Saturday, April 4, 2015

PEMILIHAN PAS : PAS KAWASAN MULA GUNA KAEDAH PENGUNDIAN SULIT BAGI PENCALONAN PRESIDEN , TIMBALAN DAN NAIB PRESIDEN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEso9-Lgq1IystkyXuJbiFRXjzyXZusS7H4mc9rb5yaLuFcLJwXfY3djraaiw_gPTRvzBd-nkcZYVrCSiqkb1qsezSEGeBkEzRbbKcfhVbm6Z0C2T-N0qZWkAg41b4d2JjjNItJzjhInM/s400/SANY0607.JPG 

Salah satu agenda yang menjadi tumpuan semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan yang sedang berlangsung ialah memilih Jawatankuasa PAS Pusat yang melibatkan jawatan Presiden , Timbalan Presiden, Naib Presiden , Ahli Jawatankuasa , Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap serta Pemeriksa Kira-Kira.

Walaupun banyak PAS Kawasan menamakan agenda ini memilih tetapi adalah lebih tepat dinamakan mencalonkan kerana nama-nama yang terpilih akan dicalonkan oleh PAS Kawasan untuk jawatan-jawatan dalam PAS Pusat.

Sebelum ini , perwakilan mesyuarat agung menyerahkan pelaksanaan agenda ini oleh Jawatankuasa PAS Kawasan yang dipilih pada mesyuarat agung berkenaan. Namun, bermula bagi pemilihan sesi 2013 - 2015 ada beberapa PAS Kawasan menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih.

Pada pemilihan sesi 2015 - 2017 sudah ada PAS Kawasan menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih, bagaimanapun pemilihan secara angkat tangan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan perwakilan.

Antara yang menjadi pertikaian kepada perwakilan :

1. Perwakilan pulang awal kerana tidak mengetahui bahawa akan berlangsung pemilihan untuk jawatan PAS Pusat kerana beranggapan agenda ini akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Kawasan. Kesempatan diambil oleh perwakilan berkepentingan mencadangkan agenda ini diserahkan kepada perwakilan.

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PENCALONAN TERKINI PRESIDEN PAS

 
Pencalonan Presiden

1. Kota Bharu- TITM
2. Kota Tinggi- Husam
3. Segamat- Husam
4. Batu Sapi- Husam
5. Teluk Kemang- Husam
6. Parit Sulong- Ust Ahmad Awang

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PERKEMBANGAN TERKINI PENCALONAN PAS KAWASAN, BLOG PASPB BUAT POLL BARU UNTUK JAWATAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

Blog ini telah mengadakan undian untuk calon Presiden dan Timbalan Presiden PAS bagi pengunjung blog pada 15 Mac lalu.

Memandang banyak komen dari pengunjung blog yang mahu Dato' Husam Musa dimasukkan sebagai calon jawatan Presiden PAS dan memandangkan perkembangan terkini dari pencalonan PAS Kawasan- Kawasan. Maka , kami akan membuat poll baru bagi pengundian jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Pengunjung boleh membuat undian , namun keputusan bagi undian ini hanya mengambarkan corak undian pengunjung blog bukan mengambarkan keputusan perwakilan yang bakal pengundi

Terima Kasih

Read more ...

PEMILIHAN PAS : HUSAM MUSA TERUS DAPAT PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN PAS

Husam MusaSEGAMAT – Pas Kawasan Segamat sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden semasa Mesyuarat Agung Kawasan Pas Segamat Kali Ke-32 di Hotel Golden Lake, di sini, hari ini.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, selain Husam, sebanyak tiga nama telah dicalonkan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.


“Datuk Husam mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 44 undi diikuti oleh Datuk Seri Abdul Hadi (36 undi) dan Datuk Dr Mujahid Yusof (satu undi). 


Seramai 83 ahli Pas Kawasan Segamat telah mengundi dan terdapat dua undi rosak.

“Kita melihat pencalonan ini dibuat dari peringkat akar umbi dan berharap Datuk Husam menerima dengan terbuka pencalonan ini kerana kami memang menyokong penuh beliau bertanding jawatan Presiden,” katanya.


Menurutnya, pencalonan ini juga dilihat sebagai isyarat kepada pemimpin di peringkat pusat bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat pembaharuan pada Pas dan percaya Husam boleh melakukannya.

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PAS BESUT SEBULAT SUARA CALON TG DS HAJI ABDUL HADI SEBAGAI PRESIDEN

 

Pas Kawasan Besut yang mengadakan Mesyuarat Agung hari ini 4/04/2015 telah sebulat suara mencalonkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Presiden dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden. 

Sebelum itu perwakilan telah mencadangkan supaya pencalonan jawatan Presiden,Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden dipilih oleh perwakilan sementara pencalonan AJK Pas Pusat diserah kepada AJK Pas Kawasan yang baru dipilih. 

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PAS PULAI MAHU JAWATAN UTAMA TIDAK DIPERTANDINGKAN

 
Malam tadi PAS Kawasan Pulai, Johor telah selesai mengadakan mesy Agong kali yg ke-25 dirasmikan oleh ADUN Sg Abong Dr Sheikh Ibrahim bin Sheikh Salleh. Tema PAS Pulai adalah PAS Pulai Padu (3P). Semua jawatan dalam PAS Pulai tiada pertandingan.

 PAS Pulai pula telah menerima sebulat suara usul daripada PAS Caw Denai yang mahukan semua Jawatan utama dalam PAS Pusat iaitu Presiden, Tim Presiden dan Naib-naib Presiden tidak dipertandingkan dalam muktamar kali ini. 

Read more ...