Saturday, December 11, 2010

Tilam untuk mangsa banjir pun puak Umno kebas

Read more ...

Orang Melayu kena tahu Umno pengkhianat Melayu No.1

Cantas Talian Hayat UMNO di Luar Bandar


















ALOR SETAR : Semua orang, semua kaum, dan semua agama menerima perbuatan khianat dan mungkir janji sebagai tidak bermoral. Fakta sahih (bukan fitnah) yang ada di depan mata kita ialah UMNO memiliki kedua-dua perangai tidak bermoral itu.

Pertama, Muhamad Farid Saad, ADUN UMNO untuk Pulau Betong, Pulau Pinang telah mengaku UMNOlah yang menyebabkan tanah milik Melayu di negeri itu terlepas ke tangan orang lain. Dia mahu menyaman Harakah kerana mendedahkan perkara ini tetapi menarik balik cadangan itu. Pastilah hajat itu dibatalkannya kerana ada kebenaran dalam pernyataan tersebut. Kalau lawan di mahkamah pun akan kalah. Oleh sebab itu, sahihlah UMNO mengkhianati orang Melayu.

Kedua, pada awal bulan November yang lalu, seorang menteri UMNO telah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar bahawa harga petrol RON 95 tidak akan dinaikkan sehingga akhir tahun ini. Malangnya, UMNO menunjukkan kepada rakyat sikap lidah bercabang mereka dengan menaikkan harga petrol jenis itu sebanyak 5 sen hingga menjadikannya RM1.90 sebelum tahun 2010 berakhir.

UMNO sememangnya pengkhianat bangsa dan tidak berpegang kepada janji. Dua fakta yang benar ini menjadikan mereka sebagai sebuah parti yang bukan sahaja tidak bermoral malahan juga tidak bermaruah. Parti busuk seperti ini perlu dibanteras secara habis-habisan sebelum menjadi bertambah-tambah onarnya.

Tidak bolehkah kedua-dua bukti nyata ini digunakan oleh PAS untuk mencantas talian hayat UMNO di luar bandar? Adakah orang Melayu luar bandar akan menolak kebenaran ini?

Maklumat ini akan memberi kesan yang negatif kepada UMNO. Melayu luar bandar bukan manusia primitif. Mereka boleh berfikir secara rasional jika kena gayanya. Gaya yang betul itulah perlu digunakan untuk mencantas talian hayat UMNO- Drs. Harun Jaafar

Read more ...

Perbelanjaan pertahanan melonjak tinggi bermula Najib jadi Menteri Pertahanan

'Pekung dalam industri pertahanan'

azlan

















KUALA LUMPUR, 12 Dis. :
Perbelanjaan pertahanan melonjak selepas Perdana Menteri Najib Razak - yang dianggap sebagai 'kuasa penggerak' di sebalik program permodenan ketenteraan Malaysia melalui 'Fokus dalam Polisi Luar Negara' - menjadi menteri pertahanan pada 2000 - penggal keduanya menerajui kementerian berkenaan.


Senarai perbelanjaannya termasuk pembelian kereta kebal tempur dari Poland, peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Russia dan Britain dan jambatan bergerak tentera, peluru berpandu anti-kereta kebal dari Pakistan, jet pejuang F / A 18, kapal selam dari Perancis serta pesawat pejuang Sukhoi Su-30 Russia.

Kerajaan BN memang jauh dari ketelusan dalam pembelian senjata tersebut. Daripada mengeluarkan tawaran yang kompetitif untuk kontrak pembeliannya, kerajaan sebaliknya, melakukannya melalui perundingan swasta kerana pertimbangan keselamatan.

Kontrak sering diberikan kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan pemimpin politik. Pegawai yang meluluskannya, atas alasan yang jelas, meluluskan projek yang dipohon oleh saudara mara atau rakan-rakan pemimpin politik.

Sesekali, perkara itu didedahkan oleh kakitangan awam dan anggota tentera yang bersara. Sebagai contoh, pada 8 Ogos 1996, sehari sebelum persaraan pilihannya, Panglima TUDM, Lt-Jen Abdul Ghani Aziz menegur bekas pengawai tentera yang menjadi pembekal peralatan pertahanan, kerana menjual peralatan yang tidak sesuai dan usang, dan dengan demikian membahayakan keselamatan bekas rakan-rakan mereka.

Kisah tentang bagaimana DCNS International dari Perancis dan syarikat pembuat kapal dari Sepanyol, berjaya mendapat kontrak membina dua kapal selam kelas Scorpene untuk Tentera Laut Malaysia adalah contoh tidak ketelusan dalam pemberian kontrak pertahanan dan kepentingan kaitan politik dalam mendapatkan kontrak berkenaan.malaysiakini

Read more ...

Kesian Khir Toyo dah kena

Skandal Timbalan Menteri dengan Pegawai Khas PM ?





















" HAHHAHAHAHAH. Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.


4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?

Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.

Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?

Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, Janda anak 5.

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Noriah mesti keluar menyatakan adakah ia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan dalam blog ini.

Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.

by Pendekar Mustar

Read more ...

Anwar kena perangkap

Kes Fitnah 2: Anwar Diperangkap, Dedah Wikileaks


























KUALA LUMPUR, 12 Dis. : Akhbar Australia Sun-Herald melaporkan pendedahan Wikileaks bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diperangkap oleh musuh politiknya bagi menghadapi kes fitnah ke 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini.

Laporan eksklusif itu membabitkan pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuan itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar,” tulis laporan itu lagi.

Sebelum ini Laman web WikiLeaks mencetuskan kontroversi apabila bertindak menyiarkan kira-kira 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat.

Antara butiran pendedahan itu ialah mengenai pandangan dan ulasan yang mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan.

Turut didedahkan ialah berkaitan Malayisa dimana kira-kira 1,000 kabel termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang “amat dikesali” ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington.

Diplomat Amerika Syarikat di Kuala Lumpur juga melahirkan sentimen yang sama kepada Wisma Putra meskipun mereka memandang berat tuduhan liwat kedua yang dikenakan ke atas Anwar.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa “Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten.

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Di Parlimen minggu lalu, Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan, Senator Nick Xenophon hadir untuk memberi sokongan kepada Anwar untuk memantau perbicaraan itu.

Anwar, ketika memperkenalkan tetamunya itu berkata, kehadiran Xenophon ke Kuala Lumpur adalah untuk memerhati perbicaraan kes fitnahnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat.

“... oleh kerana perbicaraan itu telah ditangguhkan ekoran permohonan kita untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya, beliau memutuskan untuk berada di Parlimen bagi memerhatikan prosiding dan perbincangan,” katanya.

Xenophon yang juga seorang peguam berkata, tuduhan terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu harus dikendalikan secara adil kerana perjalanan kes itu turut diperhati masyarakat dunia.

Beliau adalah antara 50 Ahli Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu kononnya bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.

Read more ...

Himpunan pemuda PAS hadapi PRU 13

30,000 Pemuda Berkampung di Kedah Hadapi PRU-13











AMPANG, 12 Dis.: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda bagi mengumpulkan jentera pemuda berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 19 Februari tahun hadapan bertempat di negeri Kedah.

"Kita akan menyaksikan seluruh kekuatan pemuda dari seluruh negara berkumpul.

"Mereka akan mendengar amanat pimpinan utama PAS dan akan menerima watikah perlantikan untuk memenangkan PAS pada pilihan raya umum nanti," kata ketuanya, Nasrudin Hassan selepas mesyuarat bulanan dewan itu di pejabat PAS Gombak semalam.

Katanya, sementara sampai ke tarikh himpunan itu, satu road show ke seluruh negeri akan digerakkan bagi melihat gerak kerja pilihan raya di peringkat negeri dan kawasan.

"Tema road show ini adalah '2011 Masa Untuk Berubah' dengan membawa subtopik 'PAS Sedia Ganti Umno'," lapor Harakahdaily.

Ianya sebagai kesinambungan seminar 'PAS Ganti Umno' anjuran Lajnah Penerangan PAS yang di adakan di Shah Alam baru-baru ini.

Road Show itu juga jelasnya akan melibatkan penyertaan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pemuda DAP (DAPSY).

Sementara itu, beliau turut memaklumkan satu forum bertajuk 'Ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu?' akan dianjurkan dewan itu.

Ianya sebagai penjelasan kepada rakyat berhubung isu 'Ketuanan Melayu' yang sedang dimainkan pihak tertentu yang mahu membangkitkan sentimen perkauman.

Forum itu dijadualkan pada 26 Disember ini dengan menampilkan panel dari PAS, Umno dan tokoh agama.

"Kami DPPP mengambil langkah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat .

"53 tahun BN memerintah, Melayu tak jadi tuan pun, malah tanah rizab Melayu pun habis," katanya.

Mewakili PAS, DPPP katanya akan menjemput Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, manakala Dr. Mohd Puad Zarkashi dicadang mewakili Umno.

"Kita telah menghubungi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mewakili tokoh agama, dan beliau telah pun menyatakan persetujuan untuk bersama kita," katanya.

Read more ...

Kalau dah marah buat la demo

Perkasa marah Menteri Umno



KUALA LUMPUR, 11 Dis. : Perkasa mendakwa kerajaan mengecewakan rakyat khususnya orang Melayu dengan cara pihak berkuasa mengendalikan kes penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee, malah memberikannya “layanan VIP” di bangunan Parlimen.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini Ismail turut mempersoalkan status kes penyanyi itu, yang turut dikenali sebagai Namewee, sedangkan pengetua-pengetua didakwa mengeluarkan kenyataan rasis terhadap pelajar-pelajarnya sudah dikenakan hukuman.

“Kementerian Dalam Negeri dalam kes Namewee sebenarnya mengecewakan rakyat khususnya umat Melayu.

“Apakah status laporan polis masyarakat terhadap kebiadapan Namewee sedangkan guru yang dihinanya telah dihukum tanpa pembelaan begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan yang teraniaya, lantaran kes yang hampir sama,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Zaini yang juga ahli jawatankuasa pusat Perkasa berkata, “tiba-tiba” Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membela dengan memberikannya layanan “VIP”, malah mengumumkan Namewee tidak bersalah.

Kelmarin, Namewee mengadakan pertemuan dengan Nazri di Parlimen dan memohon bantuan kerajaan untuk membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0.

Permohonan itu disampaikannya ketika bertemu Nazri bagi menyatakan hasratnya untuk berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyatakan niatnya mempromosikan 1Malaysia.

Nazri dipetik berkata, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan Najib semasa mesyuarat Kabinet. Kabinet mengadakan mesyuarat mingguannya semalam.

“Dia (Namawee) hadir berjumpa saya hari ini bagi meminta bantuan kerajaan untuk membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0. serta hasratnya untuk berjumpa Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, hasrat dan cara bagaimana kerajaan boleh membantu dalam usaha remaja tersebut mempromosi 1Malaysia menerusi muzik itu akan hanya diputuskan selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.

Mengenai sentimen perkauman dan gesaan supaya Namewee dikenakan tindakan, Nazri berkata, rakyat perlu memahami undang-undang dan tidak dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan mengambil tindakan terhadapnya hanya kerana video klip yang dihasilkannya yang didakwa mempunyai unsur hasutan.

“Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain,” katanya.

Namewee mencetuskan kemarahan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan berikutan pengeluaran beberapa video kontroversi yang menyentuh isu perkauman.

Namewee pula berkata, beliau tidak berniat menyakiti hati sesiapa melalui klip video tersebut malahan mendakwa beliau adalah rakyat Malaysia yang patriotik dan sayangkan negara.

Beliau berkata, antara video yang dihasilkannya ialah berkaitan Malaysia sebagai negara terbaik di dunia sebaliknya media hanya menyiarkan kesalahan yang dilakukan.

Read more ...

10 suspek yang dikehendaki

Lawyers For Liberty Namakan 10 Musuh Sistem Keadilan Negara


students protest against price hike in putrajaya pm's department

KUALA LUMPUR, 12 Dis.: Badan NGO Lawyers For Liberty menyenaraikan 10 musuh utama yang menggagalkan usaha menegakkan keadilan dan undang-undang dengan telus, adil dan saksama.

Dalam satu kenyataan medianya sempena Hari Hak Manusia Sedunia 10 Disember lalu, Lawyers for Liberty mengutarakan persoalan bagaimana rakyat di negara ini masih boleh berpura-pura seolah-lah integriti, keadilan dan kesaksamaan masih wujud dalam institusi kehakiman, kamar peguam negara dan juga pasukan polis.

Lawyers for Liberty mempersoalkan pelbagai ketidakadilan serta tindakan pencabulan undang-undang dan kehakiman yang berterusan oleh pihak tertentu yang dilakukan bertopengkan atas alasan keselamatan dan undang-undang negara.

Menurut badan itu lagi, mereka menyenaraikan 10 individu dan badan berkaitan sebagai 10 musuh dan dalang utama bagi memberikan gambaran secara perspektif betapa teruknya tercemar keadaan sistem keadilan dan institusi-institusi terbabit di negara ini.

Mereka yang disenaraikan adalah:

1- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein

2- Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail

3- Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Ketua Polis negara terkini, Datuk Ismail Omar

4- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Datuk Mohd Bakri Zinin,

5- Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden, (Ketua Pendakwa Kes Konspirasi Kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim)

6- Ketua Hakim Negara, Tun Zaki bin Azmi, (bekas penasihat undang-undang Umno)

7- Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes konspirasi kedua Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah

8- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

9- Saksi yang tercemar seperti DR. Siew Sheue Feng and DR. Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur dan DR. Abdul Karim Tajuddin dari Hospital Serdang yang terbabit dalam kes A.Kugan kerana bersekongkol dengan kamar peguam negara dan polis memanipulasikan bahan bukti termasuk laporan perubatan dan bedah

10- Lembaga Penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertindak sebagai 'mahkamah khas' bagi kes-kes di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ordinan kecemasan dan dadah berbahaya berkaitan ketenteraman awam dan pembasmian jenayah dan akta dadah Lembaga Penasihat bertanggungjawab menyebabkan ribuan dipenjarakan tanpa perbicaraan.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan ketika dihubungi TVselangor berpendapat, sistem keadilan di Malaysia semakin terhakis disebabkan oleh individu-individu yang berkepentingan.

Beliau menegaskan hanya dengan melakukan perubahan didalam sistem pemerintahan sahaja melaksanakan keadilan yang saksama di dalam semua bidang.

"Sepertiyang dinyatakan oleh LFL, memang terlalu banyak musuh terutama pemimpin politik Umno-Bn. kerana mereka salah guna kuasa kerana itu bukan mudah untuk menegakkan keadikan di bawah sistem sekarang... memang sukar untuk menuntut keadilan. dan semua reformasi perubahan bermula dari perubahan politik," katanya kepada TVselangor, petang tadi.

Jelasnya lagi perubahan politik juga mampu membawa perubahan terutama bidang kehakiman negara yang semakin tercemar.

"kalau kita dapat mengadakan perubahan pemerintahan, maksudnya kalau kuasa boleh diambil alih kita boleh membawa perubahan politik dan dapat buat perubahan lain-lain bidang termasuk bidang kehakiman,"tambahnya lagi

Read more ...

Umno pentingkan kroni

Demi Kepentingan Rakyat, Kerajaan Pesekutuan Perlu Segera Selesaikan Isu Air












SHAH ALAM, 11 Dis. : Kerajaan Persekutuan digesa tidak melengah-lengahkan usaha menyelesaikan kemelut air yang membabitkan Syabas dan syarikat konsesi lain demi memastikan rakyat Selangor diberikan hak untuk menikmati air pada harga yang berpatutan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerajaan negeri memberikan semula tawaran untuk mengambil alih aset empat syarikat konsessi itu pada harg enam billion riggit.

Kini terpulan kepada kerajaan persekutuan untuk memastikan tidak ada pihak yang berlengah untuk mengembalikan hak mengurus air kepada rakyat Selangor.

"Selesai atau tidak rakyat sudah tahu, jadi bererti rakyat akan memantau samada keikhlasan kerajaan persekutuan untuk menentukan penyelesaian air ini memberi manfaat kepada rakyat," katanya lagi.

Justeru, katanya lagi lama kerajaan persekutuan melengahkan proses berkenaan lagi banyak kemarahan rakyat terhadap yang dilakukan kerajaan persekutuan.

Tan sri Khalid berkata demikian pada majlis jamuan sempena perhimpuan rakyat menyerahkan memorandum bantah kenaikan air.

15 ribu orang menyertai perhimpunan itu yang menyaksikan polis melepakskan gas pemedih mata dan pancutan air ke atas ribuan rakyat Selangor yang berhimpuan secara aman.

Meskipun provokasi polis itu, Tan sri Khalid berkaya menyampaikan memorandum yang di tanda tangani oleh 150,000 orang kepada wakil yang di Pertuan Agong.

Kerajaan Selangor kini sedang menyediakan dokumen tawaran untuk mengambil alih asset empat syarikat konsesi air di negeri ini.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS.

Tan Sri Khalid berkata kerajaan negeri mengemukakan harga tawaran yang munasabah bagi membeli keempat-empat syarikat konsesi air terbabit.

Read more ...

Kerajaan, polis dah tak rasional

Mahasiswa Ditahan - Kerajaan, Polis Digesa Bersikap Rasional














SHAH ALAM, 11 Dis. : Kerajaan Umno-Barisan Nasional dan organisasi di bawahnya yang bertanggungjawab menjaga kemakmuran negara harus tahu membezakan setiap tindakan yang wajar diambil bagi setiap kesalahan yang dilakukan rakyat dan bukannya bertindak membuta tuli.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, adalah penting kepada kerajaan dan jabatan di bawah seliaannya seperti polis bertindak bijak dan rasional dari segenap sudut supaya pentadbiran mereka dipandang tinggi oleh masyarakat dan dunia amnya.

" Perkara ini telah lama dibicarakan dan dinasihatkan kepada kerajaan tetapi pihak kerajaan masih tidak mengambil endah.

" Pihak berkuasa harus memahami apa itu jenayah yang boleh membawa kepada penangkapan. Kita seharian nampak kereta yang diletakkan di tepi jalan, menghalang lalu lintas, memberi kesan buruk kepada orang ramai, tetapi tidak ada apa tindakan diambil.

" Tetapi satu usaha demokrasi,berhimpun,menyampaikan pendapat, menyampaikan memorandum, itu adalah hak dan sebahagian daripada proses demokrasi (tetapi) dianggap sebagai jenayah," ujar Sha'ni ketika diminta mengulas berhubung penahanan tiga mahasiswa dalam satu perhimpunan menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak dan gas.

Semalam, satu perhimpunan aman yang dianjurkan kumpulan pelajar berpakaian hitam berkahir dengan penahanan tiga daripada 100 mahasiswa tersebut yang dibawa ke IPD Putrajaya.

Salah seorang daripada mereka ditahan ketika meminta kebenaran dari pihak polis untuk menyampaikan ucapan selepas berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil dari pejabat JPM.

Mereka hanya dilepaskan kira-kira jam 6 petang iaitu selepas disoal siasat selama 4 jam dan diminta untuk melaporkan diri ke balai polis yang sama pada 23 Disember depan.

Membantah tindakan penahanan mereka, Sha'ni berkata, pelajar dan mahasiswa merupakan penyumbang penting kepada pembangunan negara dan mereka mempunyai hak sebagai warganegara untuk membuat sebarang teguran di atas tindakan kerajaan yang dirasakan membebankan rakyat di negara ini.

" Kalau perkara ini tidak diterima dan dianggap jenayah, ini merupakan satu kesilapan besar yang kita lakukan kepada generasi akan datang," tambah Sha'ani lagi.

Sementara itu, menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Siti Aishah Shaikh Ismail pula berkata, tindak tanduk kerajaan dalam menangani bantahan mahupun teguran rakyat sebagai tindakan 'kepartian'.

" Yang saya tekankan mereka bersikap atas kepentingan Umno dan Barisan Nasional itu sendiri.Mereka melakukan itu hanya kerana mahu menjaga pemimpin Umno- Barisan Nasional dan tidak melakukan yang sepatutnya sebagai sebuah kerajaan.

" Jika sebuah kerajaan itu dipimpin atas nama kerajaan, sepatutnya mereka lebih demokrasi dan lebih bertoleransi untuk menerima kritikan daripada rakyat kerana mereka itu sedar diri mereka adalah kerajaan,"tegas Aishah.

Katanya tindakan kerajaan mahupun polis ketika berhadapan dengan sebarang perhimpunan aman mahupun demonstrasi membawa suara rakyat, jauh tersasar dari yang sepatutnya.

Malah institusi kepolisan yang sepatutnya menjaga keamanan juga seolah-olah menjadi kuda tunggangan pihak tertentu.

" Sepatutnya pihak polis bersikap tidak memihak kepada mana-mana kerana kalau kita lihat semalam, yang mencetuskan keadaan itu semakin huru-hara ialah pihak polis itu sendiri.

" Apabila mereka sudah menyatakan yang mereka mahu bersurai tetapi apabila mereka berjalan untuk bersurai,mereka dihalang oleh anggota polis yang rasakan cukup kurang ajar yang mana mereka sendiri menghalang mahasiswa itu sendiri untuk bersurai," katanya yang melihat sendiri video penyerahan memorandum itu semalam.

Tambah beliau, kerajaan harusnya lebih bersikap rasional berhubung bantahan rakyat tidak kira mahasiswa atau rakyat biasa kerana tindakan rakyat itu berpunca dari rasa kurang senang dengan fenomena yang diciptakan oleh kerajaan sendiri.

" Saya kira mahasiswa semalam diberikan ruang kerana mereka ini satu entiti penting kerana mereka mewakili keseluruhan anak-anak yang terpaksa berhadapan dengan taraf hidup yang lebih tinggi, hidup di bandaraya, terpaksa berhadapan dengan segala macam kerenah kerajaan yang ada,"katanya lagi.

Read more ...

Satu matlamat, tumbangkan BN

Konvensyen Pakatan Rakyat : Pertahan Agenda Bersama











PETALING JAYA, 11 Dis. : Kovensyen Pakatan Rakyat Kedua di Pulau Pinang minggu depan akan bertumpu kepada memperkasakan agenda bersama gagasan pembangkang itu untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan membela rakyat segenap lapisan tanpa mengira agama dan bangsa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persidangan itu akan turut mengatur langkah untuk menentang politik perkauman yang di bawa oleh Umno.

Anwar yang juga ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mengadakan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR petang tadi.

Mesyuarat ini diadakan seminggu sebelum konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan ketika Umno semakin ghairah memutar beliltkan isu Ketuanan Melayu untuk membakar sentiment kaum itu.

PKR dan rakan-rakan menegaskan pemimpin Umno hanya menggunakan konsep Ketuanan Melayu untuk memperkayakan diri dan kroni manakala sebilangan besar masyarakat Melayu masih dicengkam kemiskinan dan kemunduran.

Anwar dan rakan-rakannya sekali lagi menegaskan hari ini mereka mendokong agenda bersama Pakatan Rakyat dan pada masa sama menentang politik perkauman, khususnya konsep ketuanan Melayu tajaan Umno.

"Kita ulangi keputusan dan muafakat kita bersama untuk mempertahankan agenda bersama pakatan rakyat dan mempastikan semua serangan dan fitnah UMNO yang membangkitkan isu kaum dan cuba menghakis keyakinan masyarakat melayu tidak memberi kesan kerana kita beri penegasan bahawa agenda kita berasas prinsip perlembagaan negara yang telah kita sepakati,"katanya.

Anwar berkata Umno semakin liar dalam menutup suara pembangkang dan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Beliau merujuk kepada tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menghukum beliau tanpa memberikannya peluang mengemukakan bukti dan keterangan mengenai aktiviti syariat pro-zionis Apco Worldwide yang diupah oleh kerajaan umno-Barisan nasional.

Majoriti ahli jawatakuasa itu yang meluluskan hukuman itu adalah ahli parlimen Umno-BN.

Menurut sumber, Anwar akan digantung enam bulan dari parlimen.

Penasihat DAP Lim Kit siang berkata asakan Umno terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menyerlahkan rasa bimbang pemerintah terhadap pembangkang,

Justeru serangan Umno berpaksikan fitnah terhadap pakatan rakyat diperhebatkan sebelum pilihanraya umum.

"Konvensyen kedua PR di Penang adalah langkah yang penting untuk buat persiapan bagi PR yang dijangka berlaku bila-bila di tahun depan. Baru-baru ini kita lihat kempen yang amat agresif BN yang menabur fitnah dusta partti komponen PR yang menunjukkan mereka takut dan khuatir mengenai pengaruh pakatan rakyat,"katanya.

Abdul Hadi berkata ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat sepakat untuk menentang tindakan-tindakan Umno yang membelakangkan Perlembagaan dan mengangkat agenda bersama gagasan pembangkang itu.

"Kita telah meletakkan satu asas kukuh melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara bermasyarakat majmuk. Apa yang perlu kita atasi ialah kegagalan Barisan Nasional dalam merealisasikan aspek yang diasaskan perlembagaa," katanya.

Read more ...

NGO mana pulak ni, macam kenai ja

Pastikan nasib Melayu terbela


GEORGETOWN, 10 Dis. : Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) merayu Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menggunakan hak dan kuasa yang ada untuk mengambil balik Pulau Pinang bagi menjamin kesejahteraan kehidupan orang Melayu yang beragama Islam di negeri ini.

Pengerusinya, Mohamed Nordin Mohd Nor berkata, tindakan itu adalah langkah terbaik untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan orang Melayu yang terus tertindas oleh dasar Kerajaan Negeri serta dihimpit arus pembangunan yang begitu pesat kerana kurang persediaan.

Beliau berkata langkah segera perlu dilakukan oleh Kerajaan Kedah untuk memastikan nasib orang Melayu yang berada di Pulau Pinang terbela dan tidak terus terpinggir.

“Inilah pilihan terbaik untuk membantu orang Melayu yang berada di Pulau Pinang. Kerajaan Kedah perlu menuntut semula haknya ke atas Pulau Pinang di samping kajian semula kadar pampasan daripada RM10,000 kepada RM10 juta setahun.

“Kami merayu Sultan dan Kerajaan Kedah mengambil balik haknya dan kami akan menyokong sepenuhnya keputusan itu. Kami bersedia menjadi rakyat Kedah dan bernaung di bawah tuanku dan bukan seperti sesetengah pemimpin di Pulau Pinang yang memandang rendah cadangan ini,” katanya kepada media di sini semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Sinar Harian semalam yang memetik kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kula Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah yang memberi cadangan lebih realistik agar Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan berbanding dipulangkan kepada Kedah.

Jika cadangan itu tidak mendapat perkenan Tuanku, Mohamed Nordin bersetuju agar Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan untuk menjamin pengurusan yang lebih tersusun dan telus berbanding pentadbiran sekarang.

“Jika menjadi Wilayah Persekutuan yang keempat selepas Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, saya yakin Pulau Pinang akan mendapat pelbagai insentif lebih menarik seperti yang dinikmati Labuan sebagai pusat kewangan pesisir pantai,” katanya.

Menurutnya, Gabungan menyokong isu itu bukan berdasarkan perkauman tetapi realiti yang dihadapi orang Melayu masa kini di Pulau Mutiara, yang memerlukan pembelaan dan perhatian segera pelbagai pihak.

“Bantulah orang Melayu di Pulau Pinang dengan segera kerana mereka memang memerlukan pembelaan. Janganlah sampai kami hilang segalanya barulah ada pihak yang tampil membantu. Ketika itu, segala-galanya sudah terlewat.

“Kita boleh melihat semula sejarah yang berlaku di beberapa negara jiran mengenai nasib yang berlaku kepada orang Melayu. Ketika itu, menangis air mata berdarah sekalipun tidak dapat lagi mengubah keadaan yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, sejarah akan berulang lagi dan semua pihak perlu bersedia untuk menghadapinya dengan menjadikan kejadian yang berlaku sebelum ini sebagai iktibar agar selamat kelak.

“Janganlah sampai nanti orang Melayu Pulau Pinang terpaksa melarikan diri ke Kedah untuk meminta perlindungan disebabkan tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi,” katanya.

Mohamed Nordin turut membidas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wee Aik yang seolah-olah memperkecilkan cadangan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah agar Kerajaan Negeri mengambil balik haknya ke atas Pulau Pinang dengan alasan tidak perlu kembali sejarah walaupun isu itu pernah dibangkitkan sebelum ini.

“Adalah kenyataan yang biadab apabila beliau menyebut tidak mahu menukar kod dalam kad pengenalan daripada 07 (Pulau Pinang) kepada 02 (Kedah).

“Tiada salah pun kalau kita nak tukar kod pada kad pengenalan. Adakah hina menggunakan kod Kedah berbanding Pulau Pinang. Saya ingin tanya adakah Lim Guan Eng menggunakan kod Pulau Pinang sebelum menjadi Ketua Menteri atau terus mengekalkan kod Melaka dalam kad pengenalannya.

“Penduduk di Pulau Pinang yang mengundi dalam pilihan raya bukan semuanya berasal dari negeri ini. Ada yang datang dari tempat lain dan menetap di sini. Jadi jangan perlekehkan orang luar yang turut mengundi dalam pilihan raya sehingga mereka menjadi kerajaan,” katanya.SH

Read more ...

Diam kerana Pakatan Rakyat

ROS Masih Berdiam Isu Pendaftaran Pakatan Rakyat
















PETALING JAYA, 11 Dis. : Pertubuhan Pendaftar Syarikat (ROS) masih berdiam mengenai status penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik walaupun permohonan itu dibuat lebih setahun lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pendaftar ROS hanya mengadakan satu perjumpaan dengan gagasan itu dan kemudian tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

"Pendaftar hanya jumpa hanya sekali lepas itu dia tak layan langsung, tak peduli, jadi kita akan ambil tindakan susulan," ujar Anwar.

Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu entiti telah tertangguh sejak tahun lalu.

Bulan lalu Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution bahawa Pakatan Rakyat akan membincangkan logo baru bagi gabungan itu.

Beliau berkata parti-parti komponen bersetuju atas logo bersama untuk gagasan itu namun kesal dengan tindakan Pendaftar ROS yang terus melengahkan kelulusan.

"Ia tidak berbangkit sekarang sebab kita dah terima tiga-tiga parti ini. Kalau ada cadangan lain kita boleh anjurkan tapi setakat ini logo seperti di dada saya ini,"katanya lagi.

Sementara itu Anwar menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih memperlengkapkan senarai calon dan pengagihan kerusi untuk pilihanraya umum akan datang yang
dijangka diadakan pada suku pertama tahun depan.

"Pengarah pilihan raya dah jumpa dari segi kerangka kerja tentang memperinci pemberian kerusi itu mengambil masa," tambahnya lagi.

Read more ...

Boleh gesa tapi jangan harap

Anwar : Media Arus Perdana Digesa Bersikap Adil














PETALING JAYA, 11 Dis. : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa media arus perdana supaya bersikap adil dan tidak memulau pendedahan-pendedahan oleh Pakatan Rakyat mengenai rasuah dan penyelewengan kuasa di negara ini.

Anwar berkata bukti-bukti bahawa pemimpin Umno menyeleweng atas nama Ketuanan Melayu tidak dilaporkan oleh media kawalan Umno. Sebalik tuduhan-tuduhan Umno kononnya pembangkang mengkhianati orang Melayu diberi ruang yang luas walaupun fitnah semata-mata.

'Kemudian dia ada kita khianat Melayu bila kita jawab serah kontrak, komisen berjuta-juta tak disiarkan. Jadi ini satu sikap pemimpin yang tak ada kewibawaan bercakap benar dan mengadakan wacana bebas. Dia terus menerus dengan fitnah menggunakan media. Kita jawab tak siar. Sekarang. Siapa yang gadai tanah negara? Siapa yang gadai bukit bukau? berapa puluh kali kita jawab tak disiarkan,"

Khamis lalu Anwar di Dewan Rakyat mendedahkan bagaimana seorang pemimpin Umno dari Perak mendapat kontrak bernilai dua billion ringgit menerusi tender-tender tanpa rundingan Kementnerian Pertahanan sejak tahun 2008.

Kontrak diberikan menerusi beberapa syarikat yang didaftarkan atas nama beliau.

Bagaimanapun visual atau laporan mengenai pendedahan ini tidak disiarkan oleh mana-mana media arus perdana termasuk RTM, TV3 dan utusan malaysia.

Sementara itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata media harus memainkan peranan untuk menyuburkan demokrasi di negara ini.

Antara lain media perlu menggesa keperluan pemerintah menetapkan tarikh pilihanraya lebih awal sesuai dengan amalan nmegara-negara lain.

"Boleh ke tidak media mainkan peranan agar negara ini jadi macam negara lain. Setahun sebelum dah tau pilihan rakyat. Ini selalu ramalan 2-3 minggu baru tahu tarikh dia. Inikah dia demokrasi sebenar.Selalu dibuat dengan cara dia selesa, itu bukan demokrasi," katanya

Read more ...

Gani Patail kena bagi penjelasan atau minta penjelasan

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/11/ghani_patail.jpg

KUALA LUMPUR, 11 Dis. :
Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang Tan Sri Robert Phang hari ini secara terbuka menggesa Peguam Negara agar membuat penjelasan berhubung dakwaand-dakwaan mengaitkannya dengan personaliti korporat berprofil tinggi, yang turut menimbulkan persoalan komitmen Putrajaya melawan rasuah.


Phang, yang juga anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) telah mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara, yang secara tidak langsung membawa kepada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan selektif.

Jaksa Pendamai ini menggariskan beberapa kes sebagai contoh, antara ketiadaan tindakan mahkamah di pihak kerajaan ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung dakwaan skandal kewangan yang membawa kepada kerugian RM8 bilion.

Phang juga mempersoalkan keputusan terbaru untuk mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung isu pembelian dua lot tanah dan banglo di bawah Kanun Keseksaan berbanding akta baru SPRM yang membawa hukuman lebih berat.

Mohamad Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

“Malangnya jika Peguam Negara sendiri menjadi halangan kepada langkah kerajaan dan SPRM dalam usaha memperlihatkan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Orang awam perlu diberi kepuasan berhubung usaha kerajaan mendapatkan kembali keyakinan publik bahawa ia serius dalam menangani rasuah dan dalam usaha mendapatkan keadilan bagi semua,” tegas beliau.

Gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie – yang dikatakan sebagai proksi Tajudin - yang disebar luas menerusi Internet dan saluran-saluran lain, mendesak pihak berkuasa agar membuka semula kes membabitkan kerugian RM8 bilion MAS pada 2001.

Kes itu pernah dibawa oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini.

“Selagi wujud perasaan was-was mengenai tatalaku peribadi Peguam Negara Gani Patail sebagaimana digambarkan dan ia tidak ditangani, kesemua usaha ikhlas di pihak kerajaan dan SPRM akan sia-sia,” kata beliau.

“Ia hanya akan dianggap sebagai satu usaha hubungan awam ataupun slogan semata-mata,” kata Phang.

Dakwaan membabitkan Abdul Gani muncul di portal berita Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamarudin.

Phang mengeluarkan kenyataan itu hari ini ketika negara dikejutkan dengan surat terbuka pegawai polis kanan Datuk Mat Zai kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam itu yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru sebagaimana didedahkan oleh Mat Zain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider kelmarin bahawa beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad”.

Nazri berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Abdul Gani berhubung dakwaan terbaru bahawa beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan kes Anwar dipukul ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada September 1998.

Beliau sedang meneliti butiran berkaitan isu tersebut.

Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Mat Zain yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.

Surat terbuka kedua kepada Ismail dikeluarkan semalam.

Read more ...

Lingam akan disiasat

Prosiding Disiplin VK Lingam Isnin Ini ?













KUALA LUMPUR, 11 Dis. : Lembaga Disiplin Peguambela dan Penguamcara berkemungkinan akan bersidang Isnin ini untuk menyiasat aduan yang dibuat ke atas peguam Datuk VK Lingam berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Memetik laporan portal Malaysiakini hari ini, sebuah jawatankuasa disipilin bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Peguam akan bersidang dan menyiasat aduan yang dibuat ke atas Lingam. Pengadu dalam kes ini adalah Majlis Peguam sendiri.

Adalah difahamkan inkuiri itu tidak akan dibuka kepada orang ramai tetapi sebaliknya hanya mengumpulkan fakta-fakta terhdap Lingam dan berlarutan beberapa hari.

Berikutan rumusan lembaga itu, laporan akan dihantar kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai 17 anggota. Mereka kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan wajar dikenakan ke atas Lingam.

vk lingam ahmad fairuz chief justice video sequenceLingam juga difahamkan akan diberi peluang mempertahankan dirinya pada jawatankuasa disiplin dan juga lembaga berkenaan.

Lembaga itu secara rasmi ditubuhkan pada 1992 mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976. Ia kini dipengerusikan oleh bekas peguam dan bekas pemangku ketua menteri Pulau Pinang, Khalid Ahmad Sulaiman.

Selain pengerusi lembaga berkenaan yang dilantik oleh Ketua Hakim (Malaya), anggota lain termasuk presiden Majlis Peguam dan 15 peguam.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, apabila dihubungi mengesahkan bahawa jawatankuasa disiplin akan memulakan prosiding ke atas Lingam bermula Isnin ini.

Panel lima anggota suruhanjaya diraja sebelum ini mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu juga memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun DrMahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Read more ...

Umno sedang 'gadai' negara

Pemuda PAS : Negara Sedang 'Tergadai' Di bawah Kerajaan Umno-BN




























SHAH ALAM, 11 Dis. : Negara kini sedang 'tergadai' di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional , tegas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi.

Beliau menjelaskan bahawa Umno-BN yang mentadbir negara dalam tempoh 50 tahun ini telah banyak menggadai kepentingan negara yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata usah menggadai masa depan negara pada Pakatan Rakyat kerana PR tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

" Isu sebenarnya negara sedang tergadai di bawah kepimpinan Umno-Barisan Nasional itu sebab berlakunya momentum kebangkitan rakyat yang telah mula nampak dan sedar bagaimana realiti politik hari ini," jelas Nasruddin kepada TV Selangor hari ini.

"Apa yang berlaku sekarang tanah rizab melayu semakin terhakis,kuasa politik Melayu semakin merosot,juga penguasaan ekonomi negara semakin terlepas,jadi apa yang berlaku ialah Umno-Barisan Nasional mengekalkan kuasa politik mereka ke atas penindasan yang tidak disedari oleh rakyat," katanya.

Jelas Nasruddin lagi, Usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya adalah untuk menyelamatkan negara ini daripada penipuan dan penyelewengan yang dilakukan kerajaan Umno-BN.

"Jadi apabila kita menawarkan usaha untuk menawan Putrajaya tidak bermakna ia satu usaha ke belakang,sebalikanya adalah usaha untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan tanahair, menyelamatkan rakyat daripada ditipu oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional,"katanya.

Justeru jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini amanah ini akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, maka kita akan tunaikan tanggungjawab dan menunaikan amanah sesuai yang diamanahkan oleh rakyat dan kita telah buktikan empat negeri yang kita kuasai pada hari ini,"ujarnya lagi.

Read more ...

Umno memang bela Melayu sebab nak undi orang Melayu

Umno perlu buktikan membela Melayu bukan untuk undi




















KUALA LUMPUR, 11 Dis: Umno yang melaungkan ketuanan Melayu dan mendakwa sebagai pembela bangsa dipersoal kenapa tidak mempedulikan nasib orang Melayu di Serawak yang tercicir dari pelbagai aspek.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu, Saimon Kila @ Nor Huzaifah Zainon berkata, walaupun Umno tidak ada di Serawak tetapi sebagai parti yang mengetuai kerajaan Pusat mereka masih boleh membantu memperbaiki taraf hidup serta meyelesaikan masalah - masalah orang Melayu di sini.

"Sebenarnya tiada alasan (untuk tidak membantu Melayu Serawak), melainkan slogan ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan itu sendiwara, hanya untuk meraih sokongan (undi) dalam pilihan raya untuk mengekalkan kuasa.

"Kerana di Serawak mereka tidak bertanding jadi orang Melayu di sana tidak dipedulikan sangat," kata beliau.

Bagaimanapun beliau percaya, Umno tidak mampu membela nasib orang Melayu di Serawak kerana di semenanjung pun masalah orang Melayu tidak dapat mereka selesaikan.

"Felda yang menjadi antara agensi utama untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu pun kami dengar banyak kepincangan serta penyelewengannya.

"Sedangkan agensi itu ditadbir orang Melayu yang juga pemimpin Umno," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui sebelum pulang ke Serawak selepas menyertai rombongan rakyat tertindas daripada Sabah dan Serawak ke Kuala Lumpur dan Kelantan bermula Isnin lalu.

Rombongan tersebut datang atas undangan Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Antara program yang diadakan sepanjang lawatan rombongan daripada dua negeri itu ialah pertemuan dengan ahli parlimen Pakatan Rakyat, serahan memorandum isu rampasan tanah dan penindasan rakyat Sabah dan Serawak kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), jamuan makan malam rakyat marhaen di Kajang serta bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sebahagian besar rombongan itu turut disertai wakil kaum Penan dan masyarakat bukan Islam.

Menurut Huzaifah, sebahagian besar orang Melayu di Serawak mengalami nasib hampir sama dengan kaum-kaum bumiputra lain khususnya kemiskinan serta menghadapi masalah tanah melibatkan pampasan tidak adil dan rampasan.

Orang Melayu Serawak juga katanya, sukar merebut peluang-peluang ekonomi di negeri itu ekoran amalan pentadbiran kerajaan negeri tidak membuka persaingan yang adil khususnya untuk rakyat biasa yang kekurangan modal dan tidak mempunyai status tinggi dalam masyarakat.

"Sebab itu orang selalu menyebut kekayaan di Serawak hanya berlegar dikalangan orang sama sahaja, orang yang menjadi kroni pemimpin utamanya.

"Dikalangan orang Serawak ketika ini sudah popular dengan ungkapan pemerintahan 'rambut putih' lebih teruk dari orang putih", ujar beliau dipercayai merujuk kepada Ketua Menteri Serawak Tan Sri Taib Mahmud.

Kata beliau juga, dikawasan-kawasan tertentu dalam negeri Serawak ada penduduk Melayunya lebih teruk nasib mereka berbanding kaum-kaum lain.

Katanya, jika Umno ikhlas bercakap tentang mengangkat martabat Melayu mereka mesti datang melihat nasib orang Melayu di Serawak yang sebahagian besarnya tinggal di Kuching, Miri, Sarikei dan daerah-daerah kecil seperti Kabong dan Kota Samarahan.

"Jangan hanya jumpa segelintir Melayu negeri ini yang senang lenang, ada ramai lagi yang daif, dianianya dan keciciran,' kata beliau.

Selain itu Huzaifah berkata aspek pendidikan dikalangan orang Melayu juga sangat menyedihkan khususnya pendidikan agama.

Soal beliau, kenapa Umno yang mendakwa sebagai pembela Melayu tidak menitik beratkan perkara ini sedangkan pendidikan agama merupakan elemen penting dalam usaha mengangkat martabat bangsa, malah diakui ramai cerdik pandai orang Melayu akan lesu tanpa agama dalam diri mereka.

"Dengan kelebihan pada mereka (Umno) sebagai parti yang mengetuai kerajaan pusat kenapa tidak perkasakan pendidikan agama di Serawak, kenapa biarkan sebahagian besar orang Melayu Serawak dalam keadaan terus jahil dan sukar mendapat pendidikan agama," soal beliau lagi.

Kata Huzaifah sekiranya diberi pilihan dan pendedahan yang betul beliau percaya ramai orang-orang Melayu Serawak akan memilih pendidikan agama untuk anak-anak mereka.

'Mereka ada hak untuk mendapat pilihan itu (pendidikan agama), ini lah yang perlu dilakukan oleh pemimpin Umno," kata beliau.

Menurut Huzaifah, peluang untuk mendapatkan pendidikan agama yang baik untuk anak-anak di Serawak amat terbatas kerana kemampuan kewangan, kekurangan pusat pengajian agama dan sebagainya.

Bagi orang Melayu yang ada kemampuan katanya, mereka akan menghantar anak-anak mereka ke semenanjung seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk mendapat pendidikan agama di negeri - negeri tersebut.

"Ini (pendidikan agama) adalah persoalan besar, lebih-lebih lagi sudah samakin ramai anak-anak Melayu Serawak terlibat dengan gejala-gejala sosial.

"Sekarang saya mau soal Umno, kamu bercakap tentang membela Melayu itu ikhlas atau sekadar maukan undi. Kalau kamu ikhlas beri perhatian kepada masalah orang Melayu di Serawak walaupun kamu tidak bertanding pilihan raya di sini," tegas beliau.

Read more ...

Kemungkinan besar PRU 13 tanpa pilihanraya 4 negeri

Pakatan Akan Adakan Pilihanraya Negeri Berasingan



















PETALING JAYA, 11 Dis. : Pakatan Parti Pembangkang tidak menolak kemungkinan mengadakan pilihan raya secara berasingan di peringkat negeri pada pilihan raya akan datang.


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu mungkin boleh berlaku kerana kuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak kerajaan negeri.

Anwar berkata, perkara itu akan diputuskan bersama kerajaan negeri dan pihak mereka masih menilai pilihan yang ada sebelum pilihan raya.

"Secara berasingan atau tidak terserah kepada kerajaan negeri dan kita akan putuskan bersama kerana kita ada pilihan, bagaimanpun itu adalah kuasa pihak kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar khas selepas Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di sini, Sabtu.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dalam pada itu Anwar berkata, pihak pembangkang sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan pada tahun depan dan telah pun berjumpa dengan semua pengarah pilihan raya parti untuk perincian strategi.

Mengenai pembahagian kerusi, ia akan dibincangkan lebih lanjut selepas Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 18 Disember depan, katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai konvensyen yang bakal berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas itu, Anwar berkata konvensyen itu akan menfokuskan mengenai isu dasar parti selain menekankan aspek ekonomi, sosial yang menyangkut kepentingan rakyat.

Katanya, pemahaman mengenai aspek perlembagaan juga akan ditekankan kepada semua pimpinan supaya ia jelas.

"Konvensyen itu nanti akan lebih ditumpukan kepada memperkuatkan isu-isu dasar supaya ia jelas di semua peringkat dan strategi untuk pilihan raya juga akan turut dibincangkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata draf ucapan dasar pada konvensyen itu nanti telah berada di peringkat akhir dan pihak pakatan telah sepakat dengan dasar yang terkandung yang berkaitan dengan rakyat.

"Kita akan maklumkan mengenai dasar itu sebelum berlangsung konvensyen itu. Mungkin pada minggu depan," katanya
. - mStar

Read more ...

Penagih Umno ramai, penagih dadah pun ramai












PUTRAJAYA 11 Dis. : Seramai 2,200 daripada keseluruhan 1.6 juta orang generasi baru Felda dikesan mempunyai masalah ketagihan dadah di kalangan anak peneroka Felda.

Namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa masalah ketagihan dadah di kalangan anak peneroka Felda tidak sebegitu serius seperti yang diuar-uarkan yang hanya melibatkan 0.001 peratus yang dikategorikan bermasalah.

Sementara itu kerajaan membelanjakan RM210 juta dari tahun 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda, bertujuan memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Datuk Ahmad Maslan berkata seramai 33,017 warga Felda mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang.

"Kerajaan memberi komitmen agar program ini diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta setiap tahun. Jadi kita ingin menyeru agar anak-anak peneroka menggunakan program kemahiran ini dengan baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia Felda Malaysia sempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di sini hari ini.

Read more ...

Muhyiddin ulangi perangai Umno, tuduh tanpa bukti

















SHAH ALAM, 10 Dis. : Kemukakan bukti jika kerajaan negeri menyalahgunakan dana yang diberi oleh kerajaan pusat, itu yang dikatakan oleh setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika dihubungi Tv Selangor.

Menurutnya lagi, kerajaan pusat perlu memikirkan kesan kepada kampung-kampung dalam tindakan menyalurkan dana dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, dengan menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

“Timbalan Perdana Menteri kena buktikan bahawa dana yang dia bagi sebelum ini kepada kerajaan negeri, secara langsung telah disalahgunakan baru dia boleh kata dia wujudkan JKKP kerana tidak mahu sebarang dana daripada pusat disalahgunakan,” jelasnya.

JKKKP ialah satu badan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan selepas 8 Mac 2008. Ia bertindan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri.

Ketua kampung menjadi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK, penghulu akan turut hadir.

Di empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kerajaan pusat telah melantik lebih 3,000 anggota JKKKP – satu langkah yang dilihat sebagai usaha Barisan Nasional (BN) mahu mengawal pemimpin-pemimpin akar umbi di negeri-negeri terbabit.

Penubuhan ini juga mengelirukan rakyat kerana terdapat dua jawatankuasa berbeza seolah berlumba dalam mentadbir urusan di sesebuah tempat.

“Semua orang tahu dia wujudkan JKKKP itu kerana nak mewujudkan satu pentadbiran dalam pentadbiran kerana dia nak memecah belahkan instituisi dalam kampung.

“Dia tidak mahu menerima kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Selangor boleh bergerak sendiri dan juga mereka telah kalah di Selangor,” tambahnya lagi.

Faekah yang menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa kerajaan persekutuan hanya mahu memastikan peruntukan kewangan disalurkan kepada negeri diuruskan dengan berkesan.

Read more ...

Rasuah pekat, kerajaan Umno BN wajib ditukar



























KUALA LUMPUR, 11 Dis. : Kerajaan Umno Barisan Nasional perlu ditukar kerana sudah tebal dengan korupsi dan ketidaktelusan walaupun pelbagai tranformasi dan rancangan diumumkan.

Menurut badan antarabangsa International Physicians for the Prevention of Nuclear War (IPPNW), Datuk Dr Ronald McCoy, Malaysia perlu berubah bagi membolehkan perubahan ke arah lebih baik dilakukan.

"Kerajaan ini telah memerintah selama 53 tahun, terlalu lama berkuasa. Semua polisi dilakukan untuk memenuhi agenda. Sebagai contoh, birokrasi digunakan sebagai alat oleh UMNO. PKR juga disabotaj beberapa kali kerana ini.

"Saya tak nampak kita boleh mengubah semua ini tanpa pertukaran kerajaan."

Beliau berpendapat demikian ketika bercakap dalam forum sempena pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Dr Kua Kia Soong.

Forum itu disertai oleh McCoy, Kua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Wakil NGO 'Food Not Bombs' Yuu Han.

Buku itu mendedahkan mengenai cara negara ini membelanjakan berbillion ringgit saban tahun bagi menambah kekuatan tentera dan membeli pelbagai senjata dan kenderaan baru.

Hakikatnya perbelanjaan ketenteraan Malaysia mencetuskan banyak kontroversi seperti pembelian kapal selam Scorpene, skandal kehilangan enjin jet F-5E di Sungai Besi dan pelbagai lagi ketirisan yang didedahkan pelbagai pihak.

Kua mendedahkan betapa 'perlumbaan senjata' antara Malaysia, Singapura, Indonesia di rantau ini mengundang kepada trend kerajaan dalam membelanjakan wang yang banyak setiap tahun atas alasan 'memodenkan' pasukan tentera.

Menurut Kua, rantau Asia Tenggara merupakan satu-satunya rantau di dunia ini yang menyaksikan peningkatan lebih 10 peratus dalam bajet ketenteraan mereka selepas Perang Dingin.

Sivarasa dalam forum itu turut menyatakan betapa UMNO sebenarnya tiada Polisi Pertahanan Negara dan ia tidak pernah dibincangkan di Parlimen.

Malah Malaysia juga tiada jawatankuasa Pertahanan Negara di Parlimen dan ia hanya dikawal penuh oleh Menteri Pertahanan.

Beliau turut menceritakan kisah Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ditempelak Ahli Parlimen Indonesia kerana mengatakan pertahanan negara tidak penting.

"Dalam perjumpaan dengan Ahli Parlimen Asean dulu, beliau (Jazlan) mengatakan Malaysia tiada Jawatankuasa Parlimen dalam hal pertahanan negara kerana ia kami rasa ia tidak penting. Saya tak perlu bercakap apa-apa,"

Malah Sivarasa sekali lagi memberi contoh perbelanjaan kerajaan yang tampak hanya menguntungkan orang tertentu tanpa mengira nilai sebenar sesuatu peralatan itu.

Menurut Sivarasa, Angkatan Tentera telah mengeluarkan sebanyak RM 8 Billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) dengan harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni sedangkan harga pasaran adalah rendah.

"Mereka nak beli sangat dengan 'Syarikat Kesayangan' Kerajaan. APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu.

"Saya pelik mengapa Malaysia bertegas hendak belanja RM 31.1 juta untuk setiap satu kenderaan ini."katanya.

Read more ...

Tindakan ke atas Rahman bertujuan 'selamatkan' dana Umno-BN













SHAH ALAM, 11 Dis. : Tindakan perundangan terhadap bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang diarahkan mahkamah membayar RM10 juta kepada bekas pengarah Realmild Sdn Bhd, Datuk Khalid Ahmad adalah bertujuan 'menyelamatkan' dana Umno-Barisan Nasional yang hampir terlepas dari tangan mereka.

Justeru medan mahkamah digunakan untuk 'mengambil' semula hak mereka itu di samping memberikan gambaran kepada rakyat, merekalah kerajaan paling jujur yang sanggup menghapuskan gejala rasuah tanpa memilih bulu.

" Mereka memberi gambaran kepada pihak awam, kononnya kerajaan pimpinan Najib, sanggup menggunakan mahkamah kononnya menunjukkan mereka ini telus, pemimpin-pemimpin Umno juga dikenakan tindakan dan hukuman mahkamah.Kononnya begitu..

" Namun dalam masa yang sama, mereka menggunakan mahkamah ini untuk mendapatkan balik kewangan ataupun habuan mereka yang terlepas yang sedang dilarikan atau diusahakan untuk terlepas daripada genggaman mereka," ulas ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berhubung tindakan Mahkamah Tinggi mengarahkan Rahman yang juga proksi Umno membayar RM10 juta kepada Khalid.

Menurut Azan lagi,walaupun kelihatan pada mata kasar, Rahman telah melakukan satu kesilapan namun harus kembali kepada perkara pokok bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

Katanya, ketika negara di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau telah menswastakan syarikat-syarikat milik kerajaan menjadikannya sebagai syarikat Sdn Bhd dan Berhad supaya boleh menjadi punca kepada beliau menjalankan perniagaan bagi pihak Umno pada masa itu.

Maka, selepas itu banyak syarikat yang ditubuhkan atas kepentingan Umno termasuk Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Berselindung dari agenda asal mereka, syarikat-syarikat ini dikatakan didirikan untuk golongan Bumiputera.

Namun ironinya, majoriti syarikat yang berkepentingan kerajaan pada waktu itu adalah berkepentingan Umno, tambah Azan lagi.

" Setakat ini kalau mengiku buku laporan belanjawan kita, ada 95 syarikat-syarikat yang ada kaitannya dengan berkepentingan kerajaan sama ada link kerajaan,link pelaburan kerajaan atau pun syarikat-syarikat yang bersekutu, dipegang kepentinganya oleh kerajaan dan juga kepentingan jemaah Umno," jelas Azan.

Tambah beliau lagi, syarikat-syarikat inilah yang memainkan peranan sebagai penyumbang dana kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional misalnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum.

Namun, mereka-mereka yang ingkar mahupun cuba berlaku 'curang' dengan mengkhianati perjanjian akan menerima nasib malang seperti yang menimpa Rahman, ujar Azan lagi.

" Saya menjangka ada yang dilarikan atau yang cuba dirembat sesama sendiri. Saya tidak hairan perkara ini kerana gambaran yang cuba ditunjukkan pimpinan Umno itu sendiri pun tidak jujur, pemimpin Umno itu sendiiri dalam keadaan cuba mengambil kesempatan satu sama lain, dia tidak kira.

" Bukan itu sahaja. Sebenarnya ada banyak kes yang ditunggu oleh Umno-BN untuk ambil balik dan dalam masa yang sama, mereka dapat dua faedah," tambahnya lagi.

Sambil menyifatkan sikap pimpinan Umno tidak ubah seperti 'enau dalam belukar', Azan menambah, mereka ini juga tidak senang melihat kejayaan sesama mereka dan suka menjatuhkan rakan sendiri.

Justeru tidak mustahil katanya, pimpinan Umno akan terus bertikaman sesama sendiri sehingga ke akhir usia politik mereka.

" Mereka ini bukan pandai tetapi jahat. Tetapi jahat ini selalu dilihat pandai. Kita kena tahu. Orang jahat selalu dilihat pandai apabila dia pandai untuk mengolah perkara itu sehingga orang anggap benda itu betul.

" Mereka tidak kira. Macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing...", tambahnya lagi.

Read more ...