Panas! Blogger UMNO Togak arak di waktu maghrib

PERMATANG PAUH 27 MAC : Dengan menggunakan Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik sebagai contoh, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini melalui zaman pemerintahan songsang.
Anwar berkata mereka yang terbelit dengan tuduhan rogol dan salah guna wang diangkat oleh kerajaan dan media arus perdana, manakala pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan.
" Yang pertahankan soal moral, orang yang pernah ditanya soal rogol, orang yang pernah hidup dalam skandal video seks, dia cakap soal moral. Jatuhkan orang lain. Orang yang bercakap soal negara bersih, orang yang mengambil dana yang begitu besar, membinasakan orang yang hendak mentadbir dengan baik. Tanya Lim Guan Eng, berapa hari dia boleh hidup aman tanpa diganggu untuk menjalankan urustadbir?,"kata Anwar.
Berucap pada majlis ceramah di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Anwar sekali lagi menunjukkan ketegasan berdepan dengan pusingan fitnah terbaru dalam bentuk video seks yang didalangi oleh Rahim yang kini Pengerusi Risda.
Rahim terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 setelah terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar bawah umur selain didakwa
mengamalkan rasuah.
Beliau diangkat menjadi Pengerusi Risda tahun 2008 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang sendiri berdepan dengan skandal pembunuhan Altantuya Sharibuu dan komisyen lumayan pembelian peralatan ketenteraan semasa menjadi Menteri Pertahanan.
Rahim, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim dilaporkan berjumpa dengan Najib di Bangunan Parlimen Selasa lalu selepas identiti mereka dibongkar oleh Parti Keadilan Rakyat.
Anwar mengajak rakyat supaya mengimbas penyelewengan besar-besaran yang berlaku di negara ini membabitkan pemimpin utama negara.
" Orang yang terlibat dalam bunuh Altantuya tak berdosakah? Orang yang ambil RM500 juta beli dua kapal selam tidak berdosakah? Orang yang terlibat dalam skandal di Port Dickson tak berdosakah?," soal Anwar.
Anwar berkata dalam usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat, umno sanggup menggunakan taktik yang keji dan tanpa peri kemanusiaan dalam mencari kelebihan
politik semata-mata.
" Saudara-saudara, saya pun ada keluarga. Kenapa harus diaibkan terus menerus? Bukan setahun tetapi berbelas tahun dirancang begini rupa? Hendak tanam sekurang-kurangnya ada persoalan sedikit, Kerana apa? Kerana Anwar beri tazkirah, kerana Anwar baca ayat Al-Quran.
"Hendak tanam sikit Anwar ini tidak boleh dipercayai. Jangan percaya kepada Anwar, percaya kepada Najib dan Rosmah. Jangan percaya kepada Lim Guan Eng, percayalah kepada Rahim Thamby Chik,"kata Anwar sambil disambut sorakan hadirin yang mendengar ceramahnya.
Beliau berkata program pembaharuan Buku Jingga yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat menjadi punca utama Umno melancarkan asakan fitnah secara bertubi-tubi
untuk melemahkan gagasan itu.
Buku Jingga itu menyenaraikan dasar dan program untuk merombak struktur politik, ekonomi dan sosial negara ini jika Pakatan diberi mandat menubuhkan Kerajaan
Persekutuan.
Anwar berkata fitnah video seks lucah adalah serangan terbaru untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada dasar-dasar tuntas yang disenaraikan dalam Buku Jingga.
" Dia takut orang baca dan dia takut orang membuat penilaian sebab dia mesti cipta masalah-masalah supaya padamkan isu yang kita hendak ketengahkan. Saya kata, jangan lupa. Program Pakatan Rakyat, Buku Jingga,"jelas Anwar.
SHAH ALAM 28 MAC : Langkah kerajaan meninjau negeri Johor dan menyeru rakyat negeri itu kembali mempercayai kepimpinan kerajaan dilihat seolah- olah kerajaan gentar akan tentangan yang diberikan Pakatan Rakyat, walhal umum sedia maklum negeri itu adalah kubu kuat Barisan Nasional.
Pengarah Pilihanraya PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti bermimpi disiang hari selain ia jelas mengambarkan Gagasan Barisan Nasional gentar dengan pencapaian dan penerimaan kepimpinan Pakatan Rakyat dimata rakyat hari ini.
"Semua tahu, di Johor Barisan Nasional telah diancam oleh Pakatan Rakyat dengan organisasi kepimpinan yang lebih teratur selain lebih ramai yang mendaftar menjadi ahli Pakatan Rakyat, ditambah pula dengan langkah awal Pakatan Rakyat dengan membuat penstrukturan semula," kata Jui Meng.
Terbaru, Najib dilaporkan menerusi Berita Harian meninjau negeri Johor sebagai langkah menzahirkan hasrat parti itu mahu menguasai sepenuhnya negeri tersebut.
Tsunami politik menerusi PRU-12 menyaksikan kubu kuat UMNO-BN dipecahkan apabila tiga kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat DAP dan PAS iaitu DUN Sungai Abong, Bentayan dan Maharani serta Parlimen Bakri di daerah Muar.
Rekod terdahulu menyasikan BN pernah menguasai sepenuhnya kerusi DUN dan Parlimen di Johor pada PRU 1995 dan 1999 sebelum mula dibocori oleh PAS menerusi kemenangan tanpa bertanding di DUN Senggarang pada PRU 2004.
Mengulas rekod ini, Chua berkata rakyat sudah berubah seiring dengan kehendak politik Malaysia yang menuntut kebebasan dalam berdemokrasi seperti mana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Chua yang juga merupakan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Johor berkata, menyedari hakikat ini Perdana Menteri tidak senang duduk, mengenangkan nasib yang UMNO-BN akan tempuh menjelang PRU-13 sehingga terpaksa turun padang menyakinkan rakyat.
"Dan hal ini membuatkan beliau (Najib Razak) tahu perkara ini tidak semudah Pilihanraya Umum (PRU) 12, dan untuk PRU-13 kita telah pun bersedia, tunggu sahaja tarikh dan kita akan buktikan kepada Najib khususnya UMNO-BN bahawa kita sangat berkaliber untuk mendepani PRU-13," katanya.
Selain itu, Najib juga dilaporkan memberi kenyataan negeri Johor akan terus menjadi sebuah negeri maju dengan kembali kepada BN bukannya mempercayai kepimpinan Pembangkang (Pakatan Rakyat).
"Saya rasa kalau Johor terus mempercayai kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi 'Buku Jingga' kita akan merealisasikan sebuah kerajaan di Johor yang lebih telus tanpa rasuah selain penjimatan wang daripada pembanterasan rasuah, dengan itu kita mampu membangunkan Johor lebih baik daripada UMNO-BN yang sedia maklum terpalit dengan pelbagai scandal rasuah dan ketidaktelusan"
Dengan memberi gambaran kebangkitan rakyat di negara timur tengah, Chua menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat sentiasa menjanjikan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam demokrasi.
"Kita juga jamin kebebasan kepada rakyat, kita lihat apa yang berlaku di Timur tengah, rakyat bangkit oleh kerana mereka sudah bosan dengan pemerintahan lama dengan menolak domekrasi korup seperti mana yang diamalkan oleh UMNO- BN," katanya.
Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah |
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar. Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi. "Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya. Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu. Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya. Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit. Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana. Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu. Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku. Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media. Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja. Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks. Baca laporannya Harakahdaily |
Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).
Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.
Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.
Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!"
Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu./sumber:
*Chan Wei See ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.