kroninya dalam isu-isu terkini berkaitan agama.

Paling baru ialah isu seorang khatib mendoakan kesejahteraan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu dua wakil rakyat bukan Islam memasuki surau dan masjid di Selangor.

Beliau mempersoalkan apa rasionalnya Umno terlalu memainkan isu berkenaan, sedangkan ia bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Beliau membawakan contoh dan bukti bahawa perkara sama telah dilakukan oleh para pemimpin bukan Islam dari komponen BN sendiri.

“Sebaik saja berita ini tersiar, pagi-pagi esoknya seorang bekas wakil rakyat BN di Johor telefon saya. Dia kata, ‘YB, this is too much (ini sudah melampau). Saya dulu pun masuk masjid, buat ucapan dalam masjid di kawasan saya. Umno tak kisah pun,” Salahuddin menceritakan luahan kecewa bekas wakil rakyat BN itu.

Beliau merujuk isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki Surau al-Huda di Kajang, yang dijadikan bahan utama media arus perdana baru-baru ini. Isu itu dimanipulasi sepenuhnya oleh para pemimpin BN dan media kroninya, bukan sahaja di atas dakwaan penghinaan terhadap Islam, malah turut dijadikan bahan menyerang pendirian PAS berhubung isu agama.

Salehuddin turut menyebut pendedahan media siber mengenai tindakan seorang wakil rakyat bukan Islam di Parlimen Pontian yang juga memasuki masjid beberapa hari selepas itu.

“Adun Pulai Sebatang, seorang pemimpin MCA, masuk ke masjid rasmikan program tadarus dan khatam al-Quran. Kenapa Umno tak kecoh?” soalnya.

Beliau turut menarik perhatian hadirin kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mac lalu yang menetapkan bahawa orang bukan Islam dibolehkan memasuki masjid dan surau, termasuk ruang solat.

“Sebab itu rakyat yang rasional jadi keliru (dengan reaksi terlampau para pemimpin Umno). Rakyat tertanya-tanya kenapa Umno seolah-olah orang hilang akal dalam isu ini, kenapa tak rujuk Majlis Fatwa?” soalnya lagi.

Baginya, tabiat buruk Umno itu menyebabkan parti itu semakin ditolak rakyat. PAS pula beliau yakin sedang bergerak dengan serius untuk mengambil tempat Umno dalam memperjuangkan nasib rakyat, terutama bangsa Melayu dan agama Islam.

Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang dan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Read more ...

DAP mahu nama Tengku, Najib mahu nama KL



KUALA LUMPUR, 3 Sept. : DAP mahu kerajaan persekutuan menamakan Terminal Penerbangan Tambang Murah yang baru dinamakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Tunku Abdul Rahman (TARIA).

Naib pengerusi DAP, M Kulasegaran berkata tindakan itu sebagai menghargai sumbangan perdana menteri pertama.

“Ini bagi menentukan nama Tunku kekal sebagai lagenda bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat antarabangsa.

“Meskipun sambutan kemerdekaan kekal di minda setiap rakyat Malaysia, kenangan pengorbanan Tunku dilihat semakin pudar terutama di kalangan pemimpin politik BN,” katanya.

Sehubungan itu, Kulasegaran berkata DAP menolak nama terminal baru itu - KLIA2 seperti cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

“Bekas perdana menteri (Tun Dr) Mahathir Mohammad memilih untuk menamakan lapangan terbang utama negara KLIA dengan tujuan memperkenalkan Kuala Lumpur ...daripada memberi penghormatan kepada Tunku,” kata Kulasegaran.

Menurut Kulasegaran lagi, Najib mengikuti jejak Mahthir dengan tidak mengiktiraf peranan dan pengorbanan Tunku.

Semasa upacara pecah tanah pada 30 Ogos lalu, Najib dilaporkan berkata terminal baru yang dijadualkan siap pada 2012 itu akan dinamakan KLIA2.

Namun kata Kulasegaran, DAP berharap legasi Tunku sekali lagi tidak diketepikan.

“Saya banyak menerima maklum balas daripada orang ramai mempersoalkan mengapa kerajaan memilih nama yang begitu membosan dan tidak menarik untuk lapangan terbang itu.

“Saya juga hairan mengapa kerajaan tidak meminta cadangan daripada rakyat bagi memberi nama lapangan terbang itu,” katanya.

Lagipun, menurut Kulasegaran, Najib bersusah-payah pada Jun lalu meminta bantuan orang ramai untuk mencadangkan nama untuk kucingnya.

“Jika Najib boleh mendapatkan cadangan orang ramai untuk nama kucingnya, mengapa beliau tidak boleh berbuat demikian untuk isu nasional seperti menamakan terminal baru itu?” soal Kulasegaran.

Menerusi blognya, Najib mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya pada 17 Jun lalu.

"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my.

Read more ...

Pemimpin Umno, Doktor gigi dapat tanah Felda


SHAH ALAM, 3 Sept
. : Doktor gigi adalah antara individu yang menjadi peneroka Felda.

Itu antara pendedahan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah dalam satu temu bual dengan Malaysiakini tanpa merujuk kepada mana-mana individu politik.

Faekah merujuk kepada isu pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Beliau yang membuat siasatan, terkejut apabila mendapati ada antara pemilik tanah adalah pemimpin Umno di Selangor.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," kata Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Faekah juga meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak sewenang-wenang melempar kritikan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia hanya memakan diri .

Apatah lagi, Faekah mendapati banyak masalah di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada kelemahan pentadbiran Khir Toyo.

Dalam temu bual itu, Faekah mengakui Khalid Ibrahim berang kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang memberikannya bayaran bonus hingga menjadi ungkitan pimpinan Umno.

Selepas siasatan dibuat, kata Feakah, pemberian bonus itu sebenarnya adalah amalan biasa sepanjang penguasaan kerajaan Umno Barisan Nasionaltermasuk ketika Khir Toyo masih berkuasa.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," ujar beliau lagi.

Read more ...

Pengerusi MAIS , Pengarah JAIS didesak letak jawatan


SHAH ALAM , 4 Sept. : Dewan Pemuda PAS Selangor, semalam menyerahkan memorandum menuntut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi meletakkan jawatan.

Timbalan Ketuanya, Zaidy Abdul Talib berkata, tuntutan dibuat selepas pihaknya kecewa kerana Mohamad Adzib dan Mohammed Khusrin gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa berdepan isu kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang, baru-baru ini.


“Kedua-dua mereka gagal menasihati dan memberikan penerangan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hukum Islam yang sebenar terutama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan golongan bukan Islam masuk ke dalam surau dan masjid.

“Akibatnya, Sultan Selangor seolah-olah telah terlibat dan berpihak dalam politik kepartian dan tindakan mereka menjejaskan nama baik Tuanku dan istana,” katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin di Pejabat Menteri Besar.SH

Read more ...