Sunday, March 11, 2012

CAKAP KAT NAJIB!!! Maaf OK, Undi NO


Imam Baling Selipar (IBS) dekat hakim di mahkamah telah dijatuhi hukuman setahun penjara kerana menghina mahkamah. Sebelum dijatuhkan hukuman beliau telah mengaku bersalah, memohon maaf dan merayu agar tidak dihukum. Hakim tak peduli itu semua... bagi hakim kesalahannya adalah berat maka IBS dihukum penjara selama setahun.


50 tahun UMNO/BN perintah Kedah mereka songlap duit rakyat, rasuah, menyeleweng, menindas rakyat, rampas tanah, tekan pihak yang tak sehaluan politik, perkuda KCS, adu domba rakyat, pecah belah masyarakat, bunuh orang Islam di Memali dan macam-macam lagilah. Bak kata orang tua-tua 'jahat bukan sekagha (seperkara)'.


Tiba-tiba dengan muka tak malu Najib Razak turun ke Kedah baru-baru ini memohon maaf di atas segala kejahatan dan kezaliman yang telah mereka lakukan itu. Amboi makk senangnya hang nak minta maaf.. Takpalah rakyat Kedah ni orang baik, mungkin mudah saja mereka memberikan kemaafan kepada BN yang telah melakukan pelbagai kezaliman tetapi jangan haraplah majoriti rakyat Kedah akan memberi undi kepada BN dalam PRU13.


Beri undi pada BN kembali berkuasa bermakna membiarkan kembali mereka zalim serta mengaut khazanah kekayaan Kedah untuk kepentingan diri dan kroni. Maka berdosalah hukumnya mengundi parti yang jahat macam BN itu...Kedah La

Read more ...

PENEROKA HIDUP TERBIAR!!! ANAK akan saman 3 bekas MB UMNO

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/05/logo-anak.jpgMac 10, 2012 - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

"Mereka (peneroka Felda) kini kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu.

Selain itu, Mazlan mendakwa, mereka juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat durian runtuh.

Bagaimanapun, setelah projek dibuat, dakwa Mazlan, duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

"Jadi apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, ANAK turut akan memfailkan injunksi terhadap Felda Plantation bagi menghalang 360,000 hektar tanah milik peneroka diserahkan kepada Felda Global Venture Holding (FGVH).

Menurut Mazlan, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat. Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mempertikaikan projek 'Ceria ke sekolah'- satu projek yang memberi barangan keperluan ke sekolah kepada seramai 15,000 murid tahun satu anak peneroka Felda.

Mazlan berkata, keseluruhan projek itu bernilai RM2.775 juta kerana setiap seorang murid akan diberi pakej bernilai RM185, merangkumi baju sekolah, kasut dan beg sekolah.

Beliau bertanya kenapa projek tersebut diberi secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

"Saya juga ingin mempersoalkan, bagaimana pemilihan 15,000 murid itu dibuat? Kerana hasil kajian kami, banyak Felda yang masih tidak mengagihkan pakej keperluan ini.

"Jadi saya minta penjelasan daripada Isa Samad selaku pengerusi Felda," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/191689

Read more ...

NAK TIPU RAKYAT!!! Shahrizat tidak letak jawatan Menteri tapi tamat tempoh Senator, tak jadi Senator macam mana nak jadi Menteri

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2011/12/shahrizat-abdul-jalil.jpg

Sharizat Letak Jawatan hanyalah mainan Media tunggangan UMNO untuk mengelabui pemikiran rakyat kerana hakikatnya Sharizat tidak meletakkan jawatan mahupun berundur, ini kerana selepas 8hb, tempoh Sharizat sebagai Senator telah luput.

Perletakan jawatan ini hanyalah satu agenda untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya.

Itu menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ucapannya di Majlis Hi Tea di Yayasan Aman, Penanti petang tadi.

Pengunduran Sharizat dari kabinet (yang betul tak dilantik semula oleh Najib) bukanlah satu penyelesaian terhadap isu penyalahgunaan dana NFC yang bernilai RM250Juta oleh Suami dan Anak-anak Sharizat tambah Rafizi.

“Pendedahan tentang NFC ini bukanlah satu serangan peribadi, Isu yang lebih besar disini ialah penyalahgunaan dana NFC yang bernilai RM250 Juta, rakyat perlu dijelaskan mengapa ianya dibelanjakan untuk perkara yang tidak sepatutnya”

“Mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dana ini sewajarnya dibawa kemuka pengadilan” tambah Rafizi.

Rafizi juga berkata “Ianya mengenai kesungguhan pentadbiran Najib dalam memerangi rasuah dalam Kerajaan”.

Bagaimanapun menurut Rafizi langkah Sharizat berundur (yang betul tak dilantik semula oleh Najib) satu tindakan yang tepat dan harus dipuji kerana lebih baik lewat dari tidak mahu berundur langsung.

Selain itu Shahrizat juga mengesahkan pendedahan yang dibuat PKR selama ini adalah benar dan berdasarkan fakta tepat.

Tambah Rafizi lagi “Pengumuman perletakan jawatan ini hanyalah satu agenda untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya itu”.

Dokumen tersebut boleh di lihat di SINI

Kebanyakkan media tidak menyiarkan "Penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya".. nak cover-up ke atau sudah dapat arahan untuk tutup cerita?

Untuk makluman.. aku ada dengan Rafizi masa dia memberikan kenyataan kepada media menerusi talipon petang tadi di Yayasan Aman, aku dengar ayat itu disebut tapi aku tak jumpa dalam kebanyakkan laporan media.

Berikut adalah apa yang kebanyakkan media siarkan..ASD

***********************************************

Rafizi sambut baik keputusan Shahrizat

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa beliau akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini kerana akhirnya memahami kehendak rakyat.

Beliau mendakwa keputusan Shahrizat juga mengesahkan pendedahan yang dibuat PKR selama ini adalah benar dan berdasarkan fakta tepat.

“Kini tumpuan rakyat adalah kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan satu siasatan telus dibuat bagi mengembalikan setiap satu sen dari wang rakyat yang diselewengkan

“Beliau (Najib) juga wajib buktikan beliau serius menentang rasuah dengan memastikan setiap individu yang bertanggungjawab dalam skandal ini dihadapkan ke muka keadilan,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Kira-kira jam 4 petang tadi, Shahrizat membuat pengumuman akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," katanya.

Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Shahrizat berkata beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat.

Sementara itu, beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Masalah berkenaan projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu.

Berikutan laporan itu, kepimpinan PKR dalam pendedahan bersiri sejak November lalu mendakwa wujud unsur salah guna dana yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada NFC.

Dalam pada itu, Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu.


Sinar Harian

Read more ...

MELAYU MANGSA TIPU UMNO!!! Belum sedar MCA sedang bodohkan UMNO

Oleh BOESTAMAM SARI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcVG-fYdss13kqGHmHM4GsNjgw1AT_Xwn3ti7v0_vG94FSdYsy9I_BaxLyE4jrCYSs_Ehq7lmjWCX1EXNLXtactzJWWheQnaKsbyDlRvVhzwFHbhoBJAW0ctG_DPvHtZXGfTqk3zy52GQ/s1600/Chua-Soi-Lek-MCA.jpgDi mana-mana pun sangkaan atau keyakinan seperti ini memang ada. Bunyi sangkaan dan keyakinan itu adalah, "Dalam BN, Umno kuat dan boleh kuasai MC A. Tetapi, adakah dalam gabungan Pakatan Rakyat yang masih rapuh itu, PAS boleh kuasai Dap?"

Selalunya, kata-kata ini lahir dari lidah orang-orang Umno itu sendiri. Namun, isunya di sini bukanlah persoalan benar atau pun tidak. Isu penting di sini - adakah kenyataan ini bertaraf sangkaan atau sebuah keyakinan yang cuba dijelmakan atas nama penyelidikan rambang.


Kalau benar MCA itu dikuasai Umno, maka pernahkah ahli-ahli Umno menyiasat dan membuat penyelidikan, kenapakah MCA masih diperbodohkan Umno jika benar Umno menunggang dan menguasai MCA itu?


Salah satu jawapan yang boleh menjelaskan kenapa MCA boleh dikuasai dan dipengaruhi Umno ialah - kuasa wang! Bagaimana Umno melakukannya ke atas MCA? Iaitu, melalui anugerah projek-projek dan dengan cara itulah MCA akan didiamkan.


Kedudukan ini amat merbahaya kepada Umno dan Melayu sendiri. Ini kerana, negara sedang menuju ke wilayah kemiskinan. Kedudukan perjanjian Umno dan MCA yang semangatnya berteraskan wang, projek dan kuasa ini menyebabkan MCA akan kembali menguasai dan menunggang Umno ketika parti itu semakin lemah lantaran ketiadaan wang lagi. Wang, bagi Umno adalah kekuatan paling tinggi!


Jadi perkara inilah yang paling kerap didengungkan dari telinga ke telinga masyarakat. Polemik 'siapa menunggang siapa' dalam BN atau Pakatan Rakyat adalah antara ramuan fikiran orang-ramai yang tidak kunjung berkesudahan menjadi bahan fikiran mereka.


Perkara ini penting bagi sesetengah orang Melayu sebab mereka mahu menyelamatkan survival Melayu. Jika Umno di dalam BN itu yang dianggap boleh menyelamat kepentingan Melayu, maka seburuk mana pun Umno dalam BN itu, parti itulah juga yang akan diundi Melayu lantaran parti korup itu diyakini dapat menyelamatkan kepentingan Melayu.


Soal sama ada benar atau tidak Umno dapat menyelamatkan kepentingan Melayu itu menjadi menjadi tidak penting lagi. Yang penting adalah kefahaman yang kerap berlegar dalam fikiran Melayu bahawa Umno itulah pembela Melayu di kala susah walaupun parti itu korup.


Jadi dengan mendedahkan keburukan Umno itu bukannya menjadi sebab lagi untuk menang. Yang perlu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ialah meyakini Melayu bahawa bangsa Melayu itu dibela terus-menerus di bawah kerajaan baru Pakatan Rakyat ini.


Maka, debat berterusan adalah cara terbaik untuk mencari arah hala tuju antara kedua-dua gabungan parti-parti besar ini. Debat, setidak-tidaknya boleh memudahkan rakyat membuat kesimpulan tentang persoalan ini, "Adakah Umno kuasai MCA atau sebaliknya? Adakah PAS kuasai Dap atau sebaliknya?"


Rakyat mahu tahu, adakah perkara di atas ini masih kekal sebagai suatu sangkaan atau kedudukan kenyataan itu masih lagi tegak berdiri sebagai sebuah tiang keyakinan yang teguh bagi sesetengah orang? Anwar Ibrahim misalnya sudah terlalu bersedia untuk berdebat, tetapi lawan Najib Razak nampaknya masih ragu-ragu, takut dan malu-malu untuk berdepan dengan debat itu.


Syahadan, baru-baru ini, pecahlah jawapan sebenar daripada lidah pemimpin nombor wahid MCA; Chua Soi Lek dalam debatnya bersama Lim Guan Eng.


Chua dengan tegasnya menyatakan: "Kita orang Cina, berani menentang-menentang dan melawan Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?"


Nampaknya, dalam pusingan ini pun, Umno sudah tewas kerana Chua sudah berani dan jelas menyatakan buah fikirannya yang menentang Hudud, dalam keadaan Umno gugup berdepan dengan pandangan itu. Maka, diketahuilah akan sekalian rakyat jelata bahawa sekalian Umno itu penakut rupa-rupanya.


Maka, terhadap kenyataan itu, Lim pun berkata: "Kita orang Dap, tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita..."


Lim tidak berkata bahawa beliau mewakili Cina walaupun memang ramai Cina dalam Dap. Tetapi, Lim berkata Dap tidak boleh halang kepercayaan orang Islam dan beliau turut mewakili suara hati PAS dengan berkata, bahawa PAS ini tidak menyekat agama lain juga.


Jadi, sudah jelas dalam pusingan awal ini, Umno memang dikuasai MCA dalam BN. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, semangat musyawarah itu hadir. Tiada sesiapa pun yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Rakyat ini, manakala debat-debat berlangsung dengan berterusan secara sihat.

Read more ...